Seorang Remaja Serang 2 Sekolah. 3 M@ut Ditembak.| Sekurang-kurangnya tiga individu termasuk seorang remaja perempuan maut dan 11 lagi cedera pada Jumaat apabila seorang remaja berusia 16 tahun melepaskan tembakan ke arah dua sekolah di kawasan tenggara Brazil, kata pihak berkuasa negara itu.
Pihak berkuasa di bandar Aracruz, di negeri Espirito Santo, berkata, penembak itu telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan guru di sekolah lamanya sehingga mengakibatkan dua maut manakala sembilan yang lain cedera.
Dia kemudian meninggalkan sekolah rendah menengah awam itu dan pergi ke sekolah swasta berhampiran, yang mana dia menembak seorang remaja perempuan sehingga maut serta mencederakan dua lagi.
Pihak berkuasa telah menahan penembak itu, kata Gabenor Renato Casagrande yang mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari di negeri terbabit.
@majoritiofficial Dahsyat! Betul macam mana dia boleh terlepas dekat tempat awam macam itu š° VIDEO penuh dalam link artikel šš» #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #viral #fyp
⬠Suspense (Tension, Build Up, Dramatic, Action, Suspenseful) – Tensionmakers
“Dia adalah pelajar di sekolah (pertama) sehingga Jun, seorang remaja bawah umur 16 tahun. Keluarganya kemudian memindahkannya ke sekolah lain. Kami mendapat maklumat dia sedang menjalani rawatan psikiatri,” kata Casagrande pada sidang media.
Rakaman kamera keselamatan (CCTV) yang disiarkan di media Brazil menunjukkan penembak itu berlari ke dalam sekolah, berpakaian tentera dengan lambang Nazi dan mengacukan senjata.
Pegawai berkata, penembak itu yang juga anak anggota polis, menggunakan dua pistol dalam serangan tersebut, yang mana kedua-duanya didaftarkan atas nama ayahnya.
Casagrande berkata, remaja lelaki itu yang ditahan beberapa jam selepas kejadian sebelum itu telah memecah masuk melalui pintu berkunci dan mengepung pengawal keselamatan sekolah.
Pesuruhjaya polis awam, Joao Francisco Filho memberitahu media yang mana suspek telah merancang serangan itu selama dua tahun dan dia tidak mempunyai sasaran yang pasti.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Israel TembakĀ m@tiĀ Remaja Perempuan Palestin
Kekejaman tentera Israel berterusan apabila mereka menembak mati seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika serbuan di Tebing Barat, awal pagi semalam.
Insiden terbaharu itu dikecam hebat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, mangsa dikenali sebagai Fulla al-Masalmeh maut di tempat kejadian, di bandar Beitunia.
Katanya, Fulla tinggal bersama ibunya di al-Bireh berhampiran Ramallah.
Dalam pada itu, keluarga mangsa termasuk ibu, abang dan kakaknya tidak dapat menahan emosi dan enggan ditemu bual ketika melakukan pengecaman di bilik mayat Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, petang semalam.
Tentera Israel berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu dan mengesahkan tentera melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang memecut ke arah mereka selepas mereka memberi isyarat supaya kenderaan itu berhenti.
Seorang saksi mendakwa, kereta dinaiki remaja itu tidak mendatangkan bahaya ketara kepada tentera Israel.
Sementara itu, seorang penduduk berusia 35 tahun berkata, tentera Israel menceroboh masuk ke bandar itu dan menangkap jirannya kira-kira 3.30 pagi.
penduduk itu berkata, beliau memerhatikan dari tingkap dan melihat kira-kira 20 tentera menggeledah kereta yang diletakkan di hadapan bangunan.
Penduduk juga berkata, kemudian sebuah kereta menghampiri dari jarak yang agak jauh. Ia bergerak dengan perlahan antara 20 hingga 30 kilometer sejam (km/j).
Beliau juga menyatakan tidak melihat mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan, namun sekumpulan askar Israel yang ditempatkan di belakang kereta itu tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu, tanpa amaran jelas.
Penduduk itu bertambah lagi, pasukan tentera itu bergabung melepaskan peluru ke arah kenderaan itu dan selepas itu seorang pemandu lelaki keluar dari kereta dalam berdarah dan mengangkat tangannya ke atas kepala dan saya ternampak seorang remaja tidak bergerak di tempat duduk penumpang.
Penyerang warga Palestin didakwa melakukan cubaan puluhan tikaman dan rempuhan kereta dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Wakil tertinggi PBB di Timur Tengah, Tor Wennesland membuat ciapan di Twitter menggesa Israel menjalankan penyiasatan segera dan menyeluruh.
Euro-Mediterranean, Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, pembunuhan Fulla menggambarkan pengabaian serius terhadap kehidupan rakyat Palestin.
Sumber: KMN