Menjelang Ramadan kali ini, perniagaan nasi arab Cef Ammar yang popular di Shah Alam telah mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pembeli.
Namun, timbul satu isu baru-baru ini apabila seorang peniaga di Kedah dengan beraninya menggunakan nama Cef Ammar bagi menarik perhatian pelanggannya.
“Ini versi Cef Ammar diperbuat dari Kedah.
“RM11 sahaja satu bungkus, siapa-siapa teringin boleh datang cuba dekat sini,” katanya.
Perkongsian video oleh @alice_amoi di media sosial telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Rata-ratanya mengecam tindakannya itu serta menyifatkan ia seperti pemasaran ‘murahan’ yang dibuat demi keuntungan sendiri.
“Ambil kesempatan perniaga macam ini, mentang-mentang nasi arab Cef Ammar tengah popular.
“Dikatakan jual nasi arab Cef Ammar juga, boleh sabit kesalahan jika guna nama orang lain sebagai ‘brand’,” komen seorang pengguna.
Lebih menarik perhatian ramai, apabila empunya perniagaan, Cef Ammar tampil meninggalkan komen pada video tersebut.
Beliau menegur agar peniaga berkenaan berhenti mengelirukan pelanggan dengan menggunakan namanya.
“Ini bukan makanan Cef Ammar, tolong jangan guna nama saya, terima kasih,” tulisnya.
Sehubungan itu, selepas tular komen berkenaan, difahamkan pemilik akaun telah bertindak memadam teguran tersebut, tetapi ia sempat disimpan oleh orang ramai yang membacanya.
Sumber: Kosmo