SPR Tetapkan 12 Mac 2022 Sebagai Tarikh Mengundi PRN Johor | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. Hadir sama, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaiman. Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti. Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya…
Author: Syifa' Syakinah
(VIDEO) Viral Pengantin Gigih Photoshoot Dalam Laut | Mengabadikan foto perkahwinan sebagai kenangan terindah adalah impian setiap pasangan yang bergelar raja sehari. Kebiasaannya sesi fotografi diadakan di kawasan yang berlatar belakangkan pemandangan yang indah seperti di taman bunga, pantai dan kawasan peranginan. Namun, bagi wanita ini dia memilih dasar laut sebab lokasi photoshoot! Mantap kak! Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Eyra Fadz di TikTok, wanita berkenaan dilihat memakai gaun pengantin berona putih sambil menggayakan pelbagai aksi hanya demi gambar yang menarik serta lain daripada yang lain Difahamkan, ini merupakan kali pertama dia membuat photoshoot di dalam laut dan bertahan…
Sajat Dikehendaki Hadir Ke Mahkamah Pada 22 Februari Ini | Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat masih dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini. “Bahagian Siasatan Jenayah Komersil masih dalam usaha mengesan saksi bagi perbicaraan di Mahkamah Ampang. “Saksi iaitu Muhammad Sajjad beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor,”…
SPR Akan Bermesyuarat Esok Untuk Tentukan Tarikh PRN Johor | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal bermesyuarat di Johor Bahru esok bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkenaan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Dalam satu kenyataan hari ini, ia memaklumkan, mesyuarat tersebut yang akan bermula jam 10 pagi akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh. “SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (DUN) Johor Ke-15 pada 9 Februari 2022 bermula jam 10 pagi. “Sidang media oleh Abdul Ghani akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas,” menurut kenyataan itu. Pada 22 Januari lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni…
Penerima Vaksin Sinovac : Status Vaksinasi Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak | Semua individu berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jika gagal berbuat demikian, mereka akan dikira berstatus tidak lengkap vaksinasi dan akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera. Katanya, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tidak kira jenis vaksin pertama dan kedua serta penerima vaksin Sinovac dewasa. “Sekiranya tidak, sijil digital itu akan tukar warna kepada…
Individu Positif COVID-19 Kategori 1 Dan 2A Tidak Perlu Pergi CAC | Individu yang positif Covid-19 dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) namun harus melakukan pemantauan kesihatan kendiri dengan melengkapkan Peralatan Penilaian di rumah (HAT) menerusi aplikasi MySejahtera. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebooknya hari ini berkata, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan daripada perkhidmatan rakaman suara automatik (panggilan robot) akan diterima jika mereka belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri secara harian. Beliau berkata, individu yang positif bagi kategori 2B dan ke atas (sama…
Beberapa Pengumuman Penting Akan Diberitahu Pada Sidang Media Petang Ini – KJ | Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa beberapa pengumuman penting akan dibuat pada sidang media pukul 5 petang hari ini. Menurutnya, sidang media itu juga adalah untuk memberi kemas kini terbaru mengenai varian Omicron yang melanda Malaysia ketika ini. Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. Semalam, sebanyak 10,089 kes baharu COVID-19 telah dicatatkan dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes. Susulan pertambahan kes itu, Khairy menerusi kirimannya di Twitter semalam berkata Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya dan menggesa orang ramai…
Viral Satu Dunia Video Fawaz Dipukul Dan Diculik Selepas Pulang Dari Sekolah | Selepas kisah kematian Rayan Awran, viral pula kes penculikan seorang kanak-kanak Syria bernama Fawaz al-Qatifan. Kisah ini turut mencuri perhatian ramai pihak di media sosial selepas tersebarnya sebuah video yang menunjukkan Fawaz dipukul dan dimalukan oleh penculik sebagai pertukaran wang tebusan. Kejamnya! Fawaz yang berusia lapan tahun dan berasal dari perkampungan Ibtaa di kawasan pedalaman Syria di Daraa, telah dipukul dengan dahsyat dan kejam oleh penculik yang menculiknya selepas pulang dari sekolah, empat bulan yang lalu. Pada hari Khamis yang lalu, video penderaannya itu telah disiarkan kepada umum…
Tidak Sah Ibadah Haji Jika Dilakukan Secara Maya – Jabatan Agama Turki | Khalifah Media Networks – Bulan Disember tahun lepas, Arab Saudi ada memperkenalkan penggunaan teknologi terimbuh (AR). Yang mana ia menawarkan jemaah untuk menyentuh Hajar Aswad secara maya. Inisiatif ini juga dilakukan sebagai langkah Arab Saudi menawarkan pengalaman kepada jemaah. Berikutan yang tidak berpeluang untuk menyentuhnya disamping membendung penularan Covid-19. Namun, selepas ia diperkenalkan beberapa persoalan muncul mengenai adakah ibadah Haji boleh dilakukan secara maya? Kerana sekarang Arab Saudi sudah mempunyai teknologi AR menyentuh Hajar Aswad maya, mungkin kemudian hari akan ada ibadah Haji secara maya pula. https://www.youtube.com/watch?v=6s7GnbgTFKo…
Kerajaan Mungkin Akan Ketatkan SOP Semula Akibat Kes COVID-19 Meningkat | Kerajaan dijangka akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes melibatkan penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat dari masa ke semasa. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pada Sabtu adalah 9,117 kes yang merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan. Menurutnya, ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes. Peningkatan jumlah angka kes tersebut mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini. Tambahan pula, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter pada Sabtu berkata, kes baharu Covid-19 berkemungkinan akan meningkat mendadak dalam tempoh…