‘Viral’ Gambar Guru Buat Amali Swab Test Hidung Di Sekolah. Ini Respon KPM |Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial yang memaparkan guru menjalankan amali ujian calitan hidung di sekolah. Menurut Kementerian itu, mereka mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang. Difahamkan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur. Pun begitu, demonstrasi calitan hisung turut dilaksana melibatkan empat orang guru dan empat orang murid yang dibimbing oleh dua orang Jururawat Masyarakat.…
Author: Syifa' Syakinah
(Video) Bengang Cinta Kena ‘Reject’, Lelaki Tergamak Bakar Kereta Wanita | Gara-gara cinta ditolak, lelaki berusia 29 tahun bertindak membakar kereta seorang wanita di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang di sini, Ahad lalu. Perbuatan lelaki itu menyebabkan sebuah kenderaan lain yang diparkir bersebelahan turut musnah terbakar. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian jam 5.20 pagi disedari jiran yang segera memaklumkan kepada mangsa. “Mangsa turun ke bawah pangsapuri untuk melihat keretanya dan mendapati pihak bomba sedang memadamkan kebakaran. “Berdasarkan soal siasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi…
Isu Lagak Marshal, 2 Individu Serah Diri Termasuk ‘Datuk’ | Dua lelaki yang dipercayai dirakam terbabit dalam aksi lagak marsyal di jalan awam sudah hadir ke Balai Trafik Port Dickson di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua lelaki berusia 45 dan 49 tahun itu hadir pada pada 12.45 tengah hari dan 2.30 petang untuk memberi keterangan berkaitan video tular di media sosial. “Kedua-dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial. “Polis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans…
Ada Buaya Sesat, Penduduk Dengkil Perlu Berhati-Hati | Penduduk sekitar Taman Dengkil Jaya, Dengkil dekat sini dinasihatkan tidak membuat sebarang aktiviti air selepas seekor buaya dewasa dilihat berenang di dalam tasik di taman perumahan itu, lewat petang semalam. Reptilia ganas sepanjang 2.1 meter itu dipercayai tersesat dari sungai berdekatan. Jurucakap bomba berkata, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang awam pada 8.30 malam tadi. Menurutnya, bomba tiba di lokasi 15 minit kemudian dan mendapati buaya itu masih berada dalam tasik berkenaan. Katanya, pihaknya tidak melakukan kerja penangkapan sebaliknya memasang sawar-sawar dan tanda amaran keselamatan di…
(Video) Tular Ular Melintas Jalan, Penduduk Risau Akan Penunggang Motor & Basikal | Kehadiran seekor ular tedung selar bersaiz besar sedang melintas jalan menggemparkan penduduk di kawasan Sungai Tekali, Hulu Langat dekat sini baru-baru ini. Menerusi sebuah video berdurasi 30 saat itu memaparkan seekor ular tedung cuba melintas jalan dan sempat menaikkan badannya ketika sebuah kereta sedang melalui kawasan tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan penduduk di kawasan sekitar bimbang akan keselamatan mereka selain mengundang risiko keselamatan terhadap pengguna yang melalui jalan itu. Rakaman video yang dimuat naik @Wawa Fazrinny tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial Facebook yang bimbang akan keselamatan…
(Video) Rancak Berparti Di Kolam Renang, 299 Individu Ditahan Dan Dikenakan Kompaun Lebih RM1.5juta | Seramai 189 lelaki dan 110 wanita ditahan selepas terbabit dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini, malam tadi. Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor. Dalam serbuan jam 10.50 malam tadi, sebahagian wanita berbikini sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur. Daripada keseluruhan yang ditahan, seramai 158 lelaki dan 55 wanita warga asing bersama 31 lelaki dan 55 wanita…
(Video) Netizen Persoal Kenapa JPJ ‘Escort’ Konvoi Mustang. Ini Respon JPJ | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan kehadiran kenderaan milik jabatan itu semasa konvoi Kelab Mustang Malaysia ke Perlis pada Jumaat lalu hanyalah untuk memastikan kelancaran aliran trafik. Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihak penganjur meminta jabatan itu membantu bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesesakan jalan raya yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain. “Semasa kembara itu memasuki Perlis, JPJ bertindak memecahkan konvoi kepada beberapa kumpulan kecil terdiri daripada 10 hingga 12 buah kenderaan. “Setiap kumpulan kecil itu bergerak dengan dipandu arah oleh kenderaan JPJ sebagai ‘lead car’…
Lepas Dapat Tahu Sakit Tenat, Lelaki Kahwin Balik Dengan Bekas Isteri | Seorang lelaki di China dikatakan sanggup menjual rumahnya untuk membiayai kos perubatan isterinya yang sedang sakit tenat, memetik laporan daripada Mothership. Lelaki berusia 39 tahun itu, tular di salah sebuah media sosial di China sebaik sahaja dia membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas isteri selepas mendapati dia sakit tenat, lapor media China Dingduan melalui Mothership. Menurut laporan, isteri Chen Zhenfeng iaitu Xie Hongxia menderita sakit uremia. Sakit uremia dikatakan sakit yang mana buah pinggang sudah berhenti berfungsi. Akibat buah pinggang yang berhenti berfungsi itu, ianya tidak dapat menapis…
Doktor Dikenakan Saman Akibat Tak Sarankan Wanita Makan Asid Folik | Seorang wanita berjaya memenanngi tuntutan saman bernilai jutaan pound terhadap doktor yang pernah merawat ibunya ketika mengandungkannya kerana membenarkan proses kelahiran berlaku. Evie Toombes yang berusia 20 tahun itu disahkan menghidap Lipomylomeningocoele (LMM) ketika dia dilahirkan dan dia perlu lebih bergantung pada kerusi roda apabila dia semakin tua. Toombes menghidap spina bifida dan terpaksa menjalani kehidupan seharian bergantung pada saluran tiub. Toombes menyaman doktor ibunya Dr Philip Mitchell, mendakwa bahawa dia tidak akan pernah dilahirkan jika dia memberi nasihat yang betul kepada ibunya untuk mengambil asid folik sebelum meneruskan…
Tular Gambar Peminat Hotwheels Tak Jaga SOP, Berkerumun Ramai-Ramai Di Rak | “Bagai gula dihurungi semut. Itu situasi yang boleh digambarkan apabila sekumpulan lelaki berasak-asak mengerumuni rak kereta mainan hotwheels di sebuah kedai permainan. Aksi tersebut berlaku di sebuah cawangan kedai mainan terkenal ketika pembukaan rasmi butik beli-belah Pavilion Bukit Jalil kelmarin. Lebih mengejutkan, kebanyakan yang ‘berkerumun’ di rak tersebut adalah lelaki dewasa yang tanpa segan silu berebut memilih mainan terbabit. Tidak dapat dipastikan sama ada mainan dirak tersebut diberikan percuma atau sebaliknya. Namun, Kosmo! di fahamkan sempena pembukaan rasmi pusat beli-belah itu, kedai mainan terbabit menawarkan potongan harga sehingga 60…