Seorang Remaja Serang 2 Sekolah. 3 M@ut Ditembak.| Sekurang-kurangnya tiga individu termasuk seorang remaja perempuan maut dan 11 lagi cedera pada Jumaat apabila seorang remaja berusia 16 tahun melepaskan tembakan ke arah dua sekolah di kawasan tenggara Brazil, kata pihak berkuasa negara itu. Pihak berkuasa di bandar Aracruz, di negeri Espirito Santo, berkata, penembak itu telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan guru di sekolah lamanya sehingga mengakibatkan dua maut manakala sembilan yang lain cedera. Dia kemudian meninggalkan sekolah rendah menengah awam itu dan pergi ke sekolah swasta berhampiran, yang mana dia menembak seorang remaja perempuan sehingga maut serta mencederakan dua…
Author: Imannina
Tindakan seorang pegawai polis di Indonesia yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan meraih pujian orang ramai. Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik pegawai polis itu sendiri, memaparkan beberapa tahanan sedang menonton perlawanan bola sepak melalui tirai besi. Dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’, video itu telah tular dan meraih perhatian orang ramai, sekali gus mengundang pelbagai komen yang memuji tindakan pegawai tersebut. https://www.tiktok.com/@gust14r/video/7168548256295783707?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 “Saya hormat dengan abang, mereka juga memerlukan informasi dan perkembangan dunia luar contohnya hiburan seperti ini,” komen seorang pengguna TikTok. “Mereka juga manusia, tiada berbeza dengan kita semua, cuma mereka ada salah…
Suspek wanita warga Vietnam dikatakan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan mangsa lelaki tempatan yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini. Satu sumber berkata, setakat ini, motif kejadian melibatkan mangsa berusia 50 tahun dan suspek berusia 33 tahun adalah disebabkan cemburu. “Siasatan awal mendapati mereka merupakan pasangan kekasih dan menjalin hubungan cinta selama 10 tahun. “Suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain menyebabkan mangsa cemburu,” katanya semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof memberitahu, pihaknya sudah merakam keterangan seramai enam saksi termasuk jiran mangsa bagi membantu siasatan…
Kira-kira 30 penduduk di Kampung Serkam Darat di sini berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dipukul ribut sekitar pukul 4 pagi tadi. Sebanyak lapan buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dinding rumah dan atap dalam bencana tersebut. Menurut seorang penduduk, Mohd. Syukri Abdullah, 38, dia terkejut apabila bumbung dapur rumahnya turut tercabut diterbangkan ribut. “Saya ingat rumah saya terselamat tetapi saya terkejut apabila mendapati bumbung tandas dan dapur diterbangkan ribut. “Bumbung tandas itu saya sedar telah hilang ketika ingin bersiap-siap ke tempat kerja pada pukul 5 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Sementara itu, Mohd. Radzi Hamzah, 37,…
Polis menyiasat kes penderaan seorang gadis berumur 14 tahun yang rambutnya dicukur botak sebelum dibawa berarak seperti seorang penjenayah di Kampung Tatelu, Minahasa Utara, Sulawesi Utara, Indonesia. Ketua Perhubungan Awam Polis Minahasa Utara, Ennas Firdaus berkata, pihaknya menyoal siasat empat orang yang disyaki menjadi suspek dalam kes tersebut. Menurutnya, seorang lagi pelaku yang masih di bawah umur masih belum disiasat buat masa ini. “Mengikut laporan polis, terdapat lima orang dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Empat daripadanya sudah disoal siasat, cuma pelaku di bawah umur belum tampil bekerjasama dengan polis,” katanya. Firdaus tidak menolak akan memanggil lebih ramai individu yang disyaki…
Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda. Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan. Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi. Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan. Rata-rata komen netizen di Facebook berasa kesal dengan kejadian yang berlaku. “Dah tua pon bodoh.. Agong lambang kedaulatan negara.…
Tindakan seorang penunggang motosikal yang tular melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar di sini, kelmarin mengundang padah apabila dicekup polis. Kejadian antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis. “Justeru, kita kemudian bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dengan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin. “Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta masih…
Seorang pelajar lelaki dilaporkan mengasari pihak polis selepas dia ditahan atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan gagal memaparkan sijil pendaftaran kenderaan yang sah di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia. Ketika kejadian, remaja berkenaan dilihat gagal mengawal kemarahan apabila mengamuk dan cuba memukul polis tersebut. Selain bertindak kasar, pelajar itu juga difahamkan telah melontarkan kata-kata kesat serta kecaman negatif yang nyata mengundang kemarahan warganet yang melihat rakaman tersebut. Dikongsikan di laman Instagram, insiden itu hangat diperkatakan di laman media dan menerima lebih 12,000 jumlah tontonan setakat ini. Selain itu, sifat tenang yang ditunjukkan polis tersebut turut mengundang perhatian ramai susulan kemampuan…
Sekurang-kurangnya tiga lembu mati dipercayai dibaham harimau hujung minggu lalu di sekitar Felda Ulu Belitong dan Felda Ulu Dengar di sini. Pemilik haiwan ternakan berkenaan, Mohammad Syafii Jowahir, 30, berkata dia menyedari dua anak lembu jantan miliknya itu mati dengan bekas gigitan di leher kira-kira jam 9 pagi Ahad lalu di dalam kebun milik keluarganya itu di Felda Ulu Belitong. “Saya dia tidak menanam bangkai lembu itu kerana bimbang haiwan buas berkenaan akan mencari dan memburu lembu lain,” katanya yang memiliki kira-kira 50 lembu. Katanya, dia membuat laporan polis mengenai kejadian namun sudah dihubungi oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar…
Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan pistol mainan di sebuah stesen minyak pada 12 November lalu. Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh, Mohd Aliff Danish Abdullah, 24, Muhammad Iqmal Md Yusli, 22, dan Mohd Zamanizam Mat Hassan, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan ke atas individu berusia 24 tahun dengan bersenjatakan pistol mainan di sebuah stesen minyak di Kodiang, Kubang Pasu pada jam 4.15 pagi, 12 November lalu. Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang…