Semalam, kejadian lemas berlaku di Lata Changkah, Ulu Seladang melibatkan tiga mangsa bersaudara termasuk dua beradik telah menemui ajal bersama selepas bermandi-manda.
Difahamkan, mangsa tiga bersaudara tersebut mempunyai hubungan yang cukup erat antara satu sama lain.
Hubungan erat Syariatul Nurfatihah Mohd. Dera, 28, dan adiknya, Syariatul Noor Syafiqa, 26, bersama sepupu mereka, Siti Aisyah Mazalan, 19, amat rapat dari mereka kecil lagi.
Ibu mangsa yang merupakan adik-beradik, Sarimah Awang, 62, berkata, hubungan yang erat itu turut mendorong mangsa untuk sentiasa bersama-sama hingga ke hujung nyawa mereka.
Katanya lagi, sebelum bergerak ke destinasi, mereka bertiga dilihat sangat gembira.
Malah, mereka sempat bergurau sesama sendiri semasa berada di dalam perjalanan.
Mereka bertolak ke Lata Changkah dari kediaman di Kampung Hilir Maras, Kuala Nerus pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki dua kereta.
Menurutnya, keluarganya sudah biasa berkelah di situ kerana terletak berhampiran rumah adiknya di Kampung Ulu Seladang.
“Cuma, semalam kami memutuskan untuk mandi di lokasi yang agak terpencil kerana terlalu ramai pengunjung berkelah,” katanya di Unit Forensik Hospital Setiu.
Tambahnya, disebabkan beliau membawa seorang cucunya bermandi-manda, beliau pulang ke rumah lebih awal dari yang lain untuk berehat di rumah adiknya.
Namun, tidak menyangka akan menerima berita sedih keluarganya lemas di sana.
Anak sulungnya, Syariatul Syafira, 32, turut hampir lemas dihanyutkan arus deras ketika mencuba menyelamatkan ketiga-tiga mangsa.
Kini, anak sulungnya itu berada di Hospital Setiu untuk menerima rawatan.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang apabila enam sekeluarga berkenaan mahu pulang sebelum
Kemudian, seorang daripadanya tergelincir lalu terjatuh ke dalam air dan menarik bersama dua mangsa lain.
Jenazah tiga bersaudara itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras di Batu Rakit Kuala Nerus pada pukul 4.30 pagi.
Sumber: Siakap Keli