Kejam! Remaja ‘Penggal’ Kepala Kakak Dengan Bantuan Ibu Gara-Gara Lari Rumah | Seorang remaja lelaki dan ibunya ditahan selepas dipercayai telah melakukan jenayah kejam iaitu ‘memenggal’ kepala kakak kandungnya yang dikatakan sedang hamil, menurut laporan Daily Star, baru-baru ini.

Kejam! Remaja 'Penggal' Kepala Kakak Dengan Bantuan Ibu Gara-Gara Lari Rumah

Remaja lelaki itu dan ibunya dipercayai telah berbuat tindakan sedemikian gara-gara berang wanita terbabit telah melarikan diri dan berkahwin tanpa persetujuan keluarga, menurut laporan Dialy Star.

Menurut laporan, jiran tetangga keluarga itu mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut kemudiannya bertindak menangkap gambar swafoto bersama-sama dengan kepala kakaknya itu.

Semasa kejadian, kakaknya yang dikatakan hamil itu baru sahaja berusia 19 tahun. Dia didakwa dibunuh di kampung Ladgaon di Aurangabad selepas melarikan diri dan berkahwin tanpa keizinan keluarga.

Pembunuhan kejam itu berlaku pada hari Ahad lalu pada pukul 12:30 tengah hari. Ibu remaja lelaki tersebut dan anak lelakinya yang berusia sekitar 17 atau 18 tahun itu telah pergi berjumpa dengan Kirti (mangsa) di kediamannya.

Kirti dilaporkan tinggal bersama-sama keluarga suaminya di sebuah bilik yang terletak di sebelah ladang mereka, lapor One India melalui Daily Star.

Menurut Asisten Komisioner Polis, Kailash Prajapati, adik lelaki Kirti menyerangnya dari belakang dengan sabit, manakala ibunya pula memegang kaki wanita itu.

Selepas itu, remaja lelaki tersebut kemudiannya memenggal kepala kakaknya itu sebelum membawa kepalanya keluar.

Kata Prajapati lagi, Kirti ketika itu dikatakan bekerja bersama ibu mentuanya namun sebaik sahaja melihat ibu dan adiknya, dia menyambut mereka dan memberikan air untuk diminum sebelum pergi ke dapur untuk membancuh teh dan dia telah diserang dari belakang.

Suami Kirti yang tidak sihat sedang berbaring di rumah apabila terdengar bunyi perkakas dapur yang terjatuh dan berlari ke dapur, menurut Asisten Komisioner Polis, Kailash Prajapati.

Menurut laporan, remaja itu cuba membunuh abang iparnya juga, namun dia berjaya melarikan diri.

Remaja lelaki itu kemudiannya keluar daripada rumah dengan kepala di tangannya.

Suspek kemudian datang ke balai polis dan menyerah diri.

Perkahwinan yang berlaku tanpa keizinan ibu bapa di India masih lagi kekal tabu di beberapa bahagian di India.

Bapa Kirti Sanjay (mangsa) dikatakan merasa terhina selepas perkahwinan anak perempuannya itu, dan dia dikatakan keluar daripada rumah sebelum pulang beberapa hari kemudian.

Laporan mengatakan pihak polis sedang meneliti potensi penglibatan ayahnya berkaitan kejadian ngeri itu, tetapi setakat ini tiada menemui apa-apa untuk mengaitkan dia dengan jenayah itu.

Sumber: Daily Star

Share.

Leave A Reply