Burundi: 38 Maut, Berpuluh-puluh Banduan Cedera Dalam Kebakaran Penjara | Sekurang-kurangnya 38 banduan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah penjara di ibu negara Burundi , kata pegawai, baru-baru ini, menurut laporan NBC News.
Incendie dû à un court-circuit maîtrisé par @Burundi_Police à la prison centrale de @Gitega : 38 prisonniers morts et 69 autres blessés. Le Vice-président de la République + les ministres du @MininterInfosBi, @MiniJustice_BDI, @minisante et @GenreMinistere au chevet des victimes pic.twitter.com/h1wJtzijjQ
— MininterInfosBi (@MininterInfosBi) December 7, 2021
Naib Presiden Burundi, Prosper Bazombanza berkata, sekurang-kurangnya 12 orang telah meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mereka cuba melarikan diri dari bangunan yang terbakar.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 26 yang lain meninggal dunia akibat kecederaan parah, dan menurut Kementerian dalam negeri negara Afrika Timur itu berkata kebakaran maut itu berpunca daripada litar pintas elektrik.
Perkara tersebut turut disahkan menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasmi mereka bahawa sekurang-kurangnya 38 banduan telah meninggal dunia dan berkata bahawa sekurang-kurangnya 59 yang lain dilaporkan telah cedera dalam tragedi kebakaran tersebut.
Menerusi akaun twitter tersebut, beberapa gambar telah dikongsi oleh kementerian dalam negeri menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak bomba di luar penjara.
Menurut seorang penduduk tempatan yang berada berhampiran tempat kejadian memberitahu Reuters menurut laporan NBC News bahawa ramai antara mereka yang maut kelihatan seperti banduan dalam lingkungan warga emas.
Tambahnya, dia telah meohat beberapa mayat telah diangkut ke dalam ambulans dari penjara.
Sebelumnya, kebakaran telah berlaku di penjara yang sama pada Ogos, dengan isu elektrik turut disebut sebagai punca namun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Sumber: NBC Bews