Satu video yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Kancil bergerak secara mengundur di persimpangan lampu isyarat menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @AsyrafRosli_, Perodua Kancil berkenaan dirakam mengundur dari sebatang jalan sebelum berhenti di lorong bersebelahan berdekatan persimpangan lampu isyarat.

Kereta berkenaan kemudian dilihat bergerak sekali lagi secara mengundur dan memasuki kembali lorong asal. Kereta tersebut seterusnya memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum berhenti di laluan kanan pada lorong tersebut.

Ketika itu, jalan berkenaan juga kelihatan agak sibuk dengan kenderaan yang sedang lalu lalang. Tidak diketahui apa puncanya kenderaan tersebut bergerak sedemikian.

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen, segelintir netizen berkata kereta berkenaan berkemungkinan mengalami masalah teknikal dan tidak boleh bergerak ke hadapan.

Menurut salah satu komen yang ditinggalkan, kereta tersebut mungkin mengalami masalah kerosakan pada kotak gearnya. Namun, ada yang membalas sekiranya kerosakan berpunca daripada kotak gear, kereta tersebut sepatutnya tidak dapat bergerak langsung.

Dalam satu lagi komen, netizen berkata ada kemungkinan juga gear kereta tersebut tersangkut pada kedudukan R dan tidak boleh dialihkan ke kedudukan yang lain.

“Kalau gear rosak, boleh lagi ke drive? Bukan ke akan membahayakan nyawa dan orang lain,” @Aprosmaniac.

“Aku pernah pakai kancil, dan aku pernah mengalami situasi yang sama. Nasib masa tu dapat tukar gear balik,” @AalanPerfume.

“Macam kesian tapi macam kelakar. Sori tergelak,” @Shahidotz.

Tidak dapat dipastikan bila rakaman tersebut diambil dan lokasi kejadian berlaku, namun berdasarkan komen, kejadian berkenaan didakwa berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di Terengganu.

Sumber: Siakap Keli

 

Baca Juga: Rakan Remaja Perempuan Mati Dalam Kereta Kancil Cerita Perkara Sebenar

Gerak hati seorang remaja perempuan yang curiga selepas menghantar sahabatnya berjumpa seorang lelaki petang semalam, menjadi kenyataan apabila rakan sekolahnya itu ditemukan mati di dalam sebuah kereta pagi tadi.

Rakan Remaja Perempuan Mati Dalam Kereta Kancil Cerita Perkara Sebenar

Remaja dikenali sebagai Damia, 16, berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika mangsa meminta dihantar ke kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau petang semalam untuk bertemu pemuda dipercayai teman lelakinya.

Menurutnya, selepas menghantar dia berasa tidak sedap hati sehinggalah dihubungi kakak sahabat baiknya itu kira-kira 8.30 pagi memaklumkan mangsa tidak pulang sejak semalam.

“Saya bergegas ke Japerun untuk mencarinya dan sebaik tiba saya dapati kereta Perodua Kancil yang dinaiki pemuda itu masih berada di lokasi, namun ditutup kain kanvas.

“Saya segera menyelak kain kanvas itu dan melihat kedua-dua mereka tidak sedarkan diri lalu menghubungi kakak mangsa,” katanya di temui di lokasi.

Menurut Damia, tidak menyangka semalam adalah kenangan terakhir mereka bersama dan sempat membawa mangsa bersiar-siar dengan menunggang motosikal.

Sementara itu, bapa saudara remaja lelaki itu berkata, mangsa adalah anak sulung kakaknya daripada enam beradik dan seorang yang pendiam namun mempunyai ramai kenalan.

Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.

“Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama.

“Ibunya beritahu sebelum kejadian iaitu selepas asar, arwah ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk pergi ke pantai, tidak sangka ini yang berlaku,” katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Menurutnya, mereka sekeluarga difahamkan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua mangsa melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.

Katanya jenazah anak saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, ibu mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dan amat bersedih dengan kejadian.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply