Dr Zulkifli ‘Risau’ Bila Ditanya Mati Syahid Atau Tak Kalau Muslim Jadi Zombie | Pernah tak kita terfikir dalam dunia ini sebenarnya wujud makhluk halus yang bernama ‘zombi’. Mungkin ada sesetengah kita yang terpengaruh dengan drama dan filem yang berkisarkan tentang kehidupan selepas mati dan menjadi ‘zombi’.

Dr Zulkifli 'Risau' Bila Ditanya Mati Syahid Atau Tak Kalau Muslim Jadi Zombie

Terbaru, di laman Twitter hari ini kecoh apabila ada seorang pengguna media sosial bertanyakan soalan berkaitan hantu zombi dan Islam kepada Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dakwanya, ini soalan yang serius dia ingin tahu jikalau ianya benar-benar berlaku di Malaysia.

Namun, jawapan Dr Zulkifli menarik perhatian ramai apabila beliau menjawab soalan tersebut dengan tenang dan agak menghiburkan.

Rata-rata warganet terhibur dengan jawapan yang diberikan dan mengatakan bahawa soalan tersebut ‘luar kotak’ dan kisah zombi ini hanya rekaan semata.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply