Lebih 20 buah rumah Kampung Udang di sini rosak selepas dilanda puting beliung dan ribut semalam sekitar jam 2.30 petang, lapor sebuah portal berita tempatan.
“Saya jangka lebih 20 rumah rosak dengan 14 daripadanya mengalami kerosakan teruk,” menurut seorang penduduk, Alias Mat Min.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Jamsari Mohamad berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia bersama ibunya yang berada di dalam rumah dikejutkan dengan bunyi deruman angin yang sangat kuat.
“Kejadian berlaku ketika saya dan emak berehat selepas menunaikan solat Zohor. Emak menyuruh saya melihat keadaan di luar selepas terdengar bunyi bising,”
“Saya terkejut melihat bahagian luar rumah cerah sebelum mendapati semua atap berterbangan sebelum mengajak emak keluar rumah untuk menyelamatkan diri,” jelasnya.
Sejak semalam, tular video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang bernamam @jllmisai menunjukkan keadaan angin yang kuat serta hujan lebat melanda Marang, Terengganu.
Keadaan cuaca di Terengganu ketika ini. Tempat lain macamana? Info info. pic.twitter.com/vEro6A8WYJ
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) October 31, 2022
Dalam perkembangan yang sama, sebanyak 25 premis termasuk kediaman dan kedai di Bukit Payong turut mengalami kerosakan teruk akibat daripada kejadian ribut yang berlaku.
Menurut Pegawai Bahagian Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Kamanordin Md Jusoh, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut sama ada terdapat penduduk yang terjejas.
Tambah beliau, bantuan segera akan disalurkan kepada mereka yang terjejas bagi meringankan beban serta untuk keselesaan penduduk berikutan kekerapan hujan ketika ini susulan daripada fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Menjengah di komen, terdapat segelintir netizen yang berkongsi tempat merekz yang mengalami hujan lebat seperti di Kelantan. Alor Setar dan Kuantan.
Selain itu, netizen juga mendoakan agar semoga segala urusan dipermudahkan dan diharapkan semua orang untuk berhati-hati dan berada di rumah jika cuaca semakin teruk.
Sumber : Samudera