Kesihatan Ainul Mardhiah dilaporkan kembali tidak stabil apabila diserang sawan berulang kali semalam.

"Ainul Agak Teruk.." Bapa Ainul Mardhiah Pohon Doa Orang Ramai

Perkara tersebut dilaporkan sendiri oleh ayahnya menerusi Facebook sebentar tadi.

“Ainul agak “teruk” hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku 4 5 kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.

“Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Ainul seakan tidak mampu bergerak buat masa sekarang kerana badannya kaku.

“Walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan,” tulisnya.

Menurut Ahmad Safiuddin, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa dan hanya mampu redha sahaja atas apa yang terjadi kepada anak kesayangannya itu.

“Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul.

“Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.

“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah swt izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” tulisnya.

Di samping itu juga, dia sempat untuk memohon orang ramai agar terus mendoakan yang terbaik untuk Ainul Mardhiah.
Sumber : SK

Share.

Leave A Reply