Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Di Hentian Bas

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi.

“Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Komen Netizen : 

Allahu. Kenapa tak bagi pada orang atau letak di tempat yang lebih selamat? 😢😢

Semoga anak yg dibuang ini menjadi anak yg berjaya dunia & akhirat. Jgn sedih dgn nasib mu ya syg ❤️

Allahuakbar,,, alhamdulillah mujur lh bayi tk berdosa tu ditemui masih bernyawa,,,,binatang pun syg kn ank,,ni manusia main campak buang jer,,, Allahuakbar

In sha Allah dgn kecekapan PDRM si pelaku akan dpt dikesan.

Allahu akbar. Moga bayi ini sentiasa dilindungi dan dikasihi.

Ya Allah selamatkanlah bayi ni, semoga dia membesar dengan sihat dan mendapat kasih sayang orang disekelilingnya

Kesiannya baby tu

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Semoga anak yang di buang menjadi anak yang baik berjaya dunia dan akhirat

Allahu,bg org yg mmerlukan lg baik.hu3.Ada yg brthun nk zuriat tpi blm rzki..

Mlm tadi hujan lebat.. Sian nyaa 😥

Anak Soleh..Berjaya DuniaAkhirat..Aaminn yra.

Kalau aq yg terjumpa ni, mesti aq menggigil and nangis…sedih rasanya bila nmpak baby kena buang

Bg aku jela jaga ..buang2 buat apa..

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply