Umum mengetahui situasi terbaru di Sri Lanka, negara yang berkapasiti kira-kira 22 juta penduduk yang dilaporkan muflis ekoran krisis ekonomi. Menurut ramalan, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga penghujung 2023.

Malaysia Bakal Bankrap Macam Sri Lanka? Ini RESPON Tengku Zafrul

Terpalit dengan isu semasa yang melanda Sri Lanka, wujud pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencipta hantaran-hantaran di media sosial mendakwa Malaysia bakal berdepan nasib yang sama seperti Sri Lanka ekoran masalah ekonomi dan jumlah hutang yang tinggi.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok rasmi milik Menteri Kewangan, Tengku Zafrul tampil memberi penjelasan teliti tentang kedudukan ekonomi negara dan menjelaskan perkara yang sebenar.

@tzafrul_aziz Malaysia nak bankrap? Betul ke? #fyp #foryoupage #srilanka ♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz

Dalam video tersebut, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyatakan Malaysia bakal mempunyai masalah ekonomi kerana kerajaan tidak pernah terlepas pembayaran hutang negara.

Kerajaan sentiasa disiplin dalam membayar hutang negara, tak pernah ‘miss’. Ini bermaksud, keadaan fiskal negara kekal kukuh.

Selain itu, Tengku Zafrul juga menyedari ada dakwaan yang mengatakan Malaysia merupakan negara kedua paling banyak hutang di rantau Asia. Dakwaan tersebut bagaimanapun disangkal dan sama sekali tidak benar.

Ada banyak lagi negara di Asia yang mempunyai hutang lebih tinggi daripada Malaysia seperti Jepun 263 peratus KDNK dan jiran kita, Singapura 132 peratus KNDK. Ini semua negara maju.

Dibandingkan dengan Sri Lanka 107 peratus KDNK , hutang Malaysia hanya 63.4 peratus sahaja, jauh beza dengan Sri Lanka.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut menyatakan bahawa indikator ekonomi negara lebih kukuh dan stabil berbanding Sri Lanka, dengan Malaysia mempunyai 12.9 peratus KNDK berbanding Sri Lanka, -3.8 peratus.

Tambahnya lagi, rizab kasar rasmi negara jika dibandingkan dengan Sri Lanka mempunyai perbezaan yang amat ketara.

Rizab rasmi kasar Malaysia pula pada USD 116.9 bilion dan Sri Lanka hanya USD 3.138 bilion. Beza sebanyak 113.76 bilion USD.

Tengku Zafrul turut menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak tepat sambil berseloroh menggunakan perumpamaan.

Kalau kita mudah percaya, gajah pun boleh terbang.

Sumber : Oh Bulan 

Share.

Leave A Reply