Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Sungai Petani: Wanita hamil tiga bulan antara tujuh pasangan dicekup berkhalwat dalam operasi dilakukan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda sempena Malam Tahun Baru 2023 di sekitar daerah ini, tengah malam tadi. Dalam operasi itu, berusia 20an itu turut mengaku pernah terlanjur malah mempunyai dua anak hasil hubungan sulitnya dengan pasangan yang berlainan. Dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Padang Temusu kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, wanita berkenaan ditahan bersama pasangan yang juga berusia 20-an. Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, wanita yang belum berkahwin itu mengaku sedang hamil tiga bulan dan dua anaknya yang…

Read More

SHAH ALAM – Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi ini. Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, di sini. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 7.08 pagi. “Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. “Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.…

Read More

Sebelum ini tular berkaitan aktiviti sekelompok golongan remaja yang sanggup menggadai nyawa demi ‘content’ mendapatkan video untuk dipaparkan di media sosial. Antara content berbahaya dilakukan adalah dengan berdiri di tengah jalan raya ketika lori besar sedang memecut laju dan cuba untuk mengelaknya. Ramai sebelum ini yang mengecam tindakan kelompok remaja yang membahayakan diri sendiri dengan melakukan content sedemikian. Terbaharu, aktiviti itu akhirnya mengundang padah apabila seorang remaja mengalami kecederaan selepas didakwa dirempuh sebuah lori ketika ingin membuat content tersebut. Kejadian berlaku pada Rabu lalu di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia dan sempat dirakam orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.…

Read More

MACHANG – Tiga lelaki dicekup selepas dipercayai cuba menceroboh dan menyeludup tembakau dengan menerbangkan sebuah dron ke dalam kawasan Penjara Machang di sini lebih dua minggu lalu. Ketiga-tiga suspek yang berusia 35 hingga 39 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bukit Belah di sini pada 12 Disember lalu selepas mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Machang menerima maklumat dari pihak Penjara Machang yang melihat sebuah dron diterbangkan dan menceroboh kawasan penjara kira-kira…

Read More

Kehadiran seekor harimau bintang di tempat awam mengejutkan orang ramai yang turut bimbang dicederakan haiwan buas terbabit. Menerusi sebuah video tular, harimau tersebut dilihat mengamuk dan melompat di atas pagar sebuah rumah, sebelum memaut sebuah van yang melalui sebuah jalan tidak berturap di Jorhat, dekat timur laut India baru-baru ini. Pada masa sama, haiwan itu sempat mencabut bahagian luar kenderaan tersebut sebelum melarikan diri ke jalan raya. Memetik laporan berita antarabangsa, harimau tersebut sudah menyerang sekurang-kurangnya 15 orang termasuk pengawal hutan, seorang ibu serta dua anak perempuannya. “Sesetengah penduduk terdedah dengan situasi bahaya kerana harimau bintang itu berkeliaran di halaman rumah…

Read More

Pelawak Ali Puteh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen berhubung ganti rugi RM60,000 yang perlu dibayar kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfitnahnya di media sosial, dua tahun lepas. Peguam Noorazmir Zakaria, yang mewakili Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan pelawak tersebut dengan kos RM5,000. Selain itu, Ahmad Shahrir turut menolak rayuan Siti Nor Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey untuk menaikkan jumlah ganti rugi RM60,000 yang diiperintahkan oleh Mahkamah Sesyen dengan kos RM5,000. “Rayuan…

Read More

KAJANG – Sengaja memulakan kebakaran di dalam rumah dan mengancam membunuh diri dengan sebilah pisau, seorang lelaki warga Nepal berjaya ditenangkan bomba dalam kejadian di sebuah rumah kedai, Hentian Kajang, Jalan Reko, di sini. Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.49 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi. Sebanyak sembilan anggota lain-lain pangkat berserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman. “Laporan awal mendapati, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai bangunan tiga tingkat terbakar 30 peratus di tingkat dua. “Namun begitu, di…

Read More

Hanya berseluar dalam, seorang lelaki nekad melawan sekumpulan pencuri bersenjata selepas rumahnya dipecah masuk. Kejadian yang berlaku di Gold Coast, Australia itu menyaksikan Stece Middleton,50, berdepan tiga pencuri. Tidur dalam keadaan berbogel, pekerja binaan itu dikejutkan dengan bunyi bising dari garaj keretanya, pukul 4.30 pagi. Sebaik sekumpulan pencuri melarikan diri, Steve mencapai seluar dalam sebelum mengejar dan berlawan dengan mereka yang bersenjatakan kayu besbol dan pisau. Walaupun ditetak menggunakan pisau oleh salah seorang pencuri, dia dengan tenang meminta polis menyiasat kejadian itu supaya dia boleh pergi memancing. “Saya bangun dan melihat kereta saya seperti sedang diperiksa. Saya fikir itu hanya…

Read More

Pemilik sebuah rumah di Makassar, Indonesia terkejut apabila menyedari terdapat ular sawa yang menyorok di atas siling rumahnya pada Ahad lalu. Risau jika haiwan berbisa itu menyerang, pemilik rumah kemudian memanggil bomba untuk bantuan dan operasi mengeluarkan ular itu tular di media sosial. Ini kerana saiz ular sawa bersaiz besar dan anggota bomba juga berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya. Menerusi video tular itu, anggota bomba telah memecahkan siling luar rumah dua tingkat itu untuk menarik ular tersebut keluar. Namun, usaha itu gagal kerana kedua-dua anggota bomba tidak mampu melawan tenaga ular itu yang masuk kembali ke dalam siling rumah. Susulan itu,…

Read More

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Madhya Pradesh, India membelasah teman wanitanya yang berusia 19 tahun selepas gadis berkenaan meminta untuk mengahwininya lapor portal berita India Today semalam. Lelaki yang dikenali sebagai Pankaj Tripathi, 24, itu telah diberkas manakala video kejadian yang didakwa berlaku Rabu lalu tular di platform media sosial. Menurut seorang pegawai polis, Naveen Dubey, maklumat awal menunjukkan lelaki dalam video itu ialah penduduk kampung Dhera di kawasan Mauganj. Suspek dan mangsa dikatakan sedang menjalin hubungan cinta sebelum mangsa dibelasah selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua. Dalam video yang sama, mangsa meminta tertuduh mengahwininya dan lelaki berkenaan…

Read More