Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen sah, enam tahun lalu. Lee Jan Wee, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas kesalahan itu di Jalan Wangsa Delima 5, di sini pada 23 Ogos 2016. Ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. Akta yang memperuntukkan hukuman denda antara RM250,000 hingga RM1 juta, atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semasa…
Author: Admin Hanisah
Aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida dikatakan muncul kembali dan buat Live di Facebook, adakah ‘dia’ mahu sampaikan sesuatu? Sememangnya menjadi misteri di mana sejak dua hari lepas, Facebook selebriti terkenal Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong yang meninggal dunia beberapa bulan lalu kembali aktif semula baru-baru ini. Sejak itu, Facebooknya terus menerus memuat naik beberapa kenyataan yang dikatakan perkara sebenar yang terjadi sewaktu malam kejadian. KENYATAAN Kenyataan tersebut merujuk situasi dirinya jatuh ke dalam sungai pada 24 Februari lalu. Malah lebih mengejutkan, kali ini seorang wanita dipercayai memiliki wajah seiras Tangmo bersiaran secara langsung (Live) di Facebook tersebut. Wanita itu menyatakan bahawa…
Bagai melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit. Itu peribahasa yang sesuai buat seorang pelarian dari Ukraine yang merosakkan rumah tangga pasangan suami isteri selepas diselamatkan. Bapa dua anak, Tony Garnett, 29, mengaku jatuh cinta dengan Sofiia Karkadym, 22, sehingga sanggup berpisah dengan isterinya, Lorna, 28, walaupun sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu. Pasangan itu mengambil Sofiia untuk tinggal dengan mereka serumah sejak awal Mei lalu. Mereka juga mengambil Sofiia untuk memberikan layanan terbaik kepada pelarian Ukraine. Sofiia melarikan diri dari bandar Lviv di barat Ukraine akibat pencerobohan Russia di negara itu. Wanita itu mengaku dia jatuh hati dengan Tony…
Seorang wanita di Arab Saudi, terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah lelaki, 20 tahun selepas dilahirkan. Ia difahamkan berpunca daripada ‘kesilapan perubatan’, lapor Gulf News yang memetik media negara itu. Menurut Al Ekhbariya TV, individu itu tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam abdomennya. Ketika dilahirkan di sebuah hospital di sini, dia dikesan mempunyai ketidaknormalan pada bahagian alat sulit. Namun, doktor pada masa itu menyangka jantina bayi berkenaan adalah perempuan dan keluarga memberinya nama sebagai Randa. Apabila usianya meningkat, Randa pelik apabila dia tidak mempunyai ciri-ciri remaja perempuan yang akil baligh seperti…
Seorang suami terkejut apabila dia perlu membayar RM17 sahaja bagi kos perubatan isterinya yang sakit selama empat hari di sebuah hospital kerajaan. Katanya, dia menyangka kos yang perlu dibayar pastinya mahal dan telah menyediakan RM400 untuk membayar bil rawatan itu. Bagaimanapun, individu tersebut tidak menjangkakan caj perubatan yang dikenakan oleh hospital tersebut adalah jauh lebih murah berbanding sangkaan. “Serius lah? Empat hari, tiga malam kot.” tulisnya di Twitter. Menurutnya, sebelum ini dia juga pernah menggunakan perkhidmatan perubatan di klinik kerajaan dan hanya dikenakan RM1 untuk setiap rawatan yang menyeluruh dan pelbagai. Amirul bersyukur kadar kos perubatan di Malaysia lebih murah…
Tiada siapa dapat menandingi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dan betapa besarnya cinta seorang ibu. Tiada siapa menduga seorang wanita di India sanggup menyamar sebagai lelaki hampir 4 dekad demi melindungi anak perempuannya, lapor Oddity Central pada Selasa. Selepas kehilangan suami akibat serangan jantung, seorang wanita di India menghabiskan 39 tahun hidupnya dengan berpura-pura menjadi seorang lelaki. Hal ini dilakukan supaya dia boleh membesarkan anak perempuannya seorang diri. S Petchiammal, 57, baru saja berkahwin selama 15 hari apabila suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung. Ketika itu dia berumur 20 tahun dan mengandungkan anak perempuannya. Tidak lama selepas melahirkan anak,…
Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah perempuan Hong Kong bertindak meletak jawatan selepas ditangkap menonton video lucah di dalam kelas. Malah, dia secara tidak sengaja memaparkan imej tersebut pada skrin, lapor akhbar South China Morning Post. Kolej Leung Shek Chee di bandar Kwun Tong kelmarin turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada Biro Pendidikan dan pegawai polis perhubungan masyarakat. Sekolah menengah subsidi kerajaan itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai guru tersebut. Dia didapati menonton video lucah semasa kelas berlangsung dengan imej porno terpancar di skrin dan dilihat oleh pelajarnya. Pihak sekolah telah menggantung…
Seorang lelaki berusia 55 tahun di China kekal gigih, bersemangat dan tidak berputus asa dengan impiannya untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Meskipun gagal dalam Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan (NCEE) atau gaokao sebanyak 25 kali secara berturut-turut. Lapor Oddity Central, Liang Shi merupakan seorang ahli perniagaan berjaya, yang memiliki syarikat bahan binaan sendiri di Chengdu, wilayah Sichuan di barat daya China. Liang Shi memiliki kekayaan mencukupi untuk melakukan apa sahaja diingininya. Namun dia mengakui merasakan seolah-olah tiada kepuasan dalam kehidupannya. Hal ini demikian kerana Liang Shi bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya ke Universiti Sichuan sejak remaja lagi. Tetapi sehingga sekarang dia masih belum mencapai…
Tak dinafikan, pelbagai persiapan yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin dan salah satu persiapan yang paling penting dalam majlis akad nikah adalah kehadiran wali. Ini kerana wali merupakan salah satu rukun nikah dan wajib dipenuhi. Namun lain pula yang dilalui seorang bakal pengantin ini yang mengetahui sebuah hakikat mengejutkan mengenai kisah silam ibu bapanya. Kisah tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok, Tokadi_hipster. Difahamkan, rahsia tersebut hanya terbongkar sebulan sebelum si anak mendirikan rumah tangga. Menceritakan kembali kisah itu, ibu bapa kepada pengantin perempuan mendedahkan kebenaran bahawa anak perempuan mereka sebenarnya berstatus anak tidak sah taraf. Kedua orang tua pengantin…
Seorang pesara dan isterinya dilaporkan telah saman anak dan menantu mereka sendiri kerana gagal memberikan cucu selepas enam tahun berkahwin. Memetik laporan Times of India, kedua-dua mereka telah mengemukakan saman tersebut dengan alasan mengalami ‘gangguan mental’ disebabkan perkara itu. Dalam kejadian di Haridwar, Uttarakhand, pasangan warga emas itu menuntut seorang cucu ‘dalam tempoh setahun’ atau wang sebanyak Rs 5 crore (RM 2.8 juta). Mereka mendakwa bahawa wang itu adalah ganti rugi yang dibelanjakan untuk pendidikan anak mereka. Jumlah tersebut juga dikatakan termasuk kos yang ditanggung untuk perkahwinan anak lelakinya di hotel lima bintang. Selain itu, sebuah kereta mewah yang dihadiahkan…