Seorang lelaki di Mojokerto ditemui meninggal dunia akibat minum racun tikus di atas kubur isterinya. Menurut Kompas.com, mangsa dikenali sebagai Andri Budi Santoso, 46, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa oleh pihak polis. Ketua Polis Gedeg, Made Artajaya berkata, lelaki yang mempunyai tiga anak itu asalnya dilihat oleh saksi, Utomo, yang datang menziarahi kubur isterinya. Katanya, Andri dihantar oleh anaknya menggunakan motor Yamaha Mio. Sekitar pukul 5.15 petang, saksi melihat mangsa duduk bersila dengan posisi membongkok di pusara isterinya. Saksi kemudian berasa curiga kerana lelaki itu tidak bergerak dan disahkan sudah meninggal dunia. Difahamkan, isterinya meninggal dunia akibat Covid-19, tahun lalu.…
Author: Admin Hanisah
Seramai 20 bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di sini, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini. Kesemua mereka didakwa atas pertuduhan mencederakan dan memukul seorang pelajar dua tahun lalu. Mereka terdiri daripada 10 bekas pelajar Tingkatan Lima dan 10 bekas pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama sekolah berkenaan sebelum ini. Dalam kejadian pada 27 Oktober 2020 itu, seorang pelajar Tingkatan Empat menjadi mangsa apabila dipukul 20 pelajar berkenaan. Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang mengarahkan mereka mengosongkan padang selepas waktu riadah petang. Pada mulanya, mangsa yang memegang jawatan Presiden Badan Dakwah dan Rohani…
Seorang lelaki di Jharkhand, India mencetus bualan warganet selepas mengahwini dua wanita serentak selepas mengaku bahawa dia mencintai kedua-duanya. Menurut India Today, Sandeep Oraon mengahwini dua teman wanitanya, Kusum Lakra dan Swati Kumari dalam satu upacara ringkas yang diadakan di sebuah kampung di Jharkhand. Difahamkan Sandeep telah menjalinkan hubungan dengan Kusum selama tiga tahun dan telah melahirkan seorang anak. Namun, mereka berdepan cabaran selepas Sandeep bekerja di sebuah kilang membuat batu-bata di Bengal Barat. Di situ, dia berkenalan dengan Swati yang turut bekerja di kilang yang sama. Mereka terus berhubung dan menjadi semakin rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka ditentang ahli keluarga…
Anak lelaki kepada manusia paling kaya di dunia, Elon Musk, telah memfailkan satu tuntutan di mahkamah. Tuntutan itu dibuat untuk mengubah status jantinanya daripada lelaki kepada wanita serta menukar nama keluarganya, lapor portal berita MailOnline semalam. Xavier Musk, 18, memfailkan tuntutan tersebut di mahkamah Santa Monica, California pada 18 April lalu. Dia mahu dikenali sebagai Vivian Jenna Wilson iaitu menggunakan nama keluarga sebelah ibunya bagi menggantikan nama keluarga Musk. Katanya, dia tidak lagi menetap bersama atau mahu dikaitkan dengan bapa kandungnya dalam apa juga cara, bentuk ataupun keadaan. Lelaki trangender itu turut menjelaskan bahawa dia menggunakan nama keluarga ibunya bagi…
Pemandu Toyota Alphard yang dirakam berlagak samseng, menggunakan laluan kecemasan dan meludah ke arah kenderaan lain di Lebuhraya Karak pada April lalu dihadapkan dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini. Tertuduh, Lim Koh Cing, 44, didakwa memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard secara melulu dan berbahaya kepada orang awam. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pertuduhan itu memperuntukkan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000, jika sabit kesalahan. Dia juga didakwa atas pertuduhan meludah ke arah kenderaan lain melalui tingkap pemandu. Dia dituduh mengikut…
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya di dalam kenderaan milik suspek. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun telah memberikan kenyataan mengenai kejadian itu kepada pemberita di sini, hari ini. Siasatan mendapati mangsa berkemungkinan besar ditinggalkan oleh suspek berusia 30 tahun dalam kereta Proton Saga dinaiki mereka selepas mendapatkan bekalan dadah itu. Pihak polis percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaannya. Siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya. Sehubungan itu, pihak polis merampas…
Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosmalina Roslan, menceritakan kisah sedih seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Dia yang membantu ayahnya menjual cendawan demi kelangsungan hidup mengundang sebak wargamaya. Menurut wanita ini, kanak-kanak itu datang ke rumahnya bagi menjual cendawan tiram. Malah, pada mulanya dia akui tidak terdetik untuk membeli barangan tersebut. Bagaimanapun, kanak-kanak ini seolah-olah tidak berputus asa dan memberikan salam dengan harapan cendawan yang dibawanya akan dibeli. “Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah. Kesiannya tanya dah makan belum, katanya belum. “Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak, saya pelawa masuk dan ajak makan kuetiau goreng (masak…
Dua tukang cuci masjid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di sebuah garaj di Jalan Merbau dekat sini, pada tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Khairul Arif Md. Rodzi,18, dan Muhammad Mustaqim Nazri, 18, mengaku tidak bersalah. Pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun empat bulan semasa kejadian. Kesalahan itu dilakukan oleh kedua-dua suspek di sebuah garaj di Jalan Merbau Seksyen 3 di sini kira-kira pukul 11 malam hingga 5 pagi pada 28…
Seorang ibu muda dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju sewaktu mesin basuh sedang berputar. Menurut Daily Star, kejadian tragis tersebut berlaku pada minggu lalu di rumahnya di Juazeiro, timur laut Brazil. Pada awalnya, mangsa yang dikenali sebagai Viviane Rodrigues mengalami renjatan elektrik apabila memasukkan tangannya ke dalam mesin basuh untuk mengambil pakaian. Mangsa yang berusia 20 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di unit kecemasan. Sementara itu, mayatnya telah dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun selepas selesai dibedah siasat. Difahamkan, wanita tersebut meninggalkan suami dan seorang bayi…
Mayat seorang wanita di bandar Bataysk di Rostov Oblast, Rusia yang meninggal dunia di rumahnya telah dimakan oleh 20 ekor kucing peliharaannya sendiri. Pada Sabtu, Mirror melaporkan wanita itu meninggal dunia dua minggu lalu sebelum ditemukan dan dia dimakan kucing daripada baka Maine Coon yang dipeliharanya. Ketika ditemukan polis, mayatnya dikelilingiberkenaan yang diketahui umum dengan sifat pasif dan lembut. Bagaimanapun, dalam keadaan lapar selama beberapa minggu, berkenaan bertindak di luar kawalan untuk bertahan dan terus hidup. Penyelamat haiwan itu berkata, kucing itu bertindak memakan tuan mereka kerana tidak ada makanan dan sangat lapar. “Kucing-kucing itu dibiarkan selama dua minggu tanpa…