MELAKA – Seorang wanita yang merupakan anggota Jabatan Imigresen (JIM) didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengugut untuk menikam sampai mati bekas kekasihnya dengan pedang samurai kerana hutang RM60,000, tahun lalu. Tertuduh, Anis Anuar, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan niat mendatangkan ketakutan kepada Mohamad Faizul Mohd. Fadli, 32, dengan kata-kata ‘kalau aku jumpa memang kena tikam sampai mampus, suruh bayar semua duit aku dulu kalau tak aku bunuh dia. Bagitahu Faizul p****** itu kalau dia berani datang…
Author: Imannina
KULAI – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita pada Selasa kerana terlibat mengambil upah daripada along untuk melakukan khianat dengan api serta menyimbah cat di rumah peminjam wang sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai melakukan tiga serbuan berasingan dan menahan tiga suspek warga tempatan. “Menerusi tiga serbuan antara jam 9 pagi hingga 2.30 petang kelmarin, dua lelaki berusia 25 dan 36 tahun serta seorang wanita berusia 43 tahun ditahan sekitar Seri Alam, Iskandar Puteri dan Johor Bahru. “Masing-masing ditahan…
Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita bertudung memegang tin dipercayai minuman keras boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka sekali gus mencemarkan imej wanita Muslim dan agama Islam. Pendakwah Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, seseorang yang melakukan kemaksiatan seharusnya menyembunyikan dan tidak bermegah dengan perkara itu. “Sebenarnya walaupun tidak minum (minuman keras) tetapi tidak boleh buat (memegang) kerana menimbulkan fitnah yang menyebabkan berlaku buruk sangka orang apatah lagi meminumnya. “Kalau minum, itu menunjukkan tindakan melampau dan ingkar perintah Allah SWT kerana kita dilarang membuat maksiat (meminum minuman keras). “Kalau buat maksiat jangan tunjuk, namun ia tidak bermakna menyokong tetapi maksiat tak boleh…
SEREMBAN – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson, kelmarin. Tertuduh P.Manoharan, 50, yang hadir dalam keadaan kaki luka akibat terjatuh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh. Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jawin Kaur memohon satu tarikh untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson. Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut di sebuah bank di…
PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul apabila seorang bapa terpaksa berkhemah di tempat letak kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak kerana tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal. Gambar kenderaannya beserta khemah tersebut telah tular di Facebook dan lelaki berkenaan tampil membuat penjelasan menggunakan akaun Ryu Watanabe Miyuka. Jelasnya, anaknya yang berusia tujuh tahun kini didiagnosis dengan ketumbuhan di kepala dan sekarang berada di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak di hospital berkenaan. “Saya tuan gambar yang tular itu, saya bukan sengaja nak tular. Saya duduk di Sungkai, jadi nak berulang-alik sudah…
PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi. Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx. Perkara tersebut dibongkarkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali @meleisgw yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik di Kuala Lumpur. https://twitter.com/meleisgw/status/1612856540456955904?s=20&t=6f3Cujmy4J2r9fPlPNtlrw “Salah seorang mangsa dalam video dah mesej saya. Dia mengesahkan kejadian berlaku di butik terkemuka di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas. “Dia ada membeli baju dan…
Kakak 12 Tahun Tikam Adik Usia 9 Tahun Hingga Meninggal Dunia. | OKLAHAMA — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai menikam adik lelakinya yang berusia sembilan tahun sehingga maut di blok 1000 ke-64 Selatan di selatan bandar itu pada Jumaat lalu. Menurut Ketua Jabatan Polis Tulsa, Wendell Franklin, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.43 malam waktu tempatan. Susulan itu, pegawai perubatan dan anggota bomba Tulsa telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Sejurus tiba, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah ditikam dan pegawai perubatan telah menjalankan Bantuan Pernafasan (CPR) kepada mangsa. “Ibu bapa kanak-kanak terbabit sedang tidur di tingkat atas…
SEORANG kanak-kanak perempuan malang dilaporkan cedera parah di muka selepas digigit seekor anjing liar di Gujerat, India pada Isnin. Insiden ngeri yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan detik cemas tersebut berlaku di kawasan rumah mangsa, lapor India.com. Mangsa yang dipercayai berusia lima tahun dilaporkan hampir kehilangan kulit muka diserang oleh seekor anjing liar ketika mangsa bermain di sekitar kawasan rumahnya. Rakaman tersebut dikongsikan semula oleh Gujarat Tak di Twitter, memaparkan kanak-kanak tersebut pada awalnya berlari ke arah anjing tersebut namun tiba-tiba anjing itu bertindak balas dengan agresif dan terus menerkam dan mula menggigit muka mangsa. View this post on…
PETALING JAYA – Bagai pisang berbuah dua kali, apabila Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh oleh kumpulan warga asing yang beraninya berkongsikan perbuatan terbabit di dalam satu video di media sosial. Video pencerobohan berdurasi 7 minit 18 saat yang dimuat naik pada 30 Disember lalu di akaun YouTube, Driftershoots menunjukkan bagaimana kumpulan yang terdiri daripada empat orang itu dapat menyelinap masuk ke bangunan berkenaan. Mereka kelihatan memakai jaket keselamatan seperti pekerja binaan supaya tidak dikenali dan memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak. “Sebentar tadi saya dan tiga lagi rakan penjelajah…
Satu video yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Kancil bergerak secara mengundur di persimpangan lampu isyarat menjadi tular di media sosial sejak semalam. Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @AsyrafRosli_, Perodua Kancil berkenaan dirakam mengundur dari sebatang jalan sebelum berhenti di lorong bersebelahan berdekatan persimpangan lampu isyarat. Kereta berkenaan kemudian dilihat bergerak sekali lagi secara mengundur dan memasuki kembali lorong asal. Kereta tersebut seterusnya memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum berhenti di laluan kanan pada lorong tersebut. Ketika itu, jalan berkenaan juga kelihatan agak sibuk dengan kenderaan yang sedang lalu lalang. Tidak diketahui apa puncanya kenderaan tersebut bergerak sedemikian. https://twitter.com/AsyrafRosli_/status/1612432546457071619?s=20&t=Ulfil_u-Em2xpeH3JNsO3g Bagaimanapun,…