Lelaki Tetak Suami Baharu Bekas Isteri | Gara-gara cemburu meslihat bekas isteri semakin bahagia bersama suami baharunya, seorang lelaki dari Batam, Riau, Indonesia, bertindak berani mati dengan menetak lelaki itu.

Menurut polis, suspek tersebut membunuh mangsa menggunakan sebilah parang dan kejadian itu berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 1 petang waktu tempatan.

Insiden mengerikan itu dipercayai berlaku selepas suspek mengikuti mangsa dengan membawa sebilah parang sebagai senjata di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam.

Tetakan itu berjaya ditepis oleh mangsa menyebabkan dia terduduk sebelum suspek menghayun parang tersebut sehingga terkena pada bahagian leher lelaki berkenaan.

Kemudiannya, suspek tersebut dikatakan melarikan diri bersama bahan bukti yang digunakan untuk membunuh mangsa dengan menggunakan motosikal sementara bekas isterinya meminta pertolongan.

Kata pihak polis, mereka masih dalam misi memburu suspek tersebut untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan insiden yang berlaku. Tambahnya, pasangan tersebut baru saja mendirikan rumah tangga kurang daripada tempoh setahun.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

Cemburu Isteri Main Tiktok Dengan Lelaki Lain, Suami Bertindak Membunuh Lelaki Terbabit

Cemburu Isteri Main Tiktok Dengan Lelaki Lain, Suami Bertindak Membunuh Lelaki Terbabit | Cemburu merupakan satu perkara yang mampu untuk memusnahkan akal sihat manusia terutamanya apabila kita terlalu mencintai seseorang hingga tidak sanggup untuk kehilangannya. Hal yang demikian turut sama terjadi kepada seorang lelaki yang sanggup untuk membunuh lelaki yang dikatakan ‘skandal’ isterinya.

Cemburu Isteri Main Tiktok Dengan Lelaki Lain, Suami Bertindak Membunuh Lelaki Terbabit

Hanya kerana satu video di TikTok yang memaparkan isterinya dengan seorang lelaki lain, seorang suami yang merupakan seorang pencari madu bertindak kejam dengan membunuh lelaki terbabit menggunakan sabit.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, AKP Heri Sugiano menyatakan hal ini terjadi disebabkan si suami mengesyaki bahawa lelaki tersebut dan isterinya mempunyai hubungan sulit sejak tiga tahun lalu. Bahkan video di TikTok itu menguatkan lagi dakwaan suspek.

“Di TikTok, video mereka berdua bersama. Ini berkaitan dengan hubungan asmara yang dimuatnaik di TikTok. Pelaku mengesyaki hubungan mereka sejak tiga tahun lalu, sehingga bertindak membunuh mangsa,”katanya.

Oleh kerana suspek tidak dapat menahan emosi ia bertindak menyerang mangsa di sebuah kawasan yang tidak jauh dari rumahnya di Jawa Timur, Indonesia. Suspek kemudian menetak mangsa menggunakan sabit sehingga mangsa mati ditempat kejadian dan bertindak melarikan diri.

Setelah itu, mangsa ditinggalkan sendirian dengan tubuh badannya dipenuhi dengan luka sebelum dijumpai oleh penduduk kampung yang melalui kawasan terbabit.

Dari hasil pemeriksaan, mangsa mati akibat mengalami 24  luka tikaman.

Hasil daripada soal siasat polis, suspek telah mengaku melakukan pembunuhan tersebut disebabkan rasa cemburu dengan keakraban mangsa dan isterinya. Susulan daripada itu polis menahan suspek untuk tindakan lanjut.

Suspek turut mengakui bahawa ia membunuh mangsa secara sendiri.

“Hasil siasatan mendapati suspek bersendirian,tetapi mungkin juga pelaku tidak bersendirian kerana luka tikamannya cukup banyak, 24 luka tikaman,”kata Heri.

Atas perbuatan tersebut, suspek akan didakwa berdasarkan Artikel 388 KUHP dengan Artikel 354 KUHP.

Sumber: Tribunnews

 

Isteri M4ut Ditlkam Suami Nyanyuk Lebih 20 Kali

Isteri M4ut Ditlkam Suami Nyanyuk Lebih 20 Kali | Seorang lelaki warga Britain yang menghidapi penyakit Alzheimer didakwa menikam isterinya sebanyak lebih 20 kali sehingga mati di apartment mereka di Costa del Sol.

 

Sebelum ini, lelaki berusia 80 tahun itu pernah ditahan tiga kali kerana melakukan penderaan domestik, namun tidak dikenakan pendakwaan atas alasan dia menghidapi penyakit nyanyuk.

Kes pembunuhan itu terbongkar selepas isterinya yang berusia 69 tahun sempat menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan suaminya menikam dia sebanyak empat kali sebelum panggilan terputus.

Polis Sepanyol kemudiannya tiba di apartment itu dan menemukan mayat mangsa terbaring di atas lantai dapur dengan lebih 20 kesan tikaman, manakala suaminya yang disyaki melakukan pembunuhan itu terbaring atas katil.

Suspek ditanya beberapa soalan sebelum ditahan dan kini berada di bawah kawalan polis.

Media tempatan melaporkan bahawa mangsa pernah membuat tiga laporan mengenai sikap pendera suaminya, namun hanya berdiam diri selepas laporan dibuat, menyebabkan polis tidak dapat mengambil tindakan lanjut.

Menurut seorang jiran, pasangan suami isteri itu sudah menetap di kediaman tersebut selama lebih 30 tahun.

Seseorang individu yang tidak mendedahkan identitinya menyatakan bahawa polis pernah datang ke rumah itu sebelum ini akibat laporan keganasan domestik, namun ia hanya setakat itu, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply