Seorang remaja berusia 20 tahun di Dusun Suki, Desa Sambilawang, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur dilaporkan telah kehilangan tiga jari tangan kanannya akibat bermain mercun. Difahamkan, insiden letupan mercun itu berlaku pada Isnin lalu. “Berlaku kemalangan akibat terkena letupan mercun, ada seorang pemuda yang menyalakan mercun sehingga mencederakan tiga jari kanannya,” kata seorang pengguna Instagram. Menurut ketua kampung Sambilawang, Suroto, dia telah terdengar bunyi letupan mercun kira-kira pada jam 11.00 malam. Tidak lama kemudian, dia telah menerima panggilan daripada rakannya bahawa mangsa yang menyalakan mercun itu mengalami kecederaan. Difahamkan, mercun itu dinyalakan di padang sekitar kampung setempat dan meletup di tangan…
Author: Syifa' Syakinah
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM) Indonesia tidak setuju hukuman mati dijatuhkan kepada seorang guru agama yang didapati bersalah memperkosa pelajar perempuannya. Memetik laporan CNN Indonesia, Pengerusi Komnas Ham, Ahmad Taufan Damanik percaya bahawa hukuman mati tidak akan memberi kesan pencegahan kepada pelaku jenayah. “Jika kita lihat kajian berkaitan penggunaan hukuman mati, tiada kaitan antara penerapan hukuman itu dengan kesan pencegahan atau pengurangan perbuatan jenayah. “Tidak kira sama ada ia jenayah keganasan seksual, penyalahgunaan dadah atau perbuatan jenayah lain,” katanya. Menurutnya, beberapa negara telah memansuhkan hukuman mati dalam menetapkan hukuman terhadap penjenayah. Beliau kemudian membandingkannya dengan perlembagaan yang berkuat…
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul seorang pembantu peribadi di kawasan parkir sebuah bangunan di Cyberjaya di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pada jam 2 petang itu, mangsa berusia 27 tahun mendakwa seorang lelaki telah datang untuk membantunya menyimpan barang di dalam kereta. “Suspek memberi alasan mahu membantu kerana dia mahukan troli yang ada pada mangsa. “Bagaimanapun wanita itu memberitahu, dia tidak perlukan pertolongan, namun lelaki itu tetap mengambil barang dan memasukkan ke dalam kereta mangsa. “Tiba-tiba lelaki tersebut telah menyentuh dan meramas punggung…
Bukan hanya disamun, malah seorang lelaki turut dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam, di sini pagi Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun dalam perjalanan menghantar barang ke rumah rakan, berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan. “Selepas kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu peribadi memaklumkan kepada isterinya berhubung kejadian itu dan isterinya segera membuat laporan polis. “Siasatan mendapati, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian mata dan pipi, luka pada tangan kanan…
Entah apa yang bermain di fikiran seorang lelaki apabila dikatakan cuba mengambil ‘kesempatan’ terhadap jemaah wanita ketika menunaikan solat di masjid. Bagaimanapun tindakan luar kawalan lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh seorang gadis dikenali sebagai Zuhaila Zainal dan dikongsi semula di laman TikTok. Menerusi video pendek dikongsi memaparkan seorang jemaah lelaki yang berada di masjid meletakkan tangan pada langsir pemisah ruangan solat lelaki dan perempuan. Namun secara tiba-tiba, tangan lelaki tersebut bergerak dan dipercayai cuba meraba sesuatu. Di mana-mana pun kita berada. Berhati-hatilah para wanita Ujar pemilik video ini, insiden tersebut merupakan kali pertama yang terjadi kepadanya dan menerusi ruangan komen…
Usia 6 hingga ke 7 tahun merupakan fasa paling sesuai bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka berpuasa. Jika tidak dapat diteruskan hingga ke waktu berbuka, separuh hari pun sudah memadai dan haruslah bersesuaian dengan kemampuan mereka. Namun lain pula yang terjadi kepada seorang murid yang dikatakan ‘dihalang’ untuk makan pada bulan Ramadan walaupun telah disediakan bekal oleh ibunya. Memetik kisah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui laman Facebook, seorang ibu prihatin dikatakan telah membekalkan sedikit makanan dan minuman buat anaknya untuk makan sekiranya perlu. Namun begitu, murid tersebut dikatakan tidak menjamah makanan tersebut. Hari ini ada…
Konsert jelajah Justice World Tour telah membuatkan rata-rata peminat Justin Bieber tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi kesukaan mereka pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil. Meskipun begitu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berhubung konsert Justin Bieber yang bermula penjualan tiket pada hari ini. Menurut Asma’, fenomena penyanyi kelahiran Kanada itu membimbangkan dirinya setelah mendapat sambutan rancak daripada anak muda sehinggakan ada yang sanggup meminta duit daripada ibu dan mengambil upah melakukan pelbagai kerja demi hiburan. Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan, kita sangka gejala maksiat sedemikian juga…
Sebelum ini, media melaporkan seorang penyanyi nasyid telah ditahan oleh pihak polis pada 24 Mac yang lalu di sebuah kondominium yang terletak di Kota Damansara, Selangor selepas disyaki menanam pokok ganja di rumahnya. Terbaru, menerusi video pendek dikongsi oleh BERNAMA memaparkan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman yang tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah. Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Yasin sempat menyebut nama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sewaktu dibawa petugas keselamatan dalam keadaan tangan digari. Assalamualaikum, tolong sampaikan salam kepada YB Syed Saddiq. Minta segerakan kelulusan. Sesi perbicaraan tersebut menyaksikan Yasin yang mengaku…
Kerajaan memberi pengecualian bayaran tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua) yang menjadi laluan Malaysia-Singapura sempena pembukaan semula sempadan, mulai 1 April ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian bayaran tol di plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara itu diberikan kepada semua jenis kenderaan selama tujuh hari sehingga 7 April depan. “Ia adalah selaras pendekatan untuk memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ serta ‘Smart Tag’. “Keputusan ini turut…
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dibenarkan masuk ke dalam stadium bermula 1 April ini selaras dengan fasa peralihan endemik negara, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut Ahmad Faizal, aktiviti makan dan minum di dalam stadium juga kini dibenarkan yang sebelum ini tidak dibenarkan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan apabila stadium dan pusat kejohanan membenarkan penonton makan dan minum, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk. Kelonggaran ini sudah pasti disambut baik oleh orang ramai. Namun, prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka jika tidak minum atau makan serta mematuhi penjarakan sosial.…