Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana kes dadah di Brickfield, Kuala Lumpur akhirnya dicekup polis, semalam.

OKU Langgar Lampur Isyarat Ditangkap Polis

Lelaki berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu turut dikatakan mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Dia yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) fizikal itu ditahan sepasukan anggota trafik selepas melanggar lampu isyarat merah di Jalan Stadium pada jam 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan itu dilakukan ketika anggotanya melakukan ronis”Berikutan itu, anggota polis mengejar lelaki terbabit.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri dengan menyeberang ke arah sebuah hotel namun tidak dapat mengawal motosikalnya lalu melanggar sebuah Perodua Axia.

“Suspek juga bertindak kasar dan enggan bekerjasama namun akhirnya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, suspek dikehendaki bersangkut kes di Brickfield mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kes diserahkan ke Balai Polis Brickfield untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply