Beberapa hari yang lalu, tular mengenai satu video memaparkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya.
Video itu mendapat perhatian warganet yang begitu sedih dan simpati dengan lelaki tersebut yang begitu kecewa selepas dia gagal untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa si bujang senang itu.
Terbaru, seorang pempengaruh TikTok, Adrian Edy berkongsi detik dirinya bertemu dan menziarahi lelaki yang dikenali sebagai Morehan di kediamannya di Lahad Datu.
Menerusi perkongsiannya itu, Adrian memaklumkan bahawa meskipun sedih dan kecewa, Morehan tetap reda dengan tragedi itu dan berhasrat mahu berjumpa dengannya di syurga nanti.
“Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik.”
“Pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia, nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya.”
@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😠#fyp #adrianedy
Video yang dimuatnaik oleh @adrianedy7 telah mendapat tontonan lebih dari 1 juta dan lebih kurang 200 ribu tanda suka.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka dan bersimpati terhadap apa yang menimpa Morehan.
“Aku tengok pakcik ini teringat video dia, tak sanggup aku tengok ingatkan anak aku yang sebaya dengan anak pak cik ini. Semoga dia terus kuat ya. Anak pak cik tengah tunggu tu,” komen salah seorang pengguna Tiktok.
“Ya Allah kuatnya pakcik ini. Kalau saya dekat tempat dia, tak tahu macam mana rasa hilang anak depan mata Allahu.”