Pemilik sebuah rumah di Makassar, Indonesia terkejut apabila menyedari terdapat ular sawa yang menyorok di atas siling rumahnya pada Ahad lalu.
Risau jika haiwan berbisa itu menyerang, pemilik rumah kemudian memanggil bomba untuk bantuan dan operasi mengeluarkan ular itu tular di media sosial.
Ini kerana saiz ular sawa bersaiz besar dan anggota bomba juga berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya.
Menerusi video tular itu, anggota bomba telah memecahkan siling luar rumah dua tingkat itu untuk menarik ular tersebut keluar.
Namun, usaha itu gagal kerana kedua-dua anggota bomba tidak mampu melawan tenaga ular itu yang masuk kembali ke dalam siling rumah.
Susulan itu, anggota bomba terpaksa meletak umpan untuk memancing ular tersebut sebelum mereka memecahkan siling untuk menangkap haiwan itu.
Ternyata, ular tersebut sangat besar dengan ukuran sepanjang enam meter.
Ular itu kemudian dimasukkan ke dalam karung beg sebelum dihantar semula ke lokasi yang lebih selamat.
“Besarnya ular sawa ni. Mungkin makanan dia tiap-tiap hari tikus..,” @Ceofmusibat.
“Allahuakbar tetibah terbayang ular atas siling rumah..,” @Umi_adam01.
“Mak ai.. besarnya. Apa di makannya kat atas siling tu,” @Ucumekar.
“Dirumah saya dulu, ular sawa besar inilah baham kucing, misteri kehilangan 8,9 ekor kucing terjawab sudah,” @Rosnani Osman56.
Sumber: Majoriti
Makan Tuan. Lelaki Maut Dipatuk Ular ‘King Kobra’ Peliharaan
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipatuk ular tedung selar sewaktu hendak memberi makan kepada reptilia berbisa tersebut di Jawa Timur Trenggalek, Indonesia.
Memetik laporan DetikJatim, kejadian malang itu berlaku sewaktu mangsa mahu memberi makan dua ekor ular peliharaannya yang masing-masing berukuran 4.5 meter dan 2.5 meter.
Bagaimanapun, salah seekor ular berkenaan secara tiba-tiba mematuk tangan pawang itu.
Menurut salah seorang saudara mangsa, reptilia itu telah dipelihara oleh mangsa sejak lima tahun lalu.
Tambahnya, mangsa cuba meminta pertolongan dengan menghubungi kakaknya untuk datang ke rumahnya dengan segera.
Sementara itu, Ketua Polis PPK Trenggalek, Stefanus Triadi Atmono berkata, mangsa selepas itu telah dibawa ke hospital.
Katanya lagi, mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Hospital RSUD Dr Soedomo Trenggalek.
Dalam perjalanan ke hospital, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan dengan segera sejurus tiba di hospital.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian dan jenazah dikebumikan pada sebelah petang oleh pihak keluarga, maklum Triadi.
Dalam pada itu, ular tersebut juga menunjukkan tanda agak ganas (tidak jinak) sewaktu pihaknya mahu memberi makan kepada reptilia itu.
Jelasnya lagi, ia sangat ganas dan tidak boleh disimpan dengan lebih lama kerana berisiko tinggi.
Sehubungan itu, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Jawa Timur di Trenggalek untuk menyerahkan ular berkenaan kepada Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BKSDA).
Sumber: KMN