Sepasang kekasih yang menjadikan hotel bajet di Klebang, dekat sini, sebagai tempat ‘memadu asmara’ dicekup atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ahad lalu. Ketika ditahan dalam pemeriksaan jam 1.55 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun bertegang urat dengan pegawai penguat kuasa JAIM apabila mendakwa pasangannya berusia 28 tahun adalah adik kandungnya. Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, terdahulu pasangan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu bilik ketika diketuk pegawai penguat kuasa untuk pemeriksaan. “Ketika diminta menjelaskan situasi berdua-duaan dengan seorang wanita, pemuda itu berkali-kali mendakwa pasangannya itu adalah adiknya, namun gagal memberikan…
Author: Syifa' Syakinah
Anggota polis berpangkat sarjan mejar kritikal selepas dijumpai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di kawasan Lumut, semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 5.45 pagi. Menurut beliau, anggota polis berkenaan bertugas dalam kontinjen Pahang dan sedang dalam tempoh bercuti. “Mangsa sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada 23 Januari (semalam) di kediaman keluarganya di Ayer Tawar. “Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Seri Manjung. “Motif kejadian belum diketahui dan sedang disiasat oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau menyeru orang awam yang mempunyai sebarang…
Sepasang pengantin dan tetamu yang hadir cemas apabila jurunikah yang mengendalikan majlis akad nikah tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke klinik dalam kejadian pada Ahad. Difahamkan, jurunikah berusia lingkungan 78 tahun itu tiba-tiba terbaring dan pengsan sewaktu menyampaikan khutbah nikah dalam majlis yang dihadiri kira-kira 80 tetamu di Surau Darul Taqwa, Perumahan Kuala Telemong, di sini. Keluarga pengantin perempuan, Aidie Amin Yatim berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika majlis pernikahan adik iparnya, Nurul Nadia Atiqah Abd Rahman, 26, dan pasangan Muhammad Khairul Nizam Md Zaid, 26. “Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba menyebabkan semua yang hadir cemas dan…
Seorang lelaki di Thailand cedera selepas dihempap pintu kabin roda Ferris seberat 20 kilogram yang jatuh dari ketinggian 10 meter ketika menghadiri satu festival di wilayah Buriram minggu lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin. Pasukan penyelamat bergegas ke acara itu di daerah Lam Prai Mart untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa, Sutthiwat Kruephimai, 21. Sutthiwat mengalami luka di kepala dan lebam di seluruh badan, namun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa. Selepas sembuh, Sutthiwat memberitahu media bahawa dia pergi ke festival itu bersama datuk, nenek dan seorang saudara berusia tujuh tahun. Sutthiwat menunggu di kawasan berhampiran…
Mayat wanita yang terjun ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai, di sini, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis ditemukan lemas, 11.36 pagi, hari ini. Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemukan terapung oleh unit selam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa terjun. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada hari kedua kira-kira 8 pagi tadi. “Pencarian bertumpu kepada rondaan menggunakan bot di sepanjang sungai berkenaan meggunakan tiga buah bot milik Polis Marin dan JBPM. “Turut memberi…
Kegembiraan dua keluarga merayakan sambutan Tahun Baru Cina bertukar kesedihan selepas rumah berkembar dua tingkat yang didiami mereka di Jalan Yun Chai Lok musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan dibantu BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima makluman berhubung kebakaran pada jam 8.18 pagi Menurutnya, sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah yang pertama dan sudah merebak ke rumah yang kedua. Katanya, selepas bertungkus-lumus memadam kebakaran, api berjaya…
Seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, malam Rabu. Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu. Video mengenai penemuan kanak-kanak ini dikesan tular di media sosial selepas terkunci dalam kontena berkenaan selama lebih kurang enam hari. Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan. Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu. Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai tertidur di…
Mayat seorang wanita berusia 20 hingga 30-an ditemui di dalam semak di tepi jalan Kampung Alor Gali, Simpang Jenang, di sini, semalam. Mayat wanita lengkap berpakaian itu ditemui jam 2.30 petang tadi berhampiran parit, 30 meter dari jalan utama oleh penduduk kampung itu ketika sedang mencari daun palas sebelum menghubungi pihak polis. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Mohd Zain Mat Dris mengesahkan perkara itu. Hasil siasatan mendapati, mayat wanita itu ditemui dalam keadaan terlentang manakala bahagian kaki berada di tepi tebing, memakai sehelai seluar panjang warna hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan sehelai kain dipercayai tudung warna…
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar. Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis. Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu. Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat. “Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur. “Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk…
Polis meminta pemilik kenderaan atau saksi kejadian kemalangan dua kenderaan yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak ke atas jalan di Seri Petaling di sini, untuk tampil membuat laporan. Satu rakaman video papan pemuka kenderaan tular di media sosial yang menunjukkan kejadian kemalangan itu. Rakaman berdurasi 22 saat itu menampakkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh. Akibat kemalangan itu, kanak-kanak terbabit tercampak manakala penunggang motosikal terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh. Bagaimanapun, keadaan kedua-dua mangsa tidak dapat dipastikan. Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook…