Baru-baru ini, tular beberapa maklumat yang telah diceritakan oleh rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Zurianty Sudin bahawa adik Bella dicili, dijirus dengan air panas serta diikat.

Ramai Tertanya Di Mana Bella Sekarang? Cikgu Dedah ‘Sesuatu’

Mengikuti isu semasa, ada juga yang tertanya perkembangan adik Bella yang terkini. Dia mana dia berada sekarang dan sebagainya. Di bawah merupakan perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang perkembangan terkini adik Bella.

Ramai minta gambar terbaru adik Bella. Namun maaf, aku tak boleh share sebab JKM tak benarkan share.

Adik Bella selamat dan gembira dibawah jagaan JKM. Dia makin sihat, berisi dan bahagia. Cuma kesan luka kat lengan masih lagi sakit.

Luka lain alhamdulillah, dah baik belaka. Cuma parut kekal sampai bila-bila. 😢

Cantik sangat adik Bella sekarang. Bertudung dia tau. Seronok lihat dia sekarang. Hari-hari dia nak vc dengan Mummy. Nak duduk dengan Mummy, namun JKM tak benarkan lepas kes disyaki dera ini berlaku.

Doktor yang merawat adik Bella pun syorkan adik Bella duduk dengan Mummy sebab dia sangat sayangkan Mummy dan itu permintaan dia. Untuk emosi Bella, memang disyorkan bersama dengan Mummy. Tapi tu lah, kena akur pada prosedur juga.

Aku harap, lepas kes ni selesai, JKM benarkan adik Bella duduk dengan Mummy yang penyayang ini. Sama-sama kita doakan ya!

Nota : Gambar adik Bella bersama Mummy ni masa dia mula-mula masuk Rumah Bonda dan bahagia di sana dibawah jagaan Mummy. Masa ni belum ke rumah OKT lagi.

Sumber : Mohd Fadli Salleh 

Share.

Leave A Reply