Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Sebelum ini, terdapat seorang individu yang mendakwa dia ada berjumpa dengan seorang wanita seperti bekas personaliti TV3, Zalina Azman pada Ahad lalu di sebuah restoran di Shah Alam. Terbaharu, pihak polis mengesahkan bahawa wanita yang muncul di restoran terbabit bukanlah Zalina tetapi sebaliknya merupakan seorang gelandangan.  Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah membuat semakan dan menjalankan siasatan di restoran terbabit untuk mengesahkan dakwaan tersebut. Selepas berita mengenai kehilangan Zalina Azman, kita menerima beberapa maklumat daripada orang awam mengatakan mereka melihat kelibatnya di sekitar Shah Alam, taman tasik, restoran dan sebagainya. Bagaimanapun, selepas…

Read More

Misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih menjadi tanda tanya meskipun segala usaha mencari telah dilakukan. Menerusi satu bebenang perkongsian milik Yuki di laman Twitter, mendakwa dia ada berjumpa seorang wanita seperti Zalina pada Ahad lalu di sebuah restoran. Ahad hari tu kira-kira 1.00 petang, ada seorang pelanggan perempuan datang kedai, keadaan macam tak sihat tapi boleh bercakap normal. Ujar individu ini lagi, wanita yang didakwa adalah Zalina itu menggigil seperti ketakuan. Malah ketika hendak memesan makanan, dia dalam keadaan yang mencurigakan serta menoleh kiri…

Read More

Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengetepikan sabitan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang suri rumah atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM74 di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei lalu. Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan berkenaan selepas memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan untuk semakan kehakiman yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Suhaini Mohd, 43, pada 5 Julai lalu oleh Mahkamah Majistret Marang. Hassan kemudian memutuskan sabitan kes berkenaan diketepikan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh serta mengarahkan kes tersebut disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama. Naran ketika…

Read More

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah dikatakan membawa kanak-kanak itu bersama-sama sebelum meninggalkannya yang sedang tidur di ruang tamu sebuah rumah di tingkat 35, tempat dia bekerja sebelum turun ke kedai dobi. Katanya lagi, semasa ibunya sedang bekerja, tiba-tiba wanita itu melihat orang ramai berkerumun di kawasan tingkat bawah kondominium dan apabila mendekati tempat kejadian wanita itu mendapati mangsa…

Read More

Seorang lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pintu kaca kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Bukit Rambai di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian 10.30 malam itu, pemandu berusia 57 tahun terbabit baru sahaja selesai melakukan pengisian minyak di sebuah pam di stesen minyak berkenaan. “Sejurus menghidupkan enjin kereta untuk beredar, dia dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Proton Saga dipandunya hilang kawalan dan bergerak lurus seterusnya melanggar empat panel pintu kaca di lokasi kejadian. “Ketika kejadian keadaan cuaca baik dan kering. Mangsa dan…

Read More

Seorang penceramah bebas ditahan polis, semalam selepas dipercayai terbabit kes rogol perempuan berusia 14 tahun. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang. Beliau berkata, penceramah bebas itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan. “Kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dapat dijalankan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. Beliau berkata, terdahulu pihaknya…

Read More

Umum mengetahui situasi terbaru di Sri Lanka, negara yang berkapasiti kira-kira 22 juta penduduk yang dilaporkan muflis ekoran krisis ekonomi. Menurut ramalan, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga penghujung 2023. Terpalit dengan isu semasa yang melanda Sri Lanka, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencipta hantaran-hantaran di media sosial mendakwa Malaysia bakal berdepan nasib yang sama seperti Sri Lanka ekoran masalah ekonomi dan jumlah hutang yang tinggi. Menerusi satu hantaran di akaun TikTok rasmi milik Menteri Kewangan, Tengku Zafrul tampil memberi penjelasan teliti tentang kedudukan ekonomi negara dan menjelaskan perkara yang sebenar. @tzafrul_aziz Malaysia nak bankrap? Betul ke? #fyp #foryoupage #srilanka…

Read More

Jika anda berada di dalam hutan perkara utama adalah keselamatan diri anda. Bila berada di dalam hutan kita akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan bahaya. Jadi, berhati-hatilah ketika berada di dalam hutan. Ular sawa merupakan antara spesies ular yang sangat digeruni oleh manusia kerana saiznya yang sangat besar dan keb0lehannya untuk membelit dan menelan mangsa hidup-hidup. Baru-baru ini, tular di negara Ind0nesia mengenai penemuan ular sawa yang sangat besar. Ular sawa gɛrgasi itu ditemui oleh penduduk di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan. Penemuan mengɛeutkan itu disahkan sendiri oleh ketua kampung yang dikenali sebagai Wint0no. Berbicara kepada media tempatan, ketua kampung memberitahu…

Read More

Seorang pencuci kapal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh isteri dan bayi lelakinya, 4 Julai lalu. Tertuduh, Mohamad Amir Nazri Mohd Adam, 24, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim. Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, di rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, di sini. Tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari, di lokasi sama. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masing pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu. Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut…

Read More

Rasanya ramai yang akan mengalirkan air mata apabila membaca kisah seorang murid yang berasal dari keluarga yang miskin ini. Walaupun serba daif dan miskin, tetapi semangat murid ini yang tetap mahu bersekolah sungguh memberikan inspirasi buat kita semua. Seorang cikgu berkongsi kisah kekentalan seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya. Patutlah Dia Seret Kaki Sambil Pegang Seluar, Hampir Menitik Airmata Cikgu Melihat Anak Muridnya.. “Saya sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam…

Read More