Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Bekas pengurus Khairul Aming tampil memohan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya di atas isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Setelah beberapa hari mendiamkan diri daripada semua platform media sosial, akhirnya pada hari ini, bekas pengurus Khairul Aming (KA) yang dikenali sebagai Ahmad Fadhilat memberi kenyataan berhubung dakwaan ‘kurang mesra’ ketika berhubung dengan orang awam yang mahu mendapatka khidmat influencer tersebut. Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang telah pernah berkerjasama dengan saya secara terus / tidak terus. Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah tidak…

Read More

Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) selepas dilaporkan hilang di kawasan Bidor sejak petang semalam sah ditemui mati di lokasi kejadian. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri seperti yang dilaporkan Bernama sebentar tadi. “Mayat juruterbang sebuah helikopter yang hilang semalam, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat selepas diterbangkan dari lokasi kejadian menggunakan sebuah helikopter,” katanya memetik Bernama. Semalam, Menteri Pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong berkata pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan pada kira-kira 12.16 tengah hari dengan lokasi terakhir dilaporkan…

Read More

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang suspek lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam semalam. Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, lelaki berusia 33 tahun itu adalah suspek yang ditahan sejak 29 Julai lalu. “Dia ditahan sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985. “Pada 4.59 pagi semalam, suspek berkenaan ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital telah dihubungi bagi tujuan rawatan awal dan kira-kira 5.20 pagi, pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam telah mengesahkan kematiannya,” menurut beliau dalam kenyataan malam tadi. Skandaguru berkata,…

Read More

Sebuah kenderaan jenis Proton Wira dilaporkan terbakar di bahu jalan di Jalan Kuantan, Titiwangsa sekitar jam 1.50 petang tadi. Menurut Bernama TV, bunyi letupan dan kepulan asap tebal daripada kereta itu memeranjatkan orang awam yang beriadah di sekitar Taman Tasik Titiwangsa. Bagaimanapun, punca kejadian sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti, lapor Bernama. https://twitter.com/BernamaTV/status/1567756982635077637?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1567756982635077637%7Ctwgr%5E78b731cd768570c153837ee419c4cb4b1aaca09c%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F09%2F08%2Fbunyi-letupan-kejutkan-orang-ramai-proton-wira-dilapor-terbakar-di-titiwangsa%2F https://twitter.com/BernamaTV/status/1567770266872463361?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1567770266872463361%7Ctwgr%5E78b731cd768570c153837ee419c4cb4b1aaca09c%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F09%2F08%2Fbunyi-letupan-kejutkan-orang-ramai-proton-wira-dilapor-terbakar-di-titiwangsa%2F Sumber : SK

Read More

Artis veteran tanah air, Datuk M Daud Kilau dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas tengah malam Rabu. Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar. Anaknya, Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya masih dalam pemantauan rapi doktor dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. “Doktor maklumkan kepada keluarga bahawa Dato (M Daud Kilau) kritikal, ada masalah paru-paru berair. “Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (bantuan pernafasan kecemasan) dan masukkan tiub bagi membantu pernafasannya,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis. Penyanyi yang mendapat…

Read More

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang telah bertindak meludah sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang wanita. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian itu berlaku di persimpangan Jalan Lapangan Terbang lama, Kuala Lumpur. Jelasnya, kenderaan mangsa telah dihalang oleh suspek yang juga memandu Perodua Myvi ketika wanita itu menghala ke Jalan Dewan Bahasa. “Lelaki yang berusia 20-an itu telah mengekori, memotong dan memberhentikan kenderaan secara mengejut di hadapan mangsa. Suspek yang tidak dikenali itu kemudian turun dari kereta dan memarahai mangsa sebelum bertindak meludah kenderaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurut Amihizam lagi,…

Read More

Gerak hati seorang remaja perempuan yang curiga selepas menghantar sahabatnya berjumpa seorang lelaki petang semalam, menjadi kenyataan apabila rakan sekolahnya itu ditemukan mati di dalam sebuah kereta pagi tadi. Remaja dikenali sebagai Damia, 16, berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika mangsa meminta dihantar ke kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau petang semalam untuk bertemu pemuda dipercayai teman lelakinya. Menurutnya, selepas menghantar dia berasa tidak sedap hati sehinggalah dihubungi kakak sahabat baiknya itu kira-kira 8.30 pagi memaklumkan mangsa tidak pulang sejak semalam. “Saya bergegas ke Japerun untuk mencarinya dan sebaik tiba saya dapati kereta Perodua Kancil yang dinaiki…

Read More

Jabatan Penjara Malaysia hari ini menafikan sebuah kenyataan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ditempatkan di sebuah rumah. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform Twitter, Jabatan Penjara berkongsi satu gambar yang memaparkan mesej yang mendakwa Ahli Dewan Rakyat Pekan itu tidak berada di penjara sebaliknya di sebuah rumah. “Najib tidak berada dalam sel. Seorang rakan sepupunya yang merupakan Pengurus di Jabatan Penjara Kajang berkata Najib ditempatkan di sebuah rumah di kawasan penjara. “Rumah itu dikhaskan untuk Pegawai Kanan Jabatan Penjara,” dakwa mesej di aplikasi WhatsApp itu. https://twitter.com/penjaramalaysia/status/1567400297097732097?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1567400297097732097%7Ctwgr%5E4438b158a132794ececda380973abbe4f3726762%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F09%2F07%2Fjabatan-penjara-malaysia-nafi-najib-ditempatkan-di-sebuah-rumah-khas%2F Terdahulu, Najib telah menjalani hukuman di…

Read More

Polis memburu lelaki tempatan yang didakwa mengintai seorang guru wanita di tandas di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku jam 12.27 tengah hari pada 15 Ogos lalu dan laporan diterima pada hari sama. “Polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pengadu iaitu guru wanita berusia 32 tahun pada jam 4.44 petang. “Siasatan awal mendapati pada 15 Ogos itu, pengadu ke Kompleks Sukan Negara membawa pelajar untuk latihan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan. “Semasa mangsa berada dalam tandas wanita, dia menyedari seorang lelaki mengintai…

Read More

“Setakat ini saya difahamkan ia sudah diselesaikan secara rundingan antara pengusaha bot dan mereka yang terbabit,” kata Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson, Mohd Zamri Mohd Esa berhubung video tular bot pelampung berlanggar dengan sebuah bot lain, baru-baru ini. Beliau berkata, kejadian itu memang benar berlaku di Port Dickson baru-baru ini. “Tiada sebarang kecederaan kepada mereka yang terbabit dan tiada kes,” kata ringkas selepas dihubungi tadi. Sebelum tular di laman sosial rakaman bot pelampung yang membawa penumpang berlanggar dengan bot lain. Dalam kejadian itu, pengendali bot pelampung dikatakan seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan penumpang kerana hanya berkata; “Kacau betul la…”…

Read More