Gelagat seekor kucing yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja, terutamanya para pencinta kucing. Umu ketahui, kucing merupakan haiwan yang sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Dengan menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, ia dapat menemani seseorang ketika sunyi dan menceriakan suasana ketika bermain bersama.
Malah, apa yang lebih menarik lagi adalah sesetengah kucing ditawarkan ‘pekerjaan’ yang sama seperti manusia.
Baru-baru ini, Direktorat Jenderal Pajak (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan Indonesia telah memperkenalkan pegawai baharunya iaitu seekor kucing bernama Soleh.
Kisah ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi Direktorat Jenderal Pajak @DitjenPajakRI pada Khamis, 24 November.
Menerusi satu laporan dari detik news, kucing tersebut dikatakan merupakan pegawai Perkhidmatan Cukai di Serpong Pratama, Tangerang Selatan, Indonesia.
Difahamkan, Soleh datang buat kali pertama semasa dia masih lagi kecil dan para pekerja di pejabat sangat suka dengan kehadirannya.
Menurut kenyataannya di Twitter, Soleh dijaga dengan baik, kualiti makanannya terjamin dan ia juga telah disteril dan divaksin oleh pekerja di Pejabat Perkhidmatan Cukai Serpong Pratama.
Selain itu, Soleh mempunyai kad identiti pekerja tersendiri yang digantung di lehernya bagi menunjukkan bahawa ia adalah kakitangan yang bekerja di pejabat itu.
Soleh dikatakan mempunyai ‘tugasan’ harian iaitu menghiburkan pekerja dan juga pelanggan.
Mempunyai ‘pejabat’ khas
Bukan itu sahaja, kucing tersebut mempunyai ruang kerja di seluruh kawasan Pejabat Perkhidmatan Cukai Serpong Pratama di bahagian jabatan ‘Penyuluh Ahli Meow’.
Oleh sebab itu, @DitjenPajakRI berkata sesiapa yang berurusan di Pejabat Perkhidmatan Cukai Serpong Pratama, jangan lupa untuk datang menyapa Soleh.
Meowning, #KawanPajak! 😽
Kali ini mau kenalin Soleh, salah satu anggota dari keluarga besar DJP yang sehari-hari bisa #KawanPajak temui di @pajakserpong
-Utas- pic.twitter.com/3RPiYXyh1N
— #PajakKitaUntukKita (@DitjenPajakRI) November 24, 2022
Sumber: Detik News, Twitter