Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman mendakwa dibuli dan dipukul sekumpulan senior dalam kejadian 23 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos. Menurutnya, laporan pertama dibuat pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan. “Pada tarikh sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun hadir ke Balai Polis Chukai turut membuat aduan mereka dipukul sehingga lebam di badan. “Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai…
Author: Syifa' Syakinah
Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar diampunkan kini mencecah lebih 112,000 pada Isnin. Petisyen yang digerakkan menerusi portal Change.org itu telah menunjukkan peningkatan sejak ia dilancarkan Rabu minggu lalu. Pemerhatian Astro AWANI mendapati, setakat 1 tengah hari Isnin, sejumlah 112,224 telah menandatangani petisyen yang disasarkan mencapai 150,000 penanda tangan. Menurut BERSIH, petisyen itu bagi meminta Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib. Sementara itu, satu lagi referendum yang dilancarkan oleh penyokong Najib pula sehingga kini…
Hari ini Malaysia menerima perkhabaran duka apabila ibu kepada pelakon dalam drama siri Gerak Khas, Zulkifli Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun. Berita duka itu disampaikan oleh Zulkifli menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya semalam dengan memaparkan foto beliau bersama arwah ibunya. Difahamkan, ibunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pada jam 4 petang semalam. View this post on Instagram A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli) “Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang…
Pejabat PKR Cabang Johor Bahru yang terletak di Larkin Idaman, di sini terbakar, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat, awal pagi tadi. Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang menjejaskan 10 peratus bahagian depan pejabat itu. Katanya kejadian itu mengakibatkan bahagian pintu roller shutter di hadapan pejabat itu rosak teruk selain kesan asap dan debu kelihatan di luar dan dalam bangunan. “Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran dan tinjauan di tempat kejadian, dipercayai kebakaran dimulakan dengan lima biji tayar dibakar di hadapan pintu pejabat itu. “Saya bersyukur dan berterima…
Pesara tentera maut dipercayai ditembak rakan sendiri ketika keluar memburu babi hutan di kawasan hutan perkuburan lama Kampung Giam, di sini, semalam. Gadin ak Gambong,64, maut di tempat kejadian selepas terkena 13 das tembakan. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa bersama adiknya serta dua rakan keluar berburu pada 8 pagi di hutan itu dengan membawa anjing. Katanya, pada 11.30 pagi, mereka mengesan babi hutan pada jarak satu kilometer dan mengejarnya dengan bantuan anjing itu. “Dua pemburu membawa anjing bagi mengepung binatang tersebut, manakala mangsa dan seorang lagi rakan menunggu di tempat jangkaan binatang buruan…
Seorang remaja lelaki terlalu ghairah menunggang motosikal dengan aksi Superman sehingga tidak perasan diekori oleh sebuah kereta peronda polis di Kilometer 248, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) berhampiran Plaza Tol Jabor dekat sini semalam. Penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu berjaya ditahan selepas terjatuh berhampiran Plaza Tol Jabor sewaktu cuba melepaskan diri daripada ditahan polis pada pukul 10.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, aksi suspek yang melakukan aksi Superman dengan motosikalnya telah diperhatikan sebuah kereta peronda Unit Polis Ronda Lebuhraya (EMPV) Zon Timur 4, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. “Remaja yang berasal…
National Geographic UK tersilap menyatakan Singapura berada di Malaysia di laman Facebooknya yang mengundang warga maya di Malaysia menyerbu ruangan komen dengan kritikan, sindiran dan juga jenaka. Gambar arkib yang disiarkan di Facebook organisasi itu menunjukkan mercu tanda Singapura yang terkenal iaitu Gardens by the Bay dan ditulis ia berada di “Singapura, Malaysia” pada keterangan hantaran berkenaan. Ini mendorong rakyat Malaysia untuk meninggalkan komen jenaka atau sindiran pada hantaran itu, dengan kebanyakannya menyiarkan gambar mercu tanda dan keterangan yang menerangkan lokasi secara salah. Antara mereka yang meninggalkan komen lucu termasuk jenama Malaysia seperti Golden Screen Cinemas (GSC) dan pencipta kandungan…
Seorang warga emas dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh kedai alat telekomunikasi di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.25 petang itu, lelaki berusia 64 tahun terbabit memandu kereta Honda Accord. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata ketika kejadian lelaki itu mahu meletakkan kereta di hadapan kedai itu. Bagaimanapun, katanya lelaki itu tersalah tekan pedal minyak menyebabkan keretanya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam kedai. “Kereta itu melanggar peralatan dalam kedai itu, namun kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan orang awam yang berada di dalam kedai itu. “Kes disiasat mengikut Peraturan 10…
VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini. Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Sri Ab Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni. “Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri…
Jabatan Penjara Malaysia menafikan khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ‘layanan istimewa’ di Penjara Kajang. Dalam satu muat naik di Facebook, Jabatan Penjara Malaysia menggesa agar dihentikan penyebaran berita palsu berkaitan perkara tersebut. Terdahulu, tular di media sosial dakwaan kemungkinan layanan VIP diberikan kepada Najib di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, pada Selasa. Seorang pemilik akaun Facebook mendakwa penjara atau bilik tahanan untuk VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa dan kemungkinan aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam. Setakat ini,…