Meninggal dunia dalam sujud menjadi satu pengakhiran kehidupan yang didambakan oleh sekalian umat manusia di dunia ini. Seorang jemaah wanita dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Asar di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan hari ini, 13 Jun 2022. Menurut kenyataan di laman Facebook Masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan, jemaah muslimat tersebut meninggal dunia dalam sujud kedua ketika menunaikan solat. “Ahli jemaah muslimat, meninggal ketika solat asar, dalam sujud kedua. Subhanallah, sungguh mulia kematianmu wahai ibu. “Ya Allah, Engkau akhirilah kehidupan kami dengan Husnul Khatimah seperti Engkau hadiahkan kepada ibu ini,” maklum kenyataan tersebut. Sumber: Siakap Keli
Author: Admin Hanisah
Penternak ayam di Lampang, Thailand menggunakan ganja sebagai makanan untuk ayam bagi meningkatkan kualiti telur dan daging haiwan tersebut. Menurut CNN Indonesia, para penternak percaya bahawa penggunaan ganja dapat meningkatkan kualiti telur dan daging hasil ternakan tersebut. Presiden komuniti penternakan Peth Lanna, Sirin Chaemthet menyatakan ramai penternak memilih untuk menggunakan marijuana (ganja). Hal ini berlaku selepas ayam mereka didapati dijangkiti penyakit bronkitis burung meskipun telah diberi antibiotik. Chaemthet menyatakan bagi mengatasi penyakit tersebut, ayam mereka telah diberikan ganja. Hasilnya, ayam tersebut memiliki daya ketahanan yang lebih tinggi untuk melawan penyakit itu. Selain itu, ayam tersebut dilaporkan mampu untuk bertahan dalam…
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi bayangan untuk mengenakan ‘sekatan’ kepada Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya padang tidak dinaiktaraf dengan segera. Ini bermakna AFC tidak akan memberi kelulusan terhadap venue terbabit bagi penganjuran kejohanan peringkat Asia sehingga padang terbabit dibaikpulih. Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John. Beliau mengakui kecewa dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat rosak selepas ‘dihenyak’ dengan empat perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023. “Kita terkejut melihat keadaan padang dan takkan mahu menyalahkan hujan pula. “Tuan punya tempat itu perlu lebih bersedia dan di sini bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) kena uruskan…
Pengurus di sebuah syarikat dikecam selepas mengeluarkan peraturan yang disifatkan agak keterlaluan iaitu jika tiba lewat di pejabat kakitangan akan dikenakan hukuman. Menerusi perkongsian individu dikenali sebagai MinionsAndWineMum di laman Reddit, poster bertajuk ‘peraturan baru pejabat’ menjadi tular selepas mendapat kritikan yang hebat daripada warganet. Difahamkan, pengurus terbabit menyatakan jika lewat setiap minit ke tempat kerja, mereka perlu bekerja lebih masa selama 10 minit selepas waktu bekerja. “Untuk setiap minit anda lewat datangk kerja, anda perlu bekerja 10 minit selepas jam 6 petang. “Sebagai contoh, jika anda sampai ke pejabat dam 10.02 pagi, anda perlu bekerja selama 20 minit lagi sehingga…
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon senior Azri Iskandar menjadi sebutan ramai di platform media sosial. Susulan keluar laporan berita yang menyatakan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera tidak lama lagi. Namun, khabar gembira itu tergugat susulan pendedahan seorang wanita ‘F’ yang mengakui menerima lamaran daripada Azri. Ketika dihubungi OhBulan, Azri, 57, berang dengan dakwaan tersebut dan menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal yang terlibat. “Saya akan saman portal itu,” katanya. Dalam pada itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata disebabkan dakwaan wanita ‘F’ itu, ibu kekasihnya pengsan dan dimasukkan ke…
Peluang Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 dilihat semakin sukar terutamanya selepas tewas 1-2 kepada Bahrain. Kekalahan semalam sekali gus mengundang rasa tidak puas hati penyokong bola sepak tanah air. Bukannya kerana corak permainan yang ditampilkan pasukan menyebabkan mereka ‘bengang’ namun lebih kepada kesilapan individu. Individu itu menjadi punca utama gawang skuad Harimau Malaya dibolosi pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi. Rata-rata penyokong Harimau Malaya menjadikan penjaga gol negara, Farizal Marlias sebagai ‘objek’ untuk melepaskan kemarahan. Setelah kegagalan pasukan meraih sekurang-kurangnya satu mata sebagai bekalan selesa untuk melayakkan diri ke pentas Piala…
Semalam, kejadian lemas berlaku di Lata Changkah, Ulu Seladang melibatkan tiga mangsa bersaudara termasuk dua beradik telah menemui ajal bersama selepas bermandi-manda. Difahamkan, mangsa tiga bersaudara tersebut mempunyai hubungan yang cukup erat antara satu sama lain. Hubungan erat Syariatul Nurfatihah Mohd. Dera, 28, dan adiknya, Syariatul Noor Syafiqa, 26, bersama sepupu mereka, Siti Aisyah Mazalan, 19, amat rapat dari mereka kecil lagi. Ibu mangsa yang merupakan adik-beradik, Sarimah Awang, 62, berkata, hubungan yang erat itu turut mendorong mangsa untuk sentiasa bersama-sama hingga ke hujung nyawa mereka. Katanya lagi, sebelum bergerak ke destinasi, mereka bertiga dilihat sangat gembira. Malah, mereka sempat…
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui orang ramai di sebuah gerai berhadapan pintu masuk sebuah universiti di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi memberi kenyataan berhubung kejadian ini. Katanya, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan bayi tersebut pada pukul 9.10 pagi. Siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita. Wanita itu memberitahu bahawa dia meninggalkan seorang bayi berdekatan sebuah universiti kira-kira pukul 8.20 pagi. JKM negeri telah pergi ke tempat kejadian 20 minit kemudian dan menjumpai bayi perempuan tersebut. Bayi perempuan itu masih…
“Betul abang akan nikah. Apabila sudah ada tarikh saya akan beritahu,” kata pelakon terkenal Azri Iskandar. Sekali gus turut mengesahkan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera, 43. Ketika dihubungi, Azri, 54, berkata, dia bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini. Menurutnya, tarikh nikah belum ditetapkan buat masa sekarang dan dalam masa dua minggu ini dia akan pergi ke Perlis berjumpa keluarga perempuan untuk merisik. “Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai hubungan mereka, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12…
Semalam, tular satu video memaparkan seorang lelaki berdepan detik cemas selepas bajunya ditarik orang utan dalam kejadian di Zoo Kasang Kulim di Riau, Indonesia. Terbaru, lelaki tersebut dilaporkan telah membuat permohonan maaf kerana melanggar peraturan dengan memanjat pagar di zoo tersebut demi membuat content video. Menurut Tribun News, pengurus zoo tersebut, Desrizal memaklumkan bahawa lelaki itu telah melompat ke dalam kandang orang utan untuk mengambil video tanpa kebenaran petugas. Lelaki itu juga dikatakan telah melanggar peraturan dengan menendang orang utan tersebut. Desrizal menegaskan orang ramai supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama. Sementara itu, video permohonan maaf…