Seorang remaja berusia 20 tahun di Dusun Suki, Desa Sambilawang, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur dilaporkan telah kehilangan tiga jari tangan kanannya akibat bermain mercun.

Tiga Jari Remaja Hancur Akibat Main Mercun

Difahamkan, insiden letupan mercun itu berlaku pada Isnin lalu.

“Berlaku kemalangan akibat terkena letupan mercun, ada seorang pemuda yang menyalakan mercun sehingga mencederakan tiga jari kanannya,” kata seorang pengguna Instagram.

Menurut ketua kampung Sambilawang, Suroto, dia telah terdengar bunyi letupan mercun kira-kira pada jam 11.00 malam.

Tidak lama kemudian, dia telah menerima panggilan daripada rakannya bahawa mangsa yang menyalakan mercun itu mengalami kecederaan.

Difahamkan, mercun itu dinyalakan di padang sekitar kampung setempat dan meletup di tangan mangsa sehingga menyebabkan jarinya hancur.

“Pada mulanya mercun itu disangkakan tidak akan meletup. Tetapi apabila dipegang, mercun itu akhirnya meletup dan mengakibatkan tiga jari mangsa cedera,” kata Suroto.

Ketika kejadian, mangsa tidak berseorangan tetapi bersama dua lagi rakannya.

Mangsa masih sedarkan diri dan pergi ke rumah rakannya. Selepas itu, rakan-rakannya telah membawanya ke hospital.

Sehingga kini, mangsa masih lagi dirawat di unit rawatan rapi di RSUD Dr Hardjono Ponorogo.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply