Seramai 20 bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di sini, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.

20 Bekas Pelajar MRSM Merbok Didakwa Di Mahkamah. Ini PUNCANYA

Kesemua mereka didakwa atas pertuduhan mencederakan dan memukul seorang pelajar dua tahun lalu.

Mereka terdiri daripada 10 bekas pelajar Tingkatan Lima dan 10 bekas pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama sekolah berkenaan sebelum ini.

Dalam kejadian pada 27 Oktober 2020 itu, seorang pelajar Tingkatan Empat menjadi mangsa apabila dipukul 20 pelajar berkenaan.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang mengarahkan mereka mengosongkan padang selepas waktu riadah petang.

Pada mulanya, mangsa yang memegang jawatan Presiden Badan Dakwah dan Rohani ketika itu dipukul sekumpulan 10 pelajar Tingkatan Lima pada jam 12.30 tengah malam.

Mangsa dipukul selepas diajak turun ke bawah asrama oleh seorang rakan yang mendakwa pelajar senior mahu bertemu dengannya.

Pada jam 2 pagi pula, mangsa didatangi pelajar lain yang mengajaknya ke bilik sebelah untuk menyelesaikan masalah.

Kemudian, mangsa dipukul bergilir-gilir di perut, belakang badan, peha dan kaki oleh 10 pelajar Tingkatan Empat.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, telah memberi kenyataan berhubung kes ini.

Katanya, semua 20 pelajar berkenaan didakwa hari ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, petugas media diarahkan keluar dari kamar mahkamah oleh majistret selepas peguam tertuduh membuat permohonan meminta media tidak membuat liputan kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply