Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Satu hantaran Facebook Polis Diraja Malaysia mencuri perhatian ramai apabila pihak polis mengumumkan mereka sedang memburu ahli kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menjadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebagai litar untuk buat aksi berbahaya. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata, terdahulu pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari semalam. Katanya, video pertama memaparkan sekumpulan empat penunggang motosikal dengan model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. “Dua daripada mereka melakukan aksi ‘wheelie‘ iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri. “Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal,” katanya tadi. Beliau berkata, ketika ini polis giat…

Read More

“Ibu masih takut, selepas sebuah lori treler terbabas dan merempuh tembok dan dapur rumah pada petang Jumaat,” kata Nurul Hassan, 37. Menurut Nurul, dia dan ibunya Rusilah Jaafar, 76, bernasib baik kerana ketika kejadian pada jam 5.30 petang itu mereka tiada di rumah kerana ke bazar Ramadan membeli juadah berbuka puasa. Katanya, motosikal, kereta dan lori yang terbabas kerap merempuh rumahnya yang terletak bersebelahan selekoh jalan Kampung Ulu Pulai yang kini menjadi laluan utama antara daerah Pontian dan Iskandar Puteri. “Ini bukan kali pertama rumah saya dirempuh kenderaan. Sudah lebih 10 kali selepas tembok penghadang mula dibina pada 2014. Kejadian…

Read More

Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila cermin hadapan keretanya pecah selepas dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab di Jalan Mempaga, dekat Lurah Bilut pada Ahad. Nurcahaya Jaafar, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, dia sedang memandu kereta jenis Perodua Viva bersama suami serta dua anaknya berusia enam tahun dan tujuh bulan. Menurutnya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Mempaga selepas berbuka puasa di rumah keluarganya di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu. “Memang situ semua laluan gelap dan ketika dalam perjalanan pulang saya ternampak banyak ketulan batu-batu putih di tengah jalan. “Waktu itu juga saya nampak kelibat…

Read More

Tiga remaja lelaki dipercayai mangsa dera diselamatkan orang awam selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusof, dua daripada mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dirantai di bahagian kaki manakala seorang lagi tidak dirantai. Beliau berkata, seorang lelaki memberitahu ada terjumpa tiga kanak-kanak lelaki dirantai di kaki berada di tepi titi Jalan Kampung Tambun Tulang, menghala ke Utan Aji. Mangsa berusia antara 13 hingga 16 tahun ditemui sekitar jam 11.55 malam. “Dua daripada mangsa adalah OKU ditemui dengan keadaan kaki mereka dirantai…

Read More

Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Paling Jaya, Semenyih  sejak beberapa hari  lalu akhirnya terbongkar dengan penemuan mayat seorang lelaki. Mayat  lelaki itu ditemui  petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.09 petang. “Bertindak atas panggilan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih diketuai komander operasi, Rozaidi Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian pada jam 4.15 petang. “Berdasarkan keadaan mayat yang telah mengembung, mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari dan tidak disedari mana-mana orang,” katanya…

Read More

Seorang pengemis yang menyamar memiliki kecacatan penglihatan bertempiaran lari apabila melihat kedatangan penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jalan Masjid India, di sini, petang kelmarin. Ketika cuba diselamatkan penguat kuasa JKM, lelaki yang memegang tongkat sebagai orang buta itu terus berlari seperti orang yang sihat ke kawasan orang ramai sehingga gagal dikesan. Sementara itu, seorang pengemis wanita warga Indonesia telah ditahan ketika membawa seorang bayi lelaki berusia 17 hari untuk memungut sedekah daripada orang ramai di Masjid Jamek Kampung Melayu, Kampung Baru, di sini. Wanita berusia 24 tahun itu berkata, bayi tersebut yang lahir pada 14 Mac itu dibawanya…

Read More

Sesi persekolahan 2023/2024  telah pun bermula selepas sebulan mereka bercuti dan pelbagai ragam anak-anak dapat dilihat menerusi rakaman lensa termasuk perkongsian daripada para ibu bapa di platform media sosial masing-masing. “Ayah.. omok nak pergi sekolah ni” Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam . Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah. “Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia.. “Ayah, omok…

Read More

Hanya ingin mengajak kekasih bermain permainan video bola sepak, itu alasan yang diberikan seorang pemuda ketika ditahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah, awal pagi semalam. Pasangan terbabit adalah antara tiga pasangan berusia 19 hingga 23 tahun yang dicekup penguat kuasa JAIM kerana berkhalwat dalam operasi di empat hotel bermula 11 malam kelmarin hingga 4 pagi. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam serta risikan pihaknya. “Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk…

Read More

Seorang wanita berusia 80 tahun yang dikhuatiri tersesat di kawasan hutan belakang rumah panjangnya di Nanga Kabah, deka sini, pada tengah hari semalam ditemukan selamat di kawasan hulu Sungai Kabah pada jam 3.45 petang kelmarin. Ebai Bandan, 80, ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam kawasan hutan berhampiran hulu Sungai Kabah, kira-kira dua kilometer dari rumah panjang didiaminya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata mangsa yang berada dalam keadaan lemah kemudian diberikan minuman oleh pasukan SAR sebelum diusung keluar dari kawasan terbabit. “Dia kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Dengan penemuan mangsa, operasi SAR…

Read More

Gombak: Warga emas cedera ringan selepas kenderaannya melanggar dinding tempat letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Desa Jaya, di sini, Khamis lalu. Kejadian berlaku pada 7.30 malam dipercayai berlaku akibat pedal minyak tersangkut pada karpet alas kaki menyebabkan kenderaan itu tidak dapat berhenti. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan mendapati kejadian membabitkan lelaki warga emas berusia 67 tahun yang memandu kereta Nissan Sentra di kawasan letak kenderaan apartment terbabit. “Bagaimanapun pemandu terbabit gagal memberhentikan keretanya kerana pedal minyak tersangkut pada karpet alas kaki dan melanggar dinding tempat letak kenderaan itu. “Pemandu terbabit mengalami…

Read More