Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Binatang pun sayang anak, inikan pula manusia. Begitulah nasib malang seorang bayi perempuan yang ditemukan dalam tong sampah dengan kesan darah dipercayai baharu dilahirkan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata. Bayi perempuan berkenaan ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan di One Tebrau. Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi pada 1 Oktober lalu. Beliau berkata, pelindung kanak-kanak JKM menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi yang tidak dikenal pasti jantina. Menurutnya, pegawai keselamatan berkenaan berasa curiga apabila mengesan objek yang bergerak di dalam tong sampah Roro dan mendapati ia adalah bayi. “Pemeriksaan mendapati…

Read More

Menteri Besar Amirudin Shari tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini. Sebaliknya beliau berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Muhamad Munir Bani “Kenyataan di akhbar dan juga media sosial berhubung dengan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Negeri Selangor bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, didapati terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat. “Sebenarnya pada 11 Okt yang lalu menteri besar Selangor tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan.…

Read More

Pas mengekalkan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah pentadbiran parti berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan kira-kira empat jam di Ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini. Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas turut membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atas prinsip penyatuan ummah. Beliau berkata, selain itu, mesyuarat juga memutuskan akan memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN. “Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri beberapa pemimpin…

Read More

Seorang ah long atau pemberi pinjam wang tanpa lesen di Thailand melepaskan lapan das tembakan terhadap seorang penghutang pada bahagian kepalanya dekat luar sebuah kedai teh di wilayah Songkhla, Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger pada 11 Oktober. Pegawai dari Balai Polis Khuan Meed menerima satu panggilan pada pukul 8 malam (waktu tempatan) mengenai seseorang yang ditembak mati di daerah Chana. Sejurus tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mayat Chusit, 42, dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak sebanyak lapan kali pada bahagian kepala. Sepucuk pistol yang ditemui turut diambil sebagai bahan bukti. Saksi memberitahu, mereka pada awalnya melihat Chusit masuk…

Read More

Seorang lelaki dan dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terkandas di pesisir Pantai Sentosa di sini pada Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 20 hingga 64 tahun itu diselamatkan orang awam di tempat kejadian. Menurut beliau, bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 petang menggerakkan seramai tujuh anggota ke tempat kejadian. “Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba dan orang awam berjaya membantu menolak kenderaan terbabit ke jalan ban,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Menurut Norazam, operasi menarik kenderaan itu mengambil masa selama 40…

Read More

Hampir sembilan bulan melahirkan cahaya mata sulung, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya di media sosial. Menurut Neelofa, Bilal merupakan anugerah yang terindah buat dirinya dan suami, PU Riz. Sebagai ibu, Neelofa berdoa agar Bilal diberikan afiyyah dan fakih di dalam agama. Tambah Neelofa, dia berharap Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam. Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil. Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan…

Read More

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam (HSA) sejak 29 September lalu, meninggal dunia pada jam 4.30 petang ini. Berita sedih ini dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi WhasApp kepada Harian Metro. “Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati saya ingin memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui sang pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang. Sama sama sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah..Innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya. Harian Metro sebelum ini, melaporkan Hisham berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru, selepas difahamkan arwah mengalami batuk…

Read More

Seorang pengguna Twitter, Hannah berkongsi pengalamannya ketika sedang makan kuetiau goreng, namun terkejut apabila terjumpa plaster luka terpakai di dalamnya. Melihat kepada beberapa gambar yang dimuat naik Hannah, terasa jijik dengan kualiti masakan pihak peniaga tersebut. Menurut Hannah, dia memesan makanan tersebut menerusi perkhidmatan penghantaran makanan dari sebuah kedai makan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. “Terdapat plaster luka dalam kuetiau goreng saya, saya nak menangis dan sangat geli, lebih teruk plaster tersebut telah digunakan,” luahnya dengan kecewa. Jelasnya lagi, pada awalnya dia menyangkakan plaster luka tersebut adalah kulit ayam dan apabila diteliti dengan betul, alangkah terkejutnya setelah mengetahui perkara sebenar.…

Read More

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad berkata, Najib sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara. “Selagi beliau masih menjalani hukuman penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian pihak penjara sekiranya ada permohonan daripada penyokong Najib agar penyandang kerusi Parlimen Pekan itu diberi kebenaran khas…

Read More

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini. PU Azman atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Berdasarkan tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau. Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di…

Read More