Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Penduduk Terkejut Jumpa Mayat Reput Terapung |Penduduk Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung pada Sabtu. Ketua Nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Satarudin Kamal, 54, berkata, mayat dalam keadaan reput tersebut ditemui kira-kira jam 10.50 pagi. “Saya dimaklumkan oleh nelayan di sini berkaitan penemuan mayat tersebut lebih kurang 100 meter daripada jeti dalam keadaan terapung. “Saya bersama beberapa anggota polis dan nelayan menarik mayat tersebut ke jeti,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan…

Read More

Dua Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau | Sebuah rumah jenis kekal berukuran 30 kaki x 40 kaki musnah 100 peratus manakala sebuah rumah jenis kekal dua tingkat musnah 85 peratus dalam satu kebakaran di Kampung Kongsi 8 Lorong 1A di sini pada Sabtu. Ketua Balai Bomba Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS999 pada jam 2.30 petang. Dua buah kenderaan FRT, sebuah water tanker dan sebuah van EMRS dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota digegaskan ke lokasi kejadian dengan jarak 12 kilometer. Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dengan…

Read More

Remaja Perempuan Maut, Terjatuh Dari Tingkat 10 | Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 flat di Taman Tun Teja di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 3.17 petang tadi. “Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber…

Read More

Ambil Mana-Mana Dos Penggalak Lebih Baik Dari Tidak Ambil – KJ | Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan penggunaan vaksinasi dos pengalak Pfizer-BioNTech atau AstraZaneca untuk COVID-19, namun mana-mana vaksin penggalak adalah lebih baik daripada tidak mengambilnya,” kata Menterinya Khairy Jamaluddin hari ini. Dalam ciapan di akaun Twitternya beliau berkata walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan. “Tetapi mengambilnya adalah lebih baik daripada tidak mengambilnya,” katanya sambil berkongsikan kenyataan dikeluarkan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd hari ini, yang menyatakan vaksin Sinovac akan ada di semua pusat vaksinasi Offsite…

Read More

Penduduk Gempar Jumpa Mayat Lelaki Terapung | Penduduk di Kampung Cherang Ruku di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di kawasan jeti lama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan pada Jumaat. Mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemukan pada jam 10.25 pagi oleh seorang penduduk. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, sejurus menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pihaknya terus bergegas ke lokasi. “Pemeriksaan luaran ke atas mayat mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Sabtu. Beliau memberitahu, mayat tersebut kemudian dibawa ke Unit Forensik…

Read More

Seminggu Pergi Bercuti Dengan Kekasih, Anak Meninggal Dunia Sendirian Di Rumah Akibat Kelaparan | Seorang wanita di Tokyo dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun oleh Mahkamah Daerah Tokyo gara-gara sanggup mengabaikan anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu meninggal dunia. Menerusi laporan Japan Today, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap wanita berkenaan yang dikenali sebagai Saki Kakehashi selepas dia mengaku bersalah kerana meninggalkan mangsa bersendirian di rumah selama seminggu pada 2020. Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut dikatakan hanya meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa kerana ingin menghabiskan masa bersama teman lelakinya di bandar Kagoshima selama…

Read More

Jarang-Jarang Berlaku, Ular Ditemui Dalam Pesawat | Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak, semalam. Menerusi kenyataan media, Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku insiden (kelibat seekor ular dilihat di sebalik lampu pada siling pesawat) ketika penerbangan terbabit yang memaksa juruterbang mengambil tindakan melencongkan pesawat. “Sebaik kapten (juruterbang) menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat. Insiden ini jarang berlaku dalam mana-mana pesawat,” katanya. Kenyataan itu berkaitan ‘insiden’ kelibat seekor ular yang dilihat…

Read More

Dr Zulkifli ‘Risau’ Bila Ditanya Mati Syahid Atau Tak Kalau Muslim Jadi Zombie | Pernah tak kita terfikir dalam dunia ini sebenarnya wujud makhluk halus yang bernama ‘zombi’. Mungkin ada sesetengah kita yang terpengaruh dengan drama dan filem yang berkisarkan tentang kehidupan selepas mati dan menjadi ‘zombi’. Terbaru, di laman Twitter hari ini kecoh apabila ada seorang pengguna media sosial bertanyakan soalan berkaitan hantu zombi dan Islam kepada Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. https://twitter.com/drzul_albakri/status/1491326553003020289?s=20&t=-6OPwXo9iqTVZHtMbK6gUw Dakwanya, ini soalan yang serius dia ingin tahu jikalau ianya benar-benar berlaku di Malaysia. Namun, jawapan Dr Zulkifli menarik perhatian ramai apabila beliau menjawab soalan tersebut dengan tenang…

Read More

Lelaki Usung Kepala Isteri Sambil Tersenyum Di Jalanan | Seorang lelaki yang memenggal kepala isterinya dirakam membawa kepala mangsa di jalan sambil tersenyum ‘bangga’ dalam kejadian ngeri yang berlaku di wilayah barat daya Khuzestan, Iran. Menerusi video, suspek dilihat berjalan memegang pisau dan kepala mangsa selepas mendakwa melakukan “pembunuhan penuh hormat” itu bersama abangnya. Memetik laporan The Daily Star, mangsa yang baru berusia 17 tahun merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Tentangan Iran (NCRI) berkata, mangsa dipaksa berkahwin dengan suspek iaitu sepupunya sendiri ketika dia baru berusia 12 tahun. Gadis muda itu dipercayai telah menjadi mangsa…

Read More

Viral Video Individu KEJAM Bagi Dadah Kepada Monyet Sampai ‘Lalok’ | Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki dikatakan sanggup memberikan bahan terlarang dipercayai dadah kepada seekor monyet sehingga menyebabkan haiwan tersebut ‘lalok’ dan sukar bergerak. Video yang dikongsi dimuatnaik pengguna aplikasi tersebut memaparkan seekor monyet yang mengalami kesukaran untuk berjalan dipercayai diberikan bahan terlarang. Video tersebut bagaimanapun sempat dimuatturun oleh pengguna lain yang geram dengan aksi tidak berperikemanusian itu. https://twitter.com/OwToTheZie/status/1490988916325097474?s=20&t=kNcofyWdaUGi-9UCbEsw_Q Boleh tak guna kuasa untuk up kan video tak bermoral ni. Sebab user TikTok ramai yang sokong dan rasa perbuatan ni kelakar. Difahamkan, dadah yang diberikan…

Read More