SEORANG lelaki warga Nepal tersilap masuk ke dalam sebuah rumah penduduk sebelum bertindak merebahkan badan dan tidur di atas sofa.

Kejadian dilapor berlaku di ruang tamu sebuah rumah yang terletak dekat Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada kelmarin.

β€œPemilik rumah bagaimanapun tidak mahu membuat laporan dan tiada kehilangan barang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam Jumaat.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki tidak berbaju telah tidur di atas sofa dengan berselimutkan permaidani.

Difahamkan, pemilik rumah telah menghubungi pihak polis untuk membangunkan lelaki terbabit.

Komen Netizen :

Tuan rumah πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Mcm mana bole bg dia masuk? Biar je pintu tak berkunci ke

Mabuk ni

Sumber : Utusan TV

Share.

Leave A Reply