Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak bagaimanapun berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melihat secara terperinci kadar perbandingan penurunan harga tiket penerbangan dalam masa terdekat. “Ada yang mengatakan ia (tiket penerbangan) telah naik 70 peratus, tetapi kita telah berjaya kurangkan banyak daripada kadar berkenaan, pagi ini pun apabila kita lihat, sudah ada penurunan. “Ini kerana kita berjaya meningkatkan kekerapan penerbangan dengan cara redeploy (menyusun semula pergerakan) kapal-kapal terbang supaya tumpuan diberikan kepada sektor (perayaan)…

Read More

Susulan tular video sekumpulan pelajar yang didakwa mempersendakan kemudahan bas Surau Bergerak minggu lalu, wakil dari kumpulan berkenaan yang enggan identiti mereka didedahkan membuat permohonan maaf secara terbuka. Individu terbabit menjelaskan, video tersebut hanyalah gurauan di antara mereka dan disebabkan terlalu teruja, dia memuat naik video tersebut ke aplikasi TikTok. Namun tidak menyangka video tersebut akan tular dan mengundang kecaman dari netizen. “Kami nak minta maaf kerana post video tersebut dan tular di media sosial sehingga kami dihentam secara berterusan. “Niat kami bukan mahu mencerca agama atau rekaan surau bergerak itu. Kami jadi ‘jakun’ apabila melihat kemudahan itu kali pertama.…

Read More

Kerani wanita, Sam Ke Ting yang dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi memandu secara melulu sehingga menyebabkan lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga sebulat suara membenarkan permohonan Sam untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Dalam prosiding hari ini, Sam dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Sumber : Astro Awani

Read More

Empat lelaki dilaporkan telah ditahan selepas didakwa merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran kampung Gothane di Maharashthra. Memetik laporan India Today, kesemua suspek adalah pemburu yang disyaki memasuki kawasan itu dan melakukan jenayah tersebut. Jabatan Hutan Maharashtra dikatakan mendapat tahu mengenai kejadian tersebut setelah telefon bimbit milik tertuduh diperiksa. Para pegawai menjumpai rakaman perbuatan itu yang menunjukkan bahawa kesemua tertuduh didakwa merogol biawak itu secara beramai-ramai. Pegawai hutan yang ditempatkan di hutan simpan Sangli mengesan tertuduh dengan bantuan rakaman CCTV di mana mereka boleh dilihat berkeliaran di dalam hutan itu. Menjelaskan mengenai kejadian itu, pihak…

Read More

Berdepan pelbagai reaksi negatif termasuk herdikan kata-kata kesat ketika mengutip barangan terpakai tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, untuk meneruskan pekerjaan itu bagi membesarkan empat anak perempuannya. Umi Nur Faizah yang mesra dipanggil Umi berkata dia terpaksa melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, jijik dan busuk itu sejak lebih lima tahun lepas di sekitar Kawasan Perindustrian Malim di sini menggunakan kereta sorong untuk mengangkut barangan terpakai yang dikutipnya. “Biasalah manusia…ada yang kasihan bila melihat saya mengutip barangan terpakai, ada yang menghina sebabnya saya bergelumang dengan sampah. “Itu semua terpaksa saya telan sehingga dah jadi…

Read More

Baru-baru ini, tular beberapa maklumat yang telah diceritakan oleh rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Zurianty Sudin bahawa adik Bella dicili, dijirus dengan air panas serta diikat. Mengikuti isu semasa, ada juga yang tertanya perkembangan adik Bella yang terkini. Dia mana dia berada sekarang dan sebagainya. Di bawah merupakan perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang perkembangan terkini adik Bella. Ramai minta gambar terbaru adik Bella. Namun maaf, aku tak boleh share sebab JKM tak benarkan share. Adik Bella selamat dan gembira dibawah jagaan JKM. Dia makin sihat, berisi dan bahagia. Cuma kesan luka kat lengan masih lagi sakit. Luka…

Read More

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dipercayai didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Baru-baru ini juga, rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Zurianty Sudin memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Bella ada menceritakan bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas serta diikat. Berita menyayat hati ini membuatkan ramai masyarakat sedih dan juga marah terhadap pelaku yang mendera adik Bella. Namun ada juga yang tertanya-tanya siapa adik Bella sebenarnya? Siapa mak ayahnya? Apa sejarah hidupnya? Di bawah merupakan perkongsian dari Cikgu Mohd…

Read More

Seekor gorila berusia 16 tahun bernama Amare di Lincoln Park Zoo didapati ralit apabila pengunjung menunjukkannya skrin telefon mereka untuk berkongsi foto dan video. “Dia meluangkan lebih banyak masa di tempat kegemarannya, tampak seperti mahu berinteraksi dengan skrin dan kami nampak ada kelakuannya berubah,” terang Ross berkenaan gorila remaja itu yang suka duduk di tepi kaca. Amare tinggal bersama 3 ekor lagi gorila sebaya dengannya. Namun, dia lebih memberi perhatian kepada pengunjung berbanding bergaul dengan rakan-rakannya. Perkara ini telah memaksa pekerja meletakkan penghadang untuk menjarakkan pengunjung daripada kaca yang memisahkan mereka dengan tempat tinggal gorila-gorila ini. Kakitangan zoo juga akan…

Read More

Mahu Bantu Golongan B40, Tabung Haji Sedang Kaji Bayaran Haji Secara Bersasar |  Khalifah Media Networks – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah bagi membantu mereka yang berhasrat mengerjakan ibadah itu. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata penstrukturan bayaran haji itu boleh membantu bakal jemaah haji. Terutama golongan B40 untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun kurang berkemampuan. Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu memandangkan ia perlu mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak. “Secara…

Read More

Polis tidak pernah mengeluarkan arahan melarang mana-mana penyokong bola sepak Perak untuk masuk ke dalam stadium bagi menonton perlawanan. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata para penyokong dibenarkan masuk ke dalam stadium selagi memiliki tiket yang sah. “Kita (polis) mana boleh hendak menghalang (penyokong bola sepak) menonton perlawanan. Kita hanya mengadakan pemeriksaan memastikan mereka (penyokong) tidak membawa benda-benda yang tidak dibenarkan seperti senjata api. “Kita juga tidak pernah melarang para penyokong membawa gendang semasa menonton perlawanan tetapi sekiranya pihak (pengurusan) stadium mengeluarkan arahan (larangan membawa gendang), kita akan larang bawa masuk,” katanya. Mior Faridalathrash bercakap kepada pemberita pada…

Read More