Keadaan ekonomi negara pada masa kini amat berbeza dengan situasi yang pernah dihadapi sewaktu Krisis Kewangan Asia pada 1997-98, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, asas-asas ekonomi dan sistem kewangan Malaysia kini jauh berbeza susulan pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan. Antara lain, katanya, ia termasuk struktur ekonomi domestik yang lebih pelbagai, disokong oleh sistem kewangan yang bemodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh. “Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi, dan kita mempunyai lebihan akaun semasa, didorong oleh eksport yang pelbagai. “Setakat tahun ini,…
Author: Syifa' Syakinah
Pelakon popular, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu. Zul Ariffin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar. Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terdahulu, Zul Ariffin tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dan memakai sut kelabu gelap serta pelitup muka, selain diiringi peguam dan rakan. Kira-kira 10 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan…
Kerajaan Kedah mengharamkan serta-merta penganjuran konsert di negeri itu ekoran insiden dalam program Muda Mudi Weekend Fest (MMWF) yang tular di media sosial. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebaliknya kerajaan negeri menggalakkan sebarang acara yang menyihatkan badan seperti program larian, berbasikal, memancing dan lain-lain selagi ia selari dengan tatasusila masyarakat tempatan “Kejadian muda-mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu tular rakaman video memaparkan aksi penonton MMWF…
Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang berjaya diselamatkan di Thailand selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kediamannya di Tumpat pada 13 September lalu, kini sudah pulang ke Kelantan. Wanita berusia 36 tahun yang juga ibu kepada seorang anak itu dikatakan tiba di Kelantan hari ini. Bagaimanapun, Rosnazirah tidak pulang ke kediamanya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat sebaliknya berada di satu lokasi di sini. Ketua Polis KelantanDatuk Muhamad Zaki Harun dikatakan akan melawat mangsa di Kota Bharu petang ini. Bagaimanapun, sehingga kini lokasi keberadaan Rosnazirah tidak diketahui dan dimaklumkan kepada pihak media. Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Negara…
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya pada Ogos tahun lalu. Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lius Jappa, 41, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, tertuduh warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun, di sebuah rumah kongsi di Batu 17, Jalan Bukit Quoin dekat sini, kira-kira jam 8 pagi antara 1 hingga 30 Ogos, tahun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang…
Seorang remaja lelaki ditemukan mati di ruang dapur rumahnya di sebuah kawasan perumahan di Kuala Kedah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan penemuan mayat daripada seorang lelaki petang semalam. Beliau berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui oleh abangnya yang baru pulang dari laut sekitar jam 4 petang. “Hasil temu bual dengan abang si mati, dia memaklumkan ternampak adiknya dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka. “Si mati adalah anak bongsu dari empat beradik dan bekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.…
Polis daerah Sentul menafikan dakwaan bersekongkol dengan individu yang mendakwa dirinya gengster seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan satu gambar laporan polis berhubung kejadian seorang lelaki tempatan diugut kumpulan gangster yang tular di Facebook pukul 4.35 petang semalam. Menurut beliau, laporan polis itu berkait dengan aduan ugutan dilaporkan pada 4 September lalu yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. “Kita menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang mendakwa diugut seorang lelaki dikenali ketika berada di Pejabat D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat…
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ketika bertemu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru-baru ini, dia telah mengemukakan tiga syarat sekiranya PAS mahu menjalin semula kerjasama politik dengan parti itu. Zahid hari ini dipetik Utusan Online berkata tiga syarat itu ialah PAS keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) seratus peratus daripada PN dan Bersatu. Kata Zahid lagi, jika tiga tuntutan ini dipenuhi maka rundingan kerjasama dengan PAS boleh dibuat khususnya dalam menghadapi PRU15. “Selagi PAS tidak penuhi tiga tuntutan itu, kita (Umno) tidak dapat merungkai apa juga isu…
Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin di sebuah kedai mencuci pakaian (dobi) di Impian Emas, Larkin semalam. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, anggota bomba dan penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia berkenaan. Seramai tiga anggota terlibat dalam operasi penangkapan ular berkenaan yang diketuai oleh PBK II (KUP) Mohd Ali. Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati ular sawa jenis batik itu berada di dalam salah satu mesin basuh di situ. Kecekapan pegawai bomba dan penyelamat Larkin akhirnya berjaya menangkap haiwan tersebut menggunakan penjeru sebelum dimasukkan ke dalam sangkar…
“Hasrat kedua-dua arwah untuk ponteng sekolah pada Khamis dan Jumaat semata-mata menjaga dan bersama saya yang tidak sihat menjadi petanda mereka akan pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya, “kata ibu mangsa dua beradik yang maut terkena renjatan elektrik, Syakila Hasan. Pencari dan penjual barangan terpakai berusia 35 tahun itu berkata, sepanjang dua hari lalu kedua anaknya tidak keluar ke mana-mana dan sentiasa bersama keluarga kecuali menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran sebelum tragedi menyayat hati itu berlaku. Menurutnya, pada Khamis, anaknya, Adam Harish, 10, menyediakan masakan cucur tepung dan beriya-iya menyuruhnya merasainya kerana dia pandai memasak. Katanya, dia tidak menyangka…