Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Lima lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua pasukan bola sepak di sebuah padang bola di Saujana Putra, Kuala Langat malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 12.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul semasa berlaku pergaduhan di padang bola. “Polis pada hari yang sama telah mengesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di media sosial mengenai kejadian itu. “Kejadian berpunca disebabkan pihak pasukan lawan tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan,” katanya dalam kenyataan. Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan…

Read More

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya. Menurutnya, ia mungkin hasil rawatan alternatif yang dijalani di Madinah selama empat hari, awal bulan September. Beliau yang terkenal sebagai Ustaz Kazim menjelaskan, rawatan itu menggunakan air telaga nabi di dua tempat di Madinah. “Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah. “Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba. “Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai…

Read More

Baru kenal empat bulan di Facebook (FB) tetapi sudah berani bawa pasangan pulang ke rumah sebelum dicekup berkhalwat tengah malam semalam. Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pasangan terbabit ditahan pada 12.35 tengah malam oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah rumah di Taman Kucai, Lunas, di sini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, lelaki berusia 29 tahun itu masih bujang dan bekerja di sebuah bengkel besi di Pulau Pinang. “Wanita yang menetap di Sungai Petani itu pula berusia 34 tahun dan tidak bekerja selain berstatus janda tiada anak sejak tiga tahun lalu.…

Read More

Seorang pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang mengikuti Program Klinik Penjaga Gol di Akademi Hoki Raja Ashman di sini, meninggal dunia di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Perak pagi tadi. Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Bill Wolfson Lianie, 14, mengadu tidak selesa dan rasa mahu pitam tiba-tiba rebah di dalam dalam biliknya kira-kira 7 pagi. “Pengurusan NHDP telah memanggil ambulans dan bantuan pernafasan dilakukan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). “Selepas cubaan menyelamatkannya dilakukan, mendiang disahkan meninggal dunia dan sehingga kini tidak dapat dipastikan punca kematiannya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB di…

Read More

Ustaz Kazim Antara 16 Individu Dilarang Beri Ceramah Di Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Ustaz Kazim adalah seorang penceramah bebas yang berasal dari Perak. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengeluarkan surat pekeliling senarai nama 16 individu termasuk pendakwah bebas. Beliau ialah Datuk Mohd Kazim Elias yang didapati tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP. Turut tersenarai adalah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Yusni Mat Piah, Dr Abdullah Yassin, Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan dan Halim Hassan. Selain itu adalah Aiman Subri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Shaharudin…

Read More

Dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) cedera selepas diserang menggunakan batu oleh lelaki mabuk dalam kejadian di Batu 4, Jalan Kapar di sini awal pagi semalam. Kedua-dua anggota tersebut berusia 30 dan 50an dengan salah seorang daripadanya menerima enam jahitan susulan kecederaan ketika bergelut menangkap suspek lelaki warga Sri Lanka berusia 36 tahun. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.04 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat seorang individu tidak dikenali telah menceroboh kawasan rumahnya. Katanya, unit MPV kemudiannya telah diarahkan ke lokasi kejadian dan mendapati suspek lelaki itu…

Read More

Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi. “Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam. Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan. Katanya, kes disiasat…

Read More

“Sebelum suami saya dipercayai jatuh sungai, dia sempat menghantar pesanan WhatsApp meminta untuk saya menjaga diri dan anak-anak dengan baik kerana dia mahu pergi jauh,” luah Siti Najwa Kamarudin, 28, isteri kepada seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini, semalam. Siti Najwa berkata, suaminya, Muhamad Azwari Aziz, 38, keluar dari rumah sebaik solat Subuh pagi semalam dan sempat menghantar pesanan WhatsApp serta memberitahu lokasi tempat dia berada. Menurutnya, susulan berasa tidak senang selepas membaca pesanan itu, di bergegas ke lokasi kejadian, namun hanya melihat motosikal dan selipar sahaja yang ditinggalkan di…

Read More

Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit selama 15 minit di antara celah batu bahagian tembok balkoni, di Taman Samudera, dekat sini, semalam. Mangsa yang berusia 4 tahun itu, ketika kejadian dipercayai sedang bermain di bahagian balkoni rumah berkenaan, sebelum kepalanya tersepit. Difahamkan kejadian itu disedari oleh datuk mangsa dan kemudiannya bertindak menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkan kepala mangsa. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.33 pagi. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung bergegas ke lokasi bagi khidmat khas mengeluarkan kepala mangsa tersepit.…

Read More

SEORANG lelaki warga Nepal tersilap masuk ke dalam sebuah rumah penduduk sebelum bertindak merebahkan badan dan tidur di atas sofa. Kejadian dilapor berlaku di ruang tamu sebuah rumah yang terletak dekat Shah Alam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada kelmarin. “Pemilik rumah bagaimanapun tidak mahu membuat laporan dan tiada kehilangan barang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam Jumaat. Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak berbaju telah tidur di atas sofa dengan berselimutkan permaidani. Difahamkan, pemilik rumah telah menghubungi pihak polis untuk membangunkan lelaki terbabit. Komen…

Read More