PUTRAJAYA: Mulai esok, golongan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150. Selain itu, pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan turut memperoleh insentif ini. Kementerian Kewangan (MOF) berkata, golongan itu boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai. Insentif tersebut boleh diperolehi melalui salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. MOF berkata, ini adalah langkah yang diambil di bawah Belanjawan 2022, di mana kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula. Selain daripada RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada…
Author: Admin Hanisah
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo memohon maaf atas insiden menghempas telefon bimbit salah seorang penyokong. Beliau dipercayai berbuat demikian kerana kalah 0-1 dalam perlawanan menentang Everton awal pagi tadi. Menurut The Guardian, rakaman yang muncul di media sosial memaparkan Ronaldo meleret tangannya ke tanah ketika dia berjalan keluar dari padang dan menuju ke terowong di Goodison Park. “Saksi berkata, pemain bola sepak dunia itu menghempas telefon bimbit salah seorang peminatnya ke tanah hingga berkecai,” lapor The Guardian. Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram miliknya, beliau turut memohon maaf secara terbuka atas tindakan yang tidak sepatutnya itu. “Bukanlah mudah untuk kita…
LONDON: Kerajaan Britain mahu melelong sejumlah peralatan kelengkapan Covid-19 yang dibeli untuk mengawal penularan wabak itu. Hal ini berikutan terdapat lambakan bekalan yang masih tidak digunakan lagi. Sebilangan besar set pakaian pelindung diri (PPE) yang bernilai 600,000 pound (RM3.3 juta) dijangka dijual pada harga serendah 250 pound (RM1,375). Lelongan ini dalam usaha menjimatkan kos penyimpanan yang semakin meningkat. Lapor Daily Mail, lebih tiga juta gogal, visor, apron dan pembersih tangan akan dilelong oleh kerajaan. Penggubal undang-undang Britain berpandangan langkah itu adalah cara terbaik untuk dilakukan. Memandangkan kos penyimpanan PPE mencecah sekitar 7 juta pound (RM38.5 juta) sebulan. Seorang ahli Parlimen parti…
MELAKA – Padah mencederakan isteri yang enggan melakukan hubungan seks akhirnya seorang lelaki menerima balasan setelah dijatuhi hukuman penjara. Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Sesyen berasingan di sini, pada Khamis. Tertuduh V Murugan, 30, dijatuhkan hukuman itu di mahkamah berasingan oleh Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin atas empat pertuduhan. Berdasarkan pertuduhan pertama Murugan didapati dengan sengaja mencederakan isterinya, A M Saraswathi, 24. Tertuduh dipercayai mencederakan isterinya dengan cara memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar. Dia turut mencederakan anak lelakinya, M Sivaneswaran berusia enam tahun dengan memukul bahu kanan mangsa…
Mayat tiga sekeluarga yang telah reput membusuk ditemukan pada hari Rabu di dalam sebuah rumah di California. Penemuan mengejutkan itu berlaku selepas penguatkuasa undang-undang melawat komuniti berpagar sekitar jam 10.30 pagi untuk pemeriksaan kebajikan, kata polis. “Ahli keluarga penduduk rumah itu melaporkan kepada pihak berkuasa Kanada bahawa mereka tidak dapat menghubungi keluarga itu selama lebih dari setahun dan menjadi bimbang,” kata detektif Jabatan Polis Irvine dalam siaran berita. Selepas pegawai Kanada dihubungi, mereka turut menghubungi Jabatan Polis Irvine. Menurut kenyataan polis, seorang bapa, ibu, dan seorang anak lelaki dewasa tinggal di kediaman itu. Sebaik sahaja tiba di rumah, pegawai polis…
Sebuah penjara di England menarik perhatian kerana menyediakan kemudahan yang cukup lengkap dan mewah kepada banduan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti kemudahan sofa, TV serta alatan muzik. Memetik laporan The Sun, penjara HMP Cookham Wood di Rochester, Kent ini menempatkan banduan muda berstatus belia yang berumur diantara 15 hingga 18 tahun. Ramai banduan dipenjara kerana jenayah kekerasan dan kesalahan dadah tetapi mereka mungkin tidak berasa terlalu janggal. Hal ini kerana, kemudahan yang disediakan membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri. Buat banduan yang berkelakuan baik, mereka juga turut disediakan ruang rehat. “Ini jauh dari penjara lama yang anda boleh dapatkan. “Dengan…
PUTRAJAYA: Seorang wanita menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan bapa mentuanya selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam melepas dan membebaskan suaminya daripada kesalahan mengedar dadah. Sekali gus, turut membatalkan hukuman gantung sampai mati yang dikenakan terhadap bekas pekerja bengkel membaiki sofa itu. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said dan bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah. Mereka sebulat suara memutuskan untuk membebaskan Ahmad Kamil Anuar, 37, daripada pertuduhan tersebut. Keputusan dibuat selepas mendapati Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mensabitkan lelaki berkaitan dengan kesalahan mengedar dadah itu. “Kami mendapati memang terdapat kekhilafan dari segi fakta dan…
JENGKA- Dugaan Ramadan buat empat sekeluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Felda Jengka 14 di sini musnah akibat kebakaran pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Ahmad Mazlan Mat Adam, 49, keluar bekerja sebagai pemandu lori manakala dua anaknya bersama adik perempuannya tinggal di rumah. Menurutnya, kejadian disedari oleh adik perempuannya yang tinggal bersama menjaga dua anaknya yang berusia lapan dan 11 tahun. “Adik saya memberitahu api bermula dari ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain. “Ketika kejadian, adik saya sedang menyiapkan anak-anak yang ingin ke sekolah agama sebelum mereka keluar menyelamatkan diri,” katanya…
Siapa sangka rezeki seorang lelaki di wilayah Nonthaburi, Thailand selepas dia dilamar oleh tiga kekasihnya sekali gus. Malah, dia turut menerima mas kahwin sebanyak 100,000 baht (anggaran RM12,556.58) daripada setiap seorang. Bukan itu sahaja, mereka dilaporkan telah berkahwin secara serentak pada minggu yang lalu. Menerusi laporan media tempatan, lelaki bertuah, Suea Supareek merupakan seorang pengamal perubatan. Kini, dia sudah mempunyai sembilan orang anak bersama ketiga-tiga isterinya itu. Hasil hubungan selama 16 tahun bersama isteri pertama, Nutcharin Phankat, 30, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata. Mereka dikatakan berkenalan ketika isterinya itu berusia 14 tahun. Manakala isteri kedua, Pitchaya Suraseeruangchai, 35, tinggal…
SINGAPURA – Seorang lelaki secara rahsia telah memasang aplikasi pengintipan pada telefon isterinya selepas mereka sering bertengkar. Dia dikatakan berbuat sedemikian untuk memantau aktiviti isterinya di media sosial, termasuk rekod panggilan dan mesej. Menerusi laporan portal berita Channel NewsAsia, lelaki itu, Nicholas Wang Weichou, 30, menggunakan aplikasi itu untuk menggodam akaun media sosial isterinya dan menghantar mesej ancaman selepas berbuat demikian. Warga Singapura itu akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 22 minggu pada Selasa (5 April), seperti yang didesak pihak pendakwa raya. Dia mengaku bersalah atas satu dakwaan pengintipan yang melanggar undang-undang dan dua lagi dakwaan di bawah Akta Pinjaman Wang. Lima…