Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seorang lelaki di Istanbul, Turki didakwa menyimbah rakan perempuannya yang nyenyak tidur dengan larutan asid gara-gara mangsa menolak godaan romantiknya. Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa buta dan melecur teruk. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mehmet Yildiz dipercayai menyerang Yasemin Uzuncelebi ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Avcilar, Istanbul sehingga menyebabkan mangsa terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika sesi pendengaran kes oleh Mahkamah Turki, sebelum kejadian malang itu berlaku Yildiz dikatakan telah merancang untuk menutup injap air rumah dan mengosongkan air dalam jag serta ruang penyimpan lain kerana ingin mangsa tidak dapat membasuh muka daripada terkena larutan tersebut. Suspek…

Read More

Tanggal istimewa 22.02.2022 menjadi momen bersejarah bagi 59 pasangan pengantin apabila disatukan dalam upacara perkahwinan beramai-ramai serba ringkas di Wisma Chin Woo di sini hari ini. Majlis anjuran Ipoh Chin Woo Athletic Association itu mengumpulkan dan meraikan pasangan berumur lingkungan 25 hingga 38 tahun yang diserikan dengan kehadiran ibu bapa masing-masing bagi melengkapkan lagi upacara perkahwinan. Pasangan sebaya, Chan Kai Wei dan isterinya Chow Ji Khay, 27 berkata mereka memilih tarikh ini kerana ia sangat istimewa dan senang diingati di samping mempunyai makna angka yang bertuah untuk diraikan. “Kami bekerja di Singapura namun begitu, kami sanggup pulang ke kampung halaman…

Read More

Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang membaling spanar sehingga menyebabkan cermin sebuah kereta pecah dalam kejadian di Jalan Kuching, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire. “Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa memandu di Jalan Kuching sebelum sebuah motosikal memotong kenderaan itu di laluan paling kanan. “Mangsa yang terkejut dengan tindakan penunggang terbabit membunyikan hon sebagai tanda amaran namun penunggang itu menunjukkan isyarat lucah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Eng Lai berkata, mangsa mengabaikan perkara berkenaan dan…

Read More

Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat keputusan berhubung pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi sesi 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata KPM sedang meneliti pendekatan yang paling sesuai berkaitan PT3 dengan mengambil kira tahap penguasaan murid dan indikasi daripada sesi persekolahan 2021 yang masih berlangsung. “Belum ada sebarang keputusan rasmi oleh KPM berkaitan dengan PT3,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran Sekolahku SEJAHTERA, di Putrajaya hari ini. Sebelum ini, tular dalam laman Facebook mengenai hantaran yang didakwa dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Rasmi yang memaklumkan PT3 akan diadakan semula bagi 2022 pada Oktober hingga November. Semakan…

Read More

Seorang pelajar telah kehilangan kaki akibat dijangkiti penyakit sepsis, dipercayai setelah memakan lebihan makanan salah seorang rakannya, lapor Mirror. Menurut laporan, pelajar lelaki itu memakan lebihan hidangan mi ayam yang dipesan oleh rakannya itu pada malam sebelum kejadian. Tidak lama selepas itu, dia terus mengalami sakit sehingga terpaksa dibawa ke hospital. New England Journal of Medicine (NEJM) berkata, pelajar itu mempunyai suhu yang sangat tinggi dengan kadar denyutan jantung 166 dalam seminit apabila dia dibawa ke hospital dan dibius. Selepas diperiksa, doktor mendapati pelajar itu tidak mempunyai alahan dan menjalani semua vaksinasi zaman kanak-kanaknya mengikut rekod doktor. Keadaannya dikatakan menjadi…

Read More

Siapa sangka walaupun berusia 14 tahun, seorang gadis di Louisiana, Amerika Syarikat didakwa cuba membayar pembunuh upahan bagi membunuh bekas kekasihnya semasa Hari Valentine. Memetik laporan New York Post, gadis tersebut telah ditahan oleh pihak polis selepas cuba membayar pembunuh upahan bagi membunuh bekas kekasihnya yang juga berusia 14 tahun. Difahamkan gadis ini membuat permintaan tersebut menerusi laman web palsu. Gadis yang tidak didedahkan identitinya ditahan berikutan laman web RentAHitman.com bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa. Susulan daripada itu, remaja ini bakal dihantar ke Pusat Tahanan Juvana Baton Rouge Timur atas pertuduhan cuba membunuh. Ujar peguam kepada gadis ini, Michael Nunnery,…

Read More

“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail. Rohaya, 31, yang juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, di sini, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu. Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil mengandungi sejumlah emas miliknya…

Read More

Syarikat pelancongan angkasa lepas, Virgin Galactic mengumumkan bahawa akan mula menjual tiket ke angkasa lepas, lapor NBC News. Pengasasnya, Richard Branson berkata penjualan tiket tersebut akan dilakukan pada minggu ini dengan anggaran kos sebanyak $450,000 (RM1.88 juta). Mulai pada hari Rabu, orang ramai boleh menempah tempat untuk penerbangan angkasa suborbital yang akan datang. “Kami merancang untuk dapatkan 1,000 pelanggan pertama kami pada permulaan perkhidmatan komersial akhir tahun ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Galactic, Michael Colglazier dalam satu kenyataan. Penerbangan dikatakan akan mengambil masa selama 90 minit dan penumpang akan menikmati ketinggian kira-kira lebih 50 batu. Berdasarkan laporan, penumpang akan…

Read More

Sepasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila tersesat di hutan ketika menggunakan jalan pintas sewaktu menuruni Bukit Jambul, di sini, semalam. Mereka yang masing-masing berusia 56 dan 58 tahun itu melakukan aktiviti mendaki bukit tersebut bertindak menghubungi talian kecemasan apabila gagal menemui jalan keluar. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Sha’ari Mansor berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.38 petang. Katanya, pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota itu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan sebelum menemui pasangan suami isteri itu dalam keadaan lemah. “Pencarian dilakukan mengikut laluan yang didakwa dilalui mangsa. “Pasukan…

Read More

Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana kes dadah di Brickfield, Kuala Lumpur akhirnya dicekup polis, semalam. Lelaki berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu turut dikatakan mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Dia yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) fizikal itu ditahan sepasukan anggota trafik selepas melanggar lampu isyarat merah di Jalan Stadium pada jam 11.50 pagi. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan itu dilakukan ketika anggotanya melakukan ronis”Berikutan itu, anggota polis mengejar lelaki terbabit. “Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri dengan menyeberang ke arah sebuah hotel namun…

Read More