Seorang wanita berusia 80 tahun yang dikhuatiri tersesat di kawasan hutan belakang rumah panjangnya di Nanga Kabah, deka sini, pada tengah hari semalam ditemukan selamat di kawasan hulu Sungai Kabah pada jam 3.45 petang kelmarin.

Ebai Bandan, 80, ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam kawasan hutan berhampiran hulu Sungai Kabah, kira-kira dua kilometer dari rumah panjang didiaminya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata mangsa yang berada dalam keadaan lemah kemudian diberikan minuman oleh pasukan SAR sebelum diusung keluar dari kawasan terbabit.

May be an image of 3 people and outdoors

“Dia kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Dengan penemuan mangsa, operasi SAR yang turut disertai PDRM kemudian ditamatkan pada jam 4.30 petang,” katanya hari ini.

Kehilangan warga emas berkenaan yang turut mempunyai penyakit demensia hanya disedari ahli keluarga pada jam 12.45 tengah hari.

Bimbang sesuatu yang buruk menimpa, ahli keluarga dengan bantuan penduduk kampung cuba untuk mencari mangsa, namun menemui jalan buntu.

Sumber : BH

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Tak Jumpa Jalan Pulang, 11 Jam Sesat Gara-Gara ‘Ditipu’ Waze

Pada masa hari ini kebanyakkan pengguna jalan raya yang bergerak ke sesuatu lokasi berpandukan bantuan aplikasi Waze untuk mengelakkan kesesakan dan sampai pada masa lebih singkat.

Bagaimanapun adakalanya sistem teknologi itu tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan kesukaran kepada pengguna.

Baru-baru ini seorang penunggang motosikal diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas 11 jam tersesat mengikut laluan yang diarahkan oleh Waze.

Menurut Tiktok @markpik86 penunggang motosikal yang dikenali sebagai ‘Wan’ mahu pulang ke Sepang dari Bukit Bunga, Kelantan. Bagaimanapun Waze telah membawanya ke beberapa laluan yang tidak pernah dilaluinya.

Antara laluan yang dilalui Wan, dari Raub ke Bukit Fraser, kemudian menembusi Hulu Selangor. Sejurus menerima live location yang diberikan oleh Wan, @markpik86 segera menuju ke lokasi tersebut.

“Alhamdulilah kita terus bergerak ke lokasi dia berikan. Dia masuk jalan kecil berliku gelap. Syukur dapat selisihnya dengan dia. tengok raut muka Wan, dia rasa bersyukur sangat-sangat,”  kata @markpik86.

Menurut Wan, dia bertolak dari Bukit Bunga pukul 3 petang. Ini bermakna dia sudah berada di atas motosikal kira-kira 11 jam lamanya yang mana perjalanan laluan itu didakwa selalunya cuma mengambil masa 5 jam sahaja.

Menurut netizen, mereka juga pernah ‘terkena’ perkara yang sama. Mereka dibawa ke laluan yang tidak pernah dilalui kemudian sampai di tempat yang kurang menyenangkan seperti tanah perkuburan, kawasan perumah terbiar atau di tepi hutan.

Dalam pada itu netizen mencadangkan agar menggunakan Google Maps berbanding Waze sekiranya mahu menggunakan aplikasi penunjuk arah pada waktu malam kerana data laluannya lebih baik.

Ada juga yang mencadangkan untuk set ikon pada Waze menggunakan kereta walaupun pengguna menunggang motosikal kerana aplikasi itu akan memberi petunjuk arah jalan terpintas yang boleh dilalui oleh motosikal seperti kawasan berhutan dan laluan kecil.

Sementara itu orang ramai turut mencadangkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan doa sebelum memulakan perjalan atau ketika sesat supaya dipermudahkan urusan untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply