Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan pemimpin politik sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang yang mendiamkan diri berhubung isu penderaan Bella. Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial Instagram miliknya turut mempersoalkan sama ada golongan berkenaan mempunyai kaitan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31. “Berkenaan kes Bella. Mana pergi semua ahli politik yang so called pro human rights ni semua? Senyap je. “Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?,” soalnya. Tunku Ismail turut mengutarakan persoalan adakah rumah penjagaan itu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang negara apabila dilihat terlalu kebal. “Adakah beberapa rumah…
Author: Admin Hanisah
Rakaman detik cemas dua penumpang terpaksa memegang pintu pesawat yang terbuka hampir 20 minit tular di media sosial. Insiden di Brazil itu menunjukkan dua lelaki memegang pintu sambil rakan penumpang lain yang ketakutan memandang ke luar tingkap. Portal Metro UK melaporkan mereka berpaut di pintu itu selama 20 minit sehingga pesawat mendarat dengan selamat. Laporan menyatakan kabel sokongan patah menjadi penyebab kemalangan mengejutkan itu. Pesawat jenis Embraer 110 Bandeirante kebiasaannya boleh membawa antara 15 dan 21 penumpang. Pesawat itu berlepas jam 12.30 tengah hari dengan 12 penumpang dari perbandaran Jordao ke Rio Branco, di utara Brazil, Selasa lalu. Beberapa penumpang…
“Sudah-sudahlah merajuk Kak Teh. Lupakan semua yang berlaku, rindu sangat berpuluh tahun tidak bertemu, kalau dapat jumpa sekejap pun jadilah. Raya dah dekat sangat.” Begitu luahan hati Batliyah Din, 62, apabila amat mengharapkan kepulangan kakaknya Che Putih, 70-an, pada 1 Syawal ini selepas menghilangkan diri sejak 47 tahun lalu. Batliyah berkata, kakaknya seharusnya melupakan kisah-kisah lama kerana masing-masing sudah berusia dan bila-bila masa akan kembali menghadap Allah SWT. “Saya tidak pernah berhenti berdoa untuk dipertemukan kembali dengan kakak. “Lebih-lebih lagi ketika berada di hujung Ramadan dan 1 Syawal akan menjelang tidak lama lagi. “Sejak kehilangannya, setiap kali tiba bulan puasa…
Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik. Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah. Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun. Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes. Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak. Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut. “Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama…
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang berjoget ketika suaminya terlantar sakit di katil hospital, lapor laman berita Suara.com. Video itu dikongsikan menerusi akaun Instagram @lambegosiip. Dalam klip video tersebut, seorang wanita dilihat menari keriangan mengikut rentak muzik ketika suaminya terlantar di katil hospital. “Kamu meninggal dunia, saya berparti,’’ tulis wanita itu pada video berkenaan. Setelah disiasat, wanita itu melakukan perkara sedemikian setelah mengetahui bahawa suaminya berlaku curang. Dia mengaku perkahwinannya selama 13 tahun telah musnah apabila hadirnya orang ketiga. Walaupun berang, dia tetap menjaga suaminya yang sedang sakit. Apabila suaminya tidur, dia tidak teragak-agak…
Lelaki yang menjual kerepek dari keretanya bagi mengumpul wang pulang berhari raya ke Terengganu, tidak menyangka jualannya menerima permintaan luar biasa selepas kisahnya tular, minggu lalu. Kisah sedih Mohd Nor Hakim Haim, 32, yang berusaha menjual kerepek dhal dari keretanya selepas dua kali dibuang kerja disiarkan BH, Selasa lalu sebelum ia tular di media sosial. Beliau menjual kerepek bagi memastikan kerinduan isterinya untuk pulang berhari raya ke Chendering dapat ditunaikan. Mohd Nor Hakim berkata, sejak kisahnya itu disiarkan dan tular, kerepek jualannya itu diborong sehingga habis setiap hari. Malah, ada pembeli yang sanggup menanti bagi memastikan mereka berjaya membuat pembelian. “Alhamdulilah,…
Jabatan Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang terbabit dengan pakej berkenaan untuk diambil tindakan. “Nak bertaubat kena bayar duit ini adalah tidak betul dan jika tidak mempunyai ilmu, kita mudah ditipu orang lain. “ALLAH suruh kita mengajar dan belajar jadi orang berilmu kerana dengan adanya ilmu, kita tidak mudah ditipu,” katanya. Beliau ditemui di sidang media pada Majlis Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan dan Aidilfitri 1443 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Turut…
Seramai 11 orang pelajar lelaki telah ditahan reman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berkaitan kes pukul. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus pada malam Khamis lalu. Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Norina Maludin. Perintah reman ini dilakukan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kesemua suspek ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 12 tengah…
Sehari selepas pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar kepada ahli yang memohon semalam, pusat komersial dan beli belah di bandar raya ini menjadi tumpuan ramai sehingga sesak luar biasa. Tinjauan di Pusat Komersial UDA di Tampoi mendapati antara premis yang menjadi tumpuan ramai adalah kedai emas selain butik menjual pakaian raya. Deretan kedai emas di pusat komersial di situ dilihat dipenuhi orang ramai yang menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi. Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, berkata dia amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula semalam. Katanya, dia lega…
Menjelang Ramadan kali ini, perniagaan nasi arab Cef Ammar yang popular di Shah Alam telah mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli. Namun, timbul satu isu baru-baru ini apabila seorang peniaga di Kedah dengan beraninya menggunakan nama Cef Ammar bagi menarik perhatian pelanggannya. “Ini versi Cef Ammar diperbuat dari Kedah. “RM11 sahaja satu bungkus, siapa-siapa teringin boleh datang cuba dekat sini,” katanya. Perkongsian video oleh @alice_amoi di media sosial telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Rata-ratanya mengecam tindakannya itu serta menyifatkan ia seperti pemasaran ‘murahan’ yang dibuat demi keuntungan sendiri. “Ambil kesempatan perniaga macam ini, mentang-mentang nasi arab Cef Ammar…