Perbicaraan pembunuhan seorang warga India pada Rabu lalu terpaksa dihentikan selepas seekor monyet telah mencuri beberapa bukti penting. Monyet tersebut mencuri bukti tersebut sebelum ia sampai ke mahkamah, lapor portal berita MailOnline semalam. Menurut akhbar Times of India, monyet itu telah mencuri paket bukti yang mengandungi 15 bahan bukti. Ianya termasuk sebilah pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh. Kes berkenaan membabitkan pembunuhan Shashikant Sharma yang mayatnya ditemui berhampiran balai polis Chandwaji di Jaipur, negeri Rajasthan pada 2016. Bukti utama kes itu termasuk pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh Sharma telah dikumpul dan dimasukkan ke dalam paket bukti. Bahan bukti…
Author: Admin Hanisah
Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat menikam mati anjing peliharaan keluarganya selepas haiwan itu menyerang anak perempuannya yang berusia setahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin. Anjing baka Pitbull itu dilaporkan telah menggigit kaki Ruby Cervantes sebelum seekor yang lain turut menyerangnya. Kejadian berlaku pada Ahad lalu sekitar pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) di kediaman keluarga tersebut. Ibu mangsa, Jamie Morales yang cedera pada muka ketika meleraikan serangan, cuba menarik dua anjing itu namun gagal. Kemudian, dia bertindak mengambil sebilah pisau lalu menikam seekor daripadanya sehingga mati. “Saya terpaksa menikam anjing itu. Sama ada ia atau Ruby, saya pilih anak saya…
Seorang wanita dilapor meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di kepala selepas bergaduh dengan dua anak lelakinya yang merupakan penghidap autisme dan mengalami kemurungan. Memetik laporan The Straits Times, insiden yang menimpa wanita berusia 52 tahun itu bermula setelah anak lelaki sulungnya mengesyaki bahawa dia mempunyai hubungan sulit. Difahamkan, pergaduhan antara mereka tercetus apabila anaknya yang berusia 21 tahun ketika itu meminta untuk melihat telefonnya. Semasa pergaduhan pada 16 Ogos 2019, kedua-dua anak lelakinya itu telah menolaknya. Hal itu telah menyebabkan kepalanya terhantuk ke dinding sebanyak dua kali. Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala di Hospital Khoo…
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seekor lembu yang cuba memasuki bilik seorang gadis pada waktu malam, lapor laman berita Suara.com hari ini. Video itu dimuat naik pada sebuah akaun Twitter bernama @jowoshitpost. Rakaman menunjukkan seekor lembu dilihat muncul di pintu bilik seorang gadis di sebuah rumah. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan bagaimana lembu berwarna coklat muda itu berjaya memasuki rumah tersebut pada waktu malam. Gadis yang tidak didedahkan identitinya itu kedengaran pasrah sambil mengadu kepada ibunya dalam bahasa Jawa. “Ibu, lembu masuk rumah,’’ katanya. Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Lembu kejut bangun sahur,’’…
Keluarga Yasin Sulaiman melancarkan sebuah tabung bagi mengutip sumbangan ramai yang bertujuan membiayai kos guaman penyanyi berkenaan. Abangnya, Mohamed Zain berkata, pihak keluarga akan menutup tabung tersebut sekiranya sumbangan yang diterima sudah mencukupi. Wang boleh disalurkan ke akaun saya iaitu Mohamed Zain Sulaiman dengan akaun nombor 1140 1360 0100 78 (RHB). “Semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman. “Apabila sumbangan yang diterima mencukupi pihak keluarga akan memaklumkan dan menutup tabung. “Pihak keluarga berterima kasih di atas sokong dan bantuan yang diberikan dalam menghadapi ujian ini,”katanya. Perkara tersebut dikongsi dan tular di laman sosial dengan tanda…
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menerima surat ugutan mengandungi peluru pada Selasa, lapor media tempatan. Menurut Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN), polis telah melancarkan siasatan terhadap surat ugutan yang dihantar ke rumah Bennett di bandar Ra’anana di tengah Israel. Agensi keselamatan Shin Bet Israel dan pihak polis kini menjalankan siasatan mengesan pengirim surat itu. Shin Bet turut mengetatkan kawalan keselamatan untuk keluarga Bennett. Sumber: Sinar Harian
Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan. “Pemakaian pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya dekat sini pada Rabu. Sumber: Sinar Harian
Seorang lelaki di negeri Illinois, Amerika Syarikat berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila mata gerudi yang digunakan oleh doktor gigi semasa melakukan rawatan didapati memasuki dan melekat pada paru-parunya selama beberapa hari, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. Tom Jozsi, 60, mendapatkan rawatan pergigian pada bulan ini, namun dia tiba-tiba diberitahu bahawa telah tertelan mata gerudi. Berdasarkan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT), Jozsi tidak menelan alatan itu. Sebaliknya menyedutnya sehingga menyebabkan mata gerudi tersebut memasuki bahagian paru-paru. “Saya tidak menyedari langsung mata gerudi itu masuk ke dalam (paru-paru). Saya cuma batuk-batuk,” katanya. Pakar paru-paru pada awalnya cuba membawa keluar peralatan itu menggunakan…
Seorang wanita di wilayah Beqaa, Lubnan bertindak menembak seekor anjing sehingga mati menggunakan senapang berikutan haiwan tersebut didakwa menjadi punca kematian anak perempuannya. Memetik laporan Daily Star, anjing tersebut dipercayai menyerang anaknya pada bulan lalu sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital. Anaknya kemudian disahkan meninggal dunia akibat insiden tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami serta umur mangsa. Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang wanita yang berjalan ke arah haiwan tersebut sebelum bertindak menembaknya. Ibu kepada mangsa yang telah menyahaktifkan akaun Facebooknya menjelaskan dia berbuat demikian berikutan serangan yang dibuat oleh anjing berkenaan kepada anaknya. Kisah ini turut tular…
Seorang ahli perniagaan wanita Filipina terkenal ditemukan meninggal dunia di Hotel The Fullerton Bay, di sini, pada awal pagi Sabtu lalu. Maricris Abad Santos Albert, 52, lebih dikenali sebagai Cris Albert, adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Fila Filipina. Beliau sudah menerajui syarikat pakaian sukan itu sejak 2007. Ibu kepada dua anak itu juga adalah Presiden Isport Life dan Athlete’s Gym & Dive, dan pengasas MA Holdings. Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu di 80 Collyer Quay kira-kira jam 1.05 pagi Sabtu lalu. Albert ditemui terbaring tidak bergerak di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia…