Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Pelakon dan Pengarah Filem, Mohd Shamsul Md Yusof atau Syamsul Yusof, 39, dilaporkan enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dalam prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, lapor Sinar Harian. Difahamkan pengarah filem ‘Mat Kilau’ bersama peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakilinya selaku defendan berkata demikian sewaktu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas. Manakala Puteri Sarah sebagai plaintif hadir bersama penguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader. Berikutan itu, kedua-dua pihak diperintahkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu. Pasangan tersebut tiba di mahkamah pada jam 9.00 dan 9.38 pagi tadi bagi sebutan…

Read More

Terputus bekalan air dan terpaksa menumpang di rumah kakak angkat. Itu alasan diberikan seorang duda ketika dicekup berkhalwat bersama janda yang memiliki 11 anak di Taman Maju, di sini, pada Ahad. Bapa kepada dua anak berusia 35 tahun itu yang juga anggota pasukan keselamatan itu memberi alasan berkenaan bagi meraih simpati penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan serbuan. Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan lanjut mendapati wanita berusia 46 tahun itu adalah tunangan orang yang bakal berkahwin kali ketiga pada April depan. Menurutnya, lapan anggota Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ)…

Read More

Berjaya mengetepikan pilihan utama dan membuatkan penghuni akademi terkejut ketika bangun solat Subuh adalah ‘salam perkenalan’ daripada bintang tenis muda negara, Annas Farish Annas Shukhairy yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS) sejak November lalu. Baru-baru ini pemain berusia 16 tahun itu mengejutkan ramai penggiat tenis di sana termasuk pihak akademi tempat dia berlatih, Akademi Tenis Bolt apabila berjaya muncul juara Kejohanan Bawah 16 tahun Kelab Harbour Island Athletic. Annas Farish berjaya muncul juara selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Josh Spier 6-3, 6-2 namun sebelum itu di pusingan pertama dia berjaya mengejutkan pilihan utama, Carter Ford 3-6, 6-4 (10/8). “Ini…

Read More

Seorang wanita berusia 29 tahun dicekup berkhalwat bersama rakan suaminya di rumah mereka di Semabok, di sini, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ibu kepada dua anak dan pasangannya lelaki berusia 61 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 1.05 pagi. Menurutnya, ketika pemeriksaan, wanita itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja shif malam sebagai pengawal keselamatan di Batu Berendam. “Wanita itu mengaku hanya dia bersama dua anak berusia tiga tahun dan tiga bulan berada di dalam rumah bersama rakan sekerja suaminya itu. “Lelaki itu pula mendakwa sudah…

Read More

Tiga remaja direman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kejadian di taman perumahan awam dan kawasan tempat letak kenderaan pasar raya di Ara Damansara di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian merusuh itu pada 11.24 malam. “Susulan maklumat itu, pada 1.10 pagi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan tiga remaja berusia 14 hingga 16 tahun di sekitar kawasan berkenaan. Jelasnya, dalam kejadian jam 11 malam itu, dua kumpulan remaja itu telah bergaduh kerana ejek-mengejek antara satu sama lain.…

Read More

Tular di laman sosial video individu mengutip beberapa naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, di sini. Menerusi video berkenaan, individu yang merakam menunjukkan anak lelakinya berada di dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang. Sementara itu, seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang dikeluarkan daripada longkang berkenaan. Ada al-Quran sudah terkoyak kulit muka depannya manakala yang lain dalam keadaan baik. Lelaki yang merakam video turut meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan. “Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita. “Mana yang buat kerja,…

Read More

Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak. “Pertukaran tersebut dilakukan, kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini. Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin. Menurut KDN antara isu dan…

Read More

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini. Tidak hanya itu, dalam masa sama Khairy yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut dilantik menjadi Penasihat Belia Johor. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan perkara itu dengan membuat satu kenyataan di laman Facebook. Difahamkan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman Khairy dalam mengendali urusan negara. TMJ percaya dengan pengalaman yang dimiliki oleh Khairy mampu memberikan kemajuan kepada belia dan bola sepak Johor. “Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau…

Read More

Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah azan dan menamakan seorang bayi mangsa gempa bumi yang baru lahir di sebuah hospital di Istanbul pada Isnin lalu, lapor Anadolu Agency. Semasa melawat mangsa gempa bumi yang terselamat di Basaksehir Cam dan Hospital Sakura City, Erdogan telah mengazankan seorang bayi perempuan yang baru lahir itu. Erdogan juga telah menamakan bayi berkenaan “Ayse Betul” dan memanggilnya sebanyak tiga kali. Menurut laporan Anadolu Agency, penamaan bayi perempuan tersebut dibuat atas permintaan dari ibu bayi itu sendiri. Beribu-ribu mangsa yang terselamat kini menerima rawatan di banyak bandar, termasuk Istanbul dan Ankara. Sekurang-kurangnya 31,643 orang terkorban…

Read More

Lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam disahkan berada dalam keadaan stabil. Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berhubung kejadian itu, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik. “Sebelum tular maklumat yang salah, saya ingin memaklumkan bahawa kejadian lelaki ditikam (semalam) membabitkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis. “Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, jadi kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi…

Read More