Bekas pengurus Khairul Aming tampil memohan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya di atas isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Setelah beberapa hari mendiamkan diri daripada semua platform media sosial, akhirnya pada hari ini, bekas pengurus Khairul Aming (KA) yang dikenali sebagai Ahmad Fadhilat memberi kenyataan berhubung dakwaan ‘kurang mesra’ ketika berhubung dengan orang awam yang mahu mendapatka khidmat influencer tersebut.
Saya memohon maaf atas kesilapan saya pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya saya meminta ribuan kemaafan kepada mereka yang telah pernah berkerjasama dengan saya secara terus / tidak terus.
Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah tidak ada kaitan kerja dengan KA selepas insiden penularan ini berlaku.
Fadhilat juga memberitahu Khairul Aming kini sedang mencari pengurus baru bagi menguruskan segala kerja yang digalas oleh dirinya sebelum ini. Di akhir posting, dia mengakui akan kesilapan dengan berjanji menyertai mana-mana kelas untuk memperbaiki segala kekurangan sebelum ini.
Jadi semua socmed saya ini hanya untuk personal saya sahaja dan tidak ada kaitan dengan career dia. Saya akan improve my communication skills dengan menyertai kelas-kelas PR dan any kelas yang berkaitan.
View this post on Instagram
Terdahulu, tular di media sosial selepas pengguna Twitter meluahkan rasa tak puas hatinya selepas mendakwa menerima layanan buruk dari pengurus peribadi influencer terkenal, Khairul Aming.
Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.
Kekwat nak mampos. Aku contact Manager Tokti pun tak kekwat mcm kau.
— Naz 🍥 (@_NazriH) September 7, 2022
Khairulaming juga turut memuat naik bebenang di Twitter miliknya mengenai jalan penyelesaian yang dilakukan bagi maslaah ini.
Regarding issue semalam, ini wayforward for improvement:
1) i have removed all manager’s contacts from social media. for now i sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement
— Khairulaming (@khairulaming) September 9, 2022
Sumber : Oh Bulan