Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Viral Netizen Komen PM Dihidang Air Botol RM 4.50 Ketika Bincang Isu Harga Ayam Yang Turun Cuma 0.20sen | Satu klip video menunjukkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat kos sara hidup secara tidak sengaja menarik perhatian kepada kemewahan yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan. Klip video selama 26 saat itu menunjukkan Ismail mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Jan lalu. Menurut ciapan di Twitter Ismail, mesyuarat khas tersebut memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram. Harga berkenaan ditetapkan dari tempoh 5 Feb…

Read More

Kerap Terdedah Dengan Gajet Punca Kanak-Kanak Lambat Bercakap – Pakar | Kes gejala anak kecil lambat bertutur menunjukkan peningkatan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kata seorang pakar pediatrik. Tanpa menyatakan statistik, Dr Kenneth Looi Chia Chuin menjelaskan trend itu dikesan berdasarkan pemantauannya terhadap kes yang diterima, dan antara penyebab utama gejala ialah keterdedahan kepada peranti secara melampau. “Ketika PKP, kebanyakan ibu bapa terpaksa bekerja dari rumah dan bagi mengelakkan si anak mengganggu mereka ketika bekerja, si anak dibekalkan peranti agar mereka leka dengan permainan dalam talian, video dan sebagainya. “Ini adalah satu…

Read More

“Tidak Ada Payung Emas Mahupun ‘Free Gift’ Payung. Ia Hadith Palsu” Respon Dr Zulkifli Mengenai Poligami | Khalifah Media Networks – Bercakap soal beristeri dua atau dimadukan, yang terlintas dalam fikiran adalah ‘payung emas’.  Contohnya, “Awak tak nak ke payung emas?”. Tapi sejauh manakah kebenaran hal tersebut? Menerusi akaun Twitter mantan Menteri Agama Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau kongsikan dengan lebih terperinci mengenai hadis tersebut. Mari sama-sama kita fahamkan perkara disebalik hal ini. Dr. Zulkifli menjawab persoalan di bawah ini (gambar) menerusi satu bebenang di Twitternya. Berikut di bawah adalah penjelasannya. Jom ikuti perkongsiannya. Semoga bermanfaat! Perjelasan Dr. Zulkifli…

Read More

Wanita Tergamak Campak Anak Dalam Kandang Beruang | Seorang wanita di Tashkent, Uzbekistan didakwa mencampak anak perempuannya berusia tiga tahun ke dalam sebuah kandang beruang di sebuah zoo. Ketika insiden tersebut berlaku mangsa dikatakan berpura-pura meninggal dunia dan para pengunjung yang berada di tempat kejadian cemas apabila haiwan tersebut mula menghidu kanak-kanak kecil itu. Menerusi laporan The Sun UK, beberapa penjaga zoo berjaya mengalihkan perhatian beruang berwarna coklat dan mangsa berjaya diselamatkan. Bagaimanapun, kanak-kanak ini terpaksa dirawat di hospital berikutan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta luka berikutan terjatuh akibat dicampak oleh ibunya. Kami takut untuk memikirkan bagaimana jika beruang itu…

Read More

Pemuda Maut Terjatuh Dari Gunung Semasa Nak ‘Selfie’ Seorang Diri | Malang nasib yang menimpa seorang lelaki apabila dia dilaporkan terjatuh dari ketinggian 700 kaki selepas dipercayai tergelincir ketika sedang selfie di Puncak Flatiron, sebuah kawasan pergunungan di Arizona di Taman Negara Lost Dutchman. Menerusi laporan Daily Mail, mangsa berusia 21 tahun sedang berkhemah bersama rakan-rakanya ketika insiden itu berlaku. Difahamkan, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada salah seorang rakan mangsa pada jam 12.45 tengah malam pada Isnin yang lalu. Ujar Jurucakap Pejabat Sherif Daerah Pinal, Sarjan Doug Peoble mangsa dipercayai ingin menangkap gambar seorang diri dari puncak berkenaan…

Read More

Lahirkan Ramai Pemandu Cuai, JPJ Tak Teragak-Agak Akan Batalkan Permit Pusat Pemandu | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak teragak-agak untuk menggantung atau membatalkan permit institut memandu yang didapati melahirkan ramai pemandu cuai yang terbabit dalam nahas atau melanggar peraturan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, tindakan itu boleh diambil selepas pelaksanaan sistem kod pendigitalan yang dapat mengesan dari mana sesuatu lesen dikeluarkan bermula tahun ini. “Tindakan bakal dikenakan terhadap pemandu termasuklah membatalkan lesen, bergantung kepada kesalahan selepas diputuskan oleh mahkamah. “Selain itu, permit institut memandu juga boleh digantung atau dibatalkan, malah sijil tenaga pengajar boleh ditarik balik sekiranya didapati ada…

Read More

Perlu Diingatkan, Bermula Esok Caj RM1 Akan Dikenakan Di Mesin ATM | Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Mulai esok, caj perkhidmatan pengeluaran tunai di mesin pengeluaran automatik (ATM) antara bank berjumlah RM1 kembali dikuatkuasakan. Perkara ini sudah diumumkan awal kira-kira pertengahan Disember tahun lalu. Difahamkan, antara bank yang terlibat dalam penguatkuasaan caj ini termasuklah Maybank, CIMB, Ambank dan RHB Bank. Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan sementara caj perkhidmatan RM1 tersebut berikutan negara sedang melalui fasa pandemik sejak awal 2020 dahulu. Jadi bagi anda yang sering menggunakan mesin ATM untuk mengeluarkan duit, jangan lupa tentang caj RM1 ini ya. BACA JUGA…

Read More

Ronaldo Tak Bagi Anak Sulung Telefon Bimbit, Tak Nak Anak Obses Dengan Teknologi | Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, mendedahkan bahawa dia masih tidak membenarkan anaknya iaitu Cristiano Jr memiliki telefon bimbit kerana tidak mahu dia ‘obses dengan teknologi’ pada usia muda. Penyerang Portugal yang berusia 36 tahun itu ditemui ketika memberikan ucapan mengenai kesan teknologi di Plaza Al Wasl yang berlangsung di Dubai selepas merangkul anugerah Penjaring Terbanyak Sepanjang Masa Globe Soccer. Dia mengakui bahawa generasi muda kini lebih arif dan berpengetahuan luas tentang gajet. Dia berkata: “Sudah tentu ianya banyak membantu. Ia membantu saya dan orang-orang di sini,…

Read More

Netizen Viralkan Video Lelaki Biadab Dengan Staff ‘Drive-Thru’ | Tindakan seorang pelanggan lelaki yang tidak berpuas hati dengan layanan pekerja ketika urusan membeli di sebuah restoran makanan segera secara pandu lalu menerima kecaman warganet. Seorang pengguna laman Twitter, @elorakdshn memuat naik semula video TikTok milik lelaki tersebut yang dikatakan kurang ajar ketika merakam dirinya sambil melakukan pesanan. https://twitter.com/elorakdshn/status/1487133648273158145?s=20&t=Q_9wHBlV0rU6_XyF9u-ViA Difahamkan, pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sebelum lelaki berkenaan didakwa meninggi suara sekali gus bertukar menjadi ‘moody’. “Sumpah aku panas hati tengok si pond*n hauk ni maki-maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik…

Read More

Orang Ipoh Tidak Dibenarkan Tanam Pokok Durian Dalam Kawasan Perumahan | Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi amaran supaya agar orang ramai tidak menanam pokok durian di dalam kawasan perumahan di bandar raya ini. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia melanggar garis panduan yang ditetapkan dan boleh dikenakan tindakan. “Kita ada garis panduan, mereka yang melanggarnya kita akan mengambil tindakan. Jadi, pokok-pokok besar macam durian memang tidak boleh ditanam di dalam kawasan perumahan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Hari Tanpa Kereta Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini hari ini. Rumaizi berkata, hanya tanaman jenis kontan…

Read More