‘Viral’ Gambar Guru Buat Amali Swab Test Hidung Di Sekolah. Ini Respon KPM |Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial yang memaparkan guru menjalankan amali ujian calitan hidung di sekolah.

'Viral' Gambar Guru Buat Amali Swab Test Hidung Di Sekolah. Ini Respon KPM

Menurut Kementerian itu, mereka mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang.

Difahamkan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur. Pun begitu, demonstrasi calitan hisung turut dilaksana melibatkan empat orang guru dan empat orang murid yang dibimbing oleh dua orang Jururawat Masyarakat.

“KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saringan ujian COVID-19 di semua sekolah bawah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.

“Penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021,” kata kementerian itu menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Twiter.

Pada 28 November, KPM telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.

Surat itu menyatakan bahawa pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM. Ia juga dibuat oleh murid dengan pemantauan guru.

Sumber : SK, Twitter, Facebook

Share.

Leave A Reply