Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seorang warga emas cedera akibat ditetak dengan parang oleh anak saudaranya kerana menegur lelaki itu mengamuk dalam kejadian di Kampung Lok Urai di Pulau Gaya, pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 73 tahun luka di kepala akibat ditetak suspek lelaki yang berusia 45 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, laporan dibuat oleh mangsa selepas bimbang dengan tindakan suspek yang mungkin menyebabkan kejadian lain. “Ketika kejadian, suspek mengganggu penduduk dengan membaling batu dan kayu beruti ke rumah penduduk di kawasan tersebut tanpa sebab. “Mangsa cuba menegur perbuatan suspek tetapi suspek…

Read More

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). “Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata. “Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau malam tadi. Semalam, tular di media…

Read More

Kesihatan Ainul Mardhiah dilaporkan kembali tidak stabil apabila diserang sawan berulang kali semalam. Perkara tersebut dilaporkan sendiri oleh ayahnya menerusi Facebook sebentar tadi. “Ainul agak “teruk” hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku 4 5 kali dalam tempoh tak sampai 12 jam. “Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur,” ujarnya. Jelasnya lagi, Ainul seakan tidak mampu bergerak buat masa sekarang kerana badannya kaku. “Walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang…

Read More

Seorang wanita terselamat apabila kereta Proton Waja yang dinaiki secara tiba-tiba terbakar di Kuala Perlis, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berusia dalam lingkungan 30-an sedang memandu keretanya di Jalan Marhom Kayang berhampiran Kampung Tok Kuning, Kuala Perlis menuju ke Kangar. “Tiba-tiba keretanya berasap dan terbakar menyebabkan mangsa segera memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk menyelamatkan diri. “Anggota bomba segera dipanggil untuk memadamkan kebakaran namun ia tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis berkata,…

Read More

Kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sewaktu menjawab soalan di Dewan Negara pada Isnin, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut. Hishammuddin berkata, beliau sendiri akan memberi laporan kepada orang ramai dan Kabinet mengenai tahap penyiapan projek yang kini sudah menelan belanja sekitar RM6 bilion. “Kita diberikan enam bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha untuk menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia…

Read More

Seorang pemilik akaun TikTok popular ditemui mati di rumahnya di Subang Jaya, Selangor pagi semalam, selepas menerima komen kebencian bertubi-tubi di akaunnya yang diikuti ramai. Ibu kepada tiga anak, Shashikala Nadarajah, 44, dilaporkan “dibuli secara siber” berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya, di akaun media sosial, lapor Sinar Daily. Polis berkata punca kematian sedang menunggu bedah siasat, yang dijadualkan berlangsung di Hospital Universiti hari ini. Menurut seorang lagi pemilik akaun TikTok yang popular Rose Veronica, anak-anak Shashikala memberitahunya ibu mereka tidak boleh bertolak ansur dengan komen negatif di TikToknya, lapor Sinar Daily. Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok dan…

Read More

Pengawal keselamatan yang cedera di kepala dan tangan kiri akibat dilibas pedang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam. Mangsa Ismail Ahmad, 58, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 petang selepas dimasukkan ke hospital terbabit sejak Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dibubungi mengesahkan mengenai kematian mangsa namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan. Difahamkan, mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan punca kematian mangsa hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat yang dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat. Terdahulu,…

Read More

Pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang dikenal pasti menggeser kereta milik Tunku Temenggong Johor (TTJ), Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi, 1 Ogos lalu, disaman RM300. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu dipanggil hadir ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS untuk diserahkan saman Pol 257, hari ini. “Dia yang disaman mengikut Rule 10 LN 166/59 itu kemudian menjelaskan saman sebanyak RM300 pada 1.45 petang. “Saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN 166/59 iaitu kesalahan lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik yang…

Read More

Ketika melakukan penyelidikan untuk menjelajah kedalaman Laut Merah, sekumpulan penyelidik telah menemui kapal karam di bawah laut. Namun bukan itu sahaja yang ditemui mereka, ini kerana kamera bawah laut turut berjaya merakamkan seekor makhluk gergasi yang dikenalpasti sebagai sejenis sotong yang saiznya lebih besar daripada manusia. Difahamkan imej sotong gergasi itu berjaya dirakamkan pada tahun lepas ketika pencarian bangkai kapal “Pella” yang karam pada bulan November tahun 2011 dulu. Walaubagaimanapun, ketika itu mereka tidak mengetahui jenis sotong terbabit, sehinggalah ianya dikenalpasti sebagai sotong purpleblack pada September 2021. Rodrigue yang merupakan sebahagian daripada OceanX, pasukan ahli biologi marin dan pembuat filem…

Read More

Mahkamah Sesyen Johor Bahru dilapor melepas dan membebaskan bekas Exco, Abdul Latif Bandi atas tuduhan rasuah, lapor Bernama Radio sebentar tadi. Difahamkan, dia beserta dua lagi yang lain dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta pada lima tahun lepas. Maklumat tersebut dilapor Bernama dalam laporan ringkas di Twitter sebentar tadi. Berita selanjutnya bakal menyusul. https://twitter.com/bernamaradio/status/1556118329265639426?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1556118329265639426%7Ctwgr%5E115b72b23540ce838073aa653c8cd97ad91eb441%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F08%2F07%2Fbekas-exco-johor-abdul-latif-bandi-dilepas-dibebas-tuduhan-rasuah-gubah-wang-haram-rm35-7-juta%2F Sumber: SK

Read More