Niat seorang kanak-kanak perempuan membantu ibunya menghantar makanan yang dipesan pelanggan bertukar tragedi apabila dia diserang seekor anjing.

Kanak-kanak malang itu cuba berlari ke rumahnya sebelum terjatuh di jalan dan diserang anjing berkenaan yang dipercayai kepunyaan jiran.

Insiden itu berjaya dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) kereta seorang saksi yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

@cikmel84

Kesian anak ibu, walaupun dah sebulan lebih berlalu, dia masih trauma & xnak lalu situ lagi…. kadang tidur malam pon ngigau mintak tolong 😭😭😭😭

♬ original sound – Zuraidah Ibrahim Cik Omelz – Zuraidah Ibrahim Cik Omelz

Tindakan pemandu kereta itu membunyikan hon secara bertalu-talu bagi menakutkan anjing berkenaan akhirnya menyelamatkan mangsa daripada terus diserang sebelum anjing tersebut beredar.

Bercakap kepada Mstar, ibu kanak-kanak itu, Zuraidah Ibrahim berkata, video tersebut rakaman kejadian itu dikongsikan di akaun Tiktok bulan lalu.

Walaupun sebulan telah berlalu, Zuraidah berkata anak perempuanya yang berusia 10 tahun masih dalan keadaan trauma dengan kejadian yang berlaku di rumahnya, Kulai di Johor.

“Sejak kejadian itu, anak tak nak keluar sendiri lagi. Masa tu saya minta dia buat COD (penghantaran tunai), ada jiran lain beli makanan. Mungkin anjing itu nampak dia bawa makanan.”

“Kadang-kadang dia mengigau masa tidur malam. Anak terpekik minta tolong macam semasa kejadian itu,” katanya dihubungi Mstar.

Mengimbas kembali mengenai kejadian itu, wanita berusia 38 tahun itu tanpa berfikir panjang terus bergegas membawa anaknya yang mengalami luka ke klinik.

“Tapi dua klinik tidak mahu buat sebab lukanya agak besar dan dalam. Jadi, saya terus bawa anak ke  hospital dekat Kempas untuk rawatan lanjut.

“Anak terpaksa dimasukkan ke wad sebab kalau tengok video tu, anak terjatuh terhentak. Doktor bimbang jika ada keretakan tulang”, katanya sambil memberitahu bahawa anaknya terlantar di hospital selama tiga hari.

Zuraidah yang dikenali sebagai kak Omel dalam kalangan pelanggannya berkata mengikut laporan doktor, dia bersyukur kerana tiada sebarang tulang retak atau patah pada anaknya.

“Cuma ada luka di kedua-dua lutut akibat jatuh, sedikit di tangan kesan cakaran dan belakang badan kesan benam kuku,” katanya menambah kejadian itu dapat perhatian Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) susulan rakaman video yang tular.

Ibu kepada dua anak yang berasal dari Johor Bahru ini kesal dengan sikap jirannya yang lepas tangan selain membiarkan pintu pagar rumah terbuka pada hari kejadian sehingga anjing mereka bertindak ganas terhadap anaknya.

“Dah tahu salah, datanglah jumpa minta maaf. Sebaliknya dia cakap bukan anak you mati pun kan ! Biadap tak ? Dia kata anjingnya bukan serang tapi sekadar bergurau, bermain.”

Kepada semua penduduk berjiwa Malaysia, minta hormat. Kalau ada bela anjing, pastikan ada lesen dan anjing tak mengganggu jiran lain.

“Sebab tinggal di kawasan perumahan ini, ramai kanak-kanak. Keselamatan mereka agak berbahaya sekiranya ada insan yang tidak bertanggungjawab macam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraidah yang berniaga makanan sejak awal tahun berterima kasih kepada pemandu yang merakam kejadian tersebut yang merupakan pelanggannya.

“Pelanggan baru lepas beli kuih masa tu. Kalau dia tak hon, aning itu mungkin lebih mengganas. Tapi jangan salah faham kenapa dia tak turun tolong.”

“Pelanggan saya itu warga emas, baru saja balik dari buat dialisis di hospital. Itu saja yang dia mampu tolong. Kena faham dia orang tua dan sakit,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber : Mstar

Share.

Leave A Reply